Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2017

5 Jenis Barangan Yang Penting Diimpikan Pada 2017

5 Jenis Barangan Yang Diimpikan Pada 2017 Apakah barang yang anda impikan pada tahun 2017? Setiap orang mesti ada impian yang tersendiri. Ada yang impikan sebuah rumah, sebuah kereta atau barang peribadi samada mahal ataupun murah. Apa yang penting barang tersebut adalah berguna untuk kegunaan seharian kita. Elakkan dari membeli barang yang mungkin kita hanya guna sekali itupun waktu tertentu dan lebih teruk kalau guna cuma seumur hidup sekali gulp....Di bawah merupakan 5 barang yang diimpikan pada tahun 2017 dan agak penting mudah-mudahan tercapai. 1. Go Pro Hero 5 Session Go pro Hero 5 Session. Sudah tentu peminat fotografi atau mereka yang meminati aksi lasak, melancong, dan lain-lain bidang akan mengimpikan gadjet ini sebagai barang penting yang perlu dimiliki 2017. Kenapa jadi barangan yang diimpikan? Dengan kebolehannya yang mampu merakam video 4k dan 10MP gambar beserta kalis air 30 kaki dalam sudah tentu menjadi igauan mana-mana remaja hari ini. (masih remaja ke aRz...

Texas Chicken Di 1st Avenue Mall Penang

Texas Chicken Kini Di 1st Avenue Mall Penang Baru-baru ini berkesempatan merasai sendiri hidangan yang disediakan di Texas Chicken masih baru lagi dibuka di 1st Avenue Mall Penang. Sejak viral di media sosial memang tersangat ramai orang terutama pada hari sabtu dan ahad. Perkongsian ini juga mungkin membantu anda terutamanya suka jalan-jalan cari makan di pulau pinang dan masukkan dalam senarai tempat makan menarik di dalam percutian anda. Terletak di Lower Ground Floor 1st Avenue Mall bersebelahan Guardian Pharmacy. Cik Puteri di hadapan Texas Chicken Penang. Boleh dikatakan agak ramai yang sama-sama ingin mencuba hidangan yang disediakan di Texas Chicken pada hari ini. Sudah pasti semuanya peminat ayam. Sebab boleh dikatakan 100% hidangan disini adalah ayam. Nama pun jelas Texas Chicken. Cuma boleh dikatakan ada juga perbezaan dengan penyedia makanan bersumberkan ayam yang lain. Mungkin dari segi harga dan rasa. Texas Chicken | Senarai menu dan harga Dalam gambar pu...

Wordless Wednesday #54 | Chocolate Brulee Best Cake In China 2016

Chocolate Brulee at Secret Recipe Sempena meraikan undian terbaik Chocolate Brulee sebagai Best Cake di China pada 2016 Secret Recipe membuat promosi beli sepotong Kek Chocolate Brulee percuma sepotong kek lain pada hari ini dari jam 6 petang hingga 9 malam. Chocolate Brulee Promosi di SR hari ini Terima kasih kerana sudi membaca Wordless Wednesday #54 | Chocolate Brulee Best Cake in China 2016

Wordless Wednesday #53 | Berkaca Mata

Wordless Wednesday #53 | Berkaca Mata Quote dari Facebook page Blogger Utara Ada orang cakap untung kahwin dengan orang yang berkaca mata. Sebabnya ada 2 rupa. Waktu memakai kaca mata nampak lain, bila tak pakai kaca mata nampak lain. Ehh bukan perempuan saja. Saya pun berkaca mata juga hehehe  *abaikan typo ayat dalam gambar di bawah. Mohon jasa baik untuk LIKE sebagai tanda sokongan di  +  Facebook page Blogger Utara  +  Instagram Blogger Utara #BloggerUtara Blogger Utara | berkaca mata

Apakah Ciri Hard Disk Terbaik?

Apakah Ciri Hard Disk Terbaik? Apakah ciri hard disk terbaik? Satu soalan yang menarik bila ada orang bertanya bila nak beli hard disk sebab nak simpan segala macam fail, tambahan pula zaman sekarang ni mana ada lagi orang bawa disket, CD, DVD. Kalau ada pun yang bawa pendrive, OTG mahupun Hard disk. Tapi banyak mana sangat Pendrive dan OTG mampu simpan semua fail yang ada? Jadi Hard disk adalah penyelesaian terbaik kalau nak simpan segala fail seperti movie, video (dari smartphone) gambar, lagu macam-macam. Tidak kira apa bidang anda bekerja mahupun belajar hard disk tersangat penting percayalah !!!! Jom baca lagi apa ciri hard disk terbaik sebelum membeli . Ciri-ciri Hard Disk Terbaik Yang Perlu Anda Baca Sebelum Membeli Kalau ada orang tanya pendapat saya apa ciri hard disk terbaik sudah tentu saya ada jawapannya. Seorang yang meminati photography, seorang bapa dan juga seorang peminat movie sudah pasti memiliki hard disk kerana terlalu banyak gambar dan juga movie u...

Pertemuan Peminat Mi Malaysia di Penang Yang Menarik

Pertemuan Peminat Mi Malaysia Di Penang Yang Menarik  Semalam telah berlangsungnya sebuah pertemuan peminat-peminat Mi Malaysia di Penang yang menarik dan wajib dihadiri oleh sesiapa saja yang menggunakan produk Mi. Produk Mi ini sebenarnya produk apa? Mi adalah singkatan daripada Xiaomi, yang mana telah menghasilkan bermacam produk dari rom, telefon pintar (smartphone), earphone, malahan yang terbaru adalah skuter dan juga 'portable electronic mosquito repeller'. Pertemuan ini adalah untuk lebih kepada berkongsi ilmu, pendapat, info mengenai produk terbaru dan macam macam lagi. Ini juga merupakan pertemuan kali pertama yang aRz sertai.  Penang Mi Fans Meet Up (Beach Street) Pertemuan baru-baru ini sebenarnya lebih kepada berkenalan satu sama lain, berkongsi ilmu, produk-produk terbaru, cuma alang-alang dah berjumpa satu pertandingan mengambil gambar diadakan. Antara gambar yang sempat aRz ambil, dikongsikan dibawah nanti. Kesemua gambar yang aRz ambil lebih kepada h...

Goosey Selfie | Menangi Hadiah Bernilai Lebih RM10,000 Sempena Pembukaan MyTown Shopping Centre

Goosey Selfie | Menangi Hadiah Bernilai Lebih RM 10,000 Sempena Pembukaan MyTown Shopping Centre Tahukah anda mengenai peraduan yang telah berlangsung dianjurkan dan sempena pembukaan MyTown Shopping Centre pada awal 2017. Peraduan yang diberi nama "GooseySelfie" atau anda semua boleh juga melihat contoh mereka yang telah turut serta dengan membuat carian menerusi #gooseyselfie. Mungkin hadiah bernilai lebih dari RM 10,000 ini adalah milik anda yang mencuba.  MyTown Shopping Centre Siapa tahu mungkin rezeki anda untuk memenangi peraduan ini. Tetapi sekiranya tidak mencuba tidak ada sebarang peluang untuk menang. Untuk makluman semua aRz juga turut serta dalam peraduan ini. Tak susah pun. Ikut saja arahan yang diberi dan kongsikan di Facebook. nanti aRz kongsikan lebih terperinci di bawah. #gooseyselfie Cara menyertai #GooseySelfie 1. Layari www.gooseyselfie.com.my 2. Klik "Join Now" 3. Klik "Start" 4. Log Masuk menggu...

Tips Persediaan Hari Pertama Persekolahan Anak Yang Perlu Ibubapa Ketahui

Tips Persediaan Hari Pertama Persekolahan Anak-anak Yang Perlu Ibubapa Ketahui Tips Persediaan Hari Pertama Persekolahan Anak-anak Yang Perlu Ibubapa Ketahui | Walaupun hari pertama persekolahan telah pun bermula beberapa hari tetapi tips ini juga penting khas kepada ibubapa yang mempunyai anak mula memasuki persekolahan atau pra-sekolah untuk pertama kali. Hari pertama persekolahan atau minggu pertama persekolahan ni kebiasaannya ada drama sedih dimana anak-anak menangis tak mahu ke sekolah atau tak dapat berpisah dengan ibubapa. Sehingga ada ibubapa terpaksa bercuti seminggu atau lebih teruk lagi dua minggu untuk minggu pertama persekolahan. Jom baca sedikit tips mungkin berguna buat anda yang mempunyai anak sedang memasuki persekolahan minggu pertama atau bakal memasuki persekolahan pada tahun hadapan serta tahun seterusnya. Tips Persediaan Hari Pertama Persekolahan Anak-Anak | Cik Puteri Dah Ke Sekolah Tips Hari Pertama Persekolahan Anak-anak Buat Ibubapa Kenapa tiba-...

Lirik Lagu Wanita Terakhir Nyanyian Fattah Amin

Lirik Lagu Wanita Terakhir Nyanyian Fattah Amin  Lirik lagu wanita terakhir  nyanyian Fattah Amin. Lagu yang dicipta oleh Aizat Amdan. Kalau ikutkan dari video fattah amin sendiri kata nak cipta sebuah lagu untuk seseorang. Siapa pula seseorang tu kan. Lagu ini buat tertanya-tanya adakah Neelofa dan Fattah Amin bercinta? Apapun sekadar nak kongsikan lirik lagu. Mana tahu ada yang nak guna lirik ini untuk melamar bakal isteri. Wanita Terakhir Fattah Amin Menjelang hari hari bahagia kita Kubayang wajah indahmu bersamaku Disiku kau ukir senyum manismu Kau masih belum milikku lagi Sambutlah cintaku duhai sayang Cinta kita untuk selamanya Biarku sentuh hatimu ini Sendiri... Selamat malam wanita terakhir Tak mungkin ku kan temu seindah ini Sampai bila harus ku menanti Untuk kau menjadi milikku Ohhh Sayang Sungguh sempurna Tiada lain ku mahu Sambutlah cintaku duhai sayang Cinta kita untuk selamanya Biarku sentuh hatimu ini Sen...