Skip to main content

Sistem Penghadaman Yang Baik Bantu Anak Kuat Dari Dalam

Sistem Penghadaman Yang Baik Bantu Anak Kuat Dari Dalam

Sistem Penghadaman Yang baik Bantu Anak Kuat Dari Dalam | Anak itu satu anugerah yang tidak ternilai. Mana-mana pasangan sekalipun pastinya ternanti-nanti kelahiran anugerah ini. Dari dalam kandungan sehingga anak kecil ini membesar sudah pasti tidak pernah hilang kerisauan dari minda ibubapa. Sejak anak kecil ini lahir lagi sudah pasti ibubapa telah memikirkan makanan yang baik, pembelajaran, pemakaian, dan pergaulan serta kerjaya mereka satu masa nanti. Tiada ibubapa di dunia yang tidak pernah risau mengenai anak mereka. Ianya normal. Sekadar berkongsi mengenai sistem penghadaman yang baik bantu anak kuar dari dalam.

friso gold membantu penghadaman yang baik, kuat dari dalam, penghadaman yang baik bina kekuatan diri, locnutri, masalah penghadaman,
Sistem Penghadaman yang baik bantu anak kuat dari dalam

Aktiviti Bersama Anak Diluar Rumah Bantu Bina Keyakinan Diri Anak-Anak

Anak-anak sangat istimewa, dari lahir sampai besar ibubapa ambil berat dari perkara yang kecil sehingga perkara besar contoh dari penghadaman sehingga mereka berkahwin kelak. Setuju? Itulah istimewanya anak-anak. Bila merasakan mereka ini istimewa secara tidak langsung kita akan kongsikan masa bersama sepanjang mereka membesar. Aktiviti bersama anak-anak diluar rumah membantu mereka membina keyakinan diri. Sedar atau tidak untuk membina keyakinan diri mereka perlu ada kekuatan dari dalam.

Anak ini membesar mengikut peringkat, setiap peringkat kita perlu memilih aktiviti yang sesuai buat mereka. aRz akan sentiasa menyokong setiap aktiviti-aktiviti di luar rumah tidak kira samada bermain di atas pasir, air, mahupun melompat di atas trampoline dan juga siang ataupun malam. Ini kerana mereka sedang membina keyakinan diri. Mereka adalah pemimpin masa depan.

parenting, aktiviti luar bersama anak, bina keyakinan diri anak-anak, tips penghadaman, sihat penghadaman bina ketahanan diri, friso gold loc nutri, cik puteri,
Bermain kucing salah satu aktiviti diluar rumah
Aktiviti-aktiviti diluar rumah ini membantu anak-anak membina keyakinan diri yang baik. Seperti bermain dengan kucing. merupakan aktiviti harian di sebelah petang. Selain membina keyakinan diri ianya juga memupuk sifat belas kasihan.

cik puteri dan aktiviti luar, friso gold locnutri, masalah penghadaman, penghadaman yang baik bantu ketahanan diri, tips anak aktif dan ceria,
Bermain Air Antara aktiviti luar rumah yang membantu membina keyakinan diri
Aktiviti bermain air. Ini antara aktiviti sihat memastikan otot-otot terbina dengan baik. Anak juga dapat belajar untuk bertenang dan mengawal penafasan. Selain itu hubungan ibubapa dan anak-anak juga terjalin. 

Aktiviti seperti ini memberikan mereka peluang untuk mempelajari sesuatu yang baru. Secara tidak langsung mereka dapat menambah keyakinan diri dan membuatkan mereka sentiasa positif dan ceria. Siapa suka anugerah indah ini tidak ceria ?

aRz tidak risau bersama meluangkan masa untuk aktiviti luar rumah bila anak kecil mempunyai kekuatan dari dalam. Kuat dari dalam sebenarnya memastikan mereka sentiasa sihat dan aktif.

enthopia penang, tips bina keyakinan diri anak-anak, friso gold locnutri, kesihatan penghadaman yang baik bantu ketahanan diri yang baik,
Mendekati alam semulajadi | Bina keyakinan diri
Mungkin tidak ramai anak kecil di dunia ini berani dengan serangga kecil seperti lipas. Aktiviti luar rumah baru-baru ini mendedahkan anak saya supaya berani melihat dan mengenali serangga kecil. Membina keyakinan diri anak-anak kecil ini bukan mudah tetapi jika tahu caranya ianya mudah. Mereka juga perlu kuat dari dalam supaya keyakinan diri dapat dibentuk. Bak kata orang "Sihat didalam kuat diluar"

Pastikan Anak Kecil Kuat Dari Dalam Untuk Membina Keyakinan Diri

Ada beberapa cara untuk memastikan anak kecil atau anugerah terindah ini kuat dari dalam. Dengan kuat dari dalam membantu mereka membina keyakinan diri dalam menghadapi segala cabaran dan rintangan dalam kehidupan kelak. Pemakanan adalah antara perkara yang penting untuk memastikan anak kecil kuat dari dalam. Masa bayi pemakanan yang terbaik adalah susu ibu. Susu ibu mengandungi semua khasiat dan vitamin tanpa sebarang kesan negatif pada anak. aRZ juga menyokong penuh hasrat isteri untuk 'breastfeeding' sehingga 2 tahun. Selepas dari 2 tahun kami mula risau mengenai pemakanannya. Selain daripada makanan yang berkhasiat seperti sayur, ayam dan daging kami juga berikan susu tambahan untuk memenuhi keperluan Cik Puteri untuk membesarkan dan sihat. 

Untuk memastikan Cik Puteri sihat dari dalam antara perkara yang paling penting adalah proses penghadaman. Penghadaman yang baik memastikan Cik Puteri Aktif, sihat dan mempunyai emosi yang baik dalam membina keyakinan diri. Ibubapa sendiri pun jika mempunyai masalah penghadaman, kita akan gelisah, sukar mengawal perasaan, dan mungkin tidur sepanjang hari. Perkara ini yang kita mahu elakkan dari anak-anak.

cik puteri, friso gold locnutri, memperbaiki masalah penghadaman dengna baik,
Frosi Gold, Kesihatan penghadaman yang baik daya ketahanan yang baik.
Sebab itu aRz memastikan Cik Puteri mendapatkan susu tambahan yang baik untuk memenuhi keperluan ketika pembesarannya. Friso Gold yang mana kaya dengan nutrien yang struktur asal walaupun selepas diproses. Mungkin ada yang belum tahu bahawa Friso Gold lebih terkenal dengan Nature & Science. Susu yang dihasilkan oleh alam semulajadi dan ditambah baik dengan sains tanpa merosakkan nutrien penting dalam struktur asal di dalamnya. Susu yang terhasil dari ladang di Holland dengan 19,000 ladang ternakan lembu serta 140 tahun pengalaman menghasilkan dan memproses susu sudah tentu mampu menghasilkan yang terbaik untuk anak kita.


Dengan nutrien yang cukup samada daripada makanan tambahan seperti sayur, daging dan buah buahan, susu tambahan yang baik juga mempu memastikan anak kita mempunyai kesihatan penghadaman yang baik. Penghadaman yang baik berfungsi membuang semua yang tidak diperlukan oleh tubuh badan. Secara tidak langsung anak kecil yang kita sayang ini mempunyai daya ketahanan yang baik untuk kekal aktif dan sihat.

Friso Gold kini menambah baik dengan LocNutri suatu proses sains untuk memberikan yang terbaik untuk anak kecil kita tanpa merosakkan nutrien dalam struktur asal yang diperlukan bagi memudahkan proses penghadaman. Penghadaman yang baik membuatkan anak kita sihat sebab dalam proses tersebut menyingkirkan segala yang tidak diperlukan dalam badan. Bila sihat dalaman, emosi dan perasaan mereka menjadi ceria dan bersedia untuk aktiviti di luar yang mencabar.

Friso Gold dengan teknologi LocNutri membantu mengekalkan nutirisi yang baik

Percayalah bila anak sihat dan aktif ibubapa secara tidak langsung ceria dan dapat memfokuskan aktiviti-aktiviti untuk membina keyakinan diri dalam anak-anak supaya mereka bersedia mengharungi cabaran di hari mendatang. Waktu bersama memberikan kesan positif dalam hidup supaya kita sihat dan dapat melakukan aktiviti yang mengeratkan hubungan kekeluargaan. Bukan sahaja untuk jangaka masa pendek tetapi untuk jangka masa panjang kekuatan dalam yang baik membuatkan anak-anak dapat fokus dalam pembelajaran mahupun sukan serta membina kejayaan dalam hidup.

arzmoha, kids, parenting blogger, friso gold contest, baiki masalah penghadaman keluarga ceria,
Keluarga Ceria Kami

Cubalah hari ini Friso Gold dengan warisan Nature & Science serta teknologi LocNutri dengna penjagaan kualiti yang terbaik dalam menghasilkan susu untuk anak yang sihat dari dalam. 

Terdapat pelbagai produk yang disediakan untuk anak anda mengikut peringkat umur. 
Rujuk disini >> Produk Friso Gold

Dapatkan sampel Friso Gold untuk anak anda disini >> Sampel Friso Gold

Bacaan lanjut di Friso Gold Malaysia 

Sebarang pertanyaan : 

Friso Gold Careline : 1-800-88-1647
Isnin-Jumaat : 8:30am hingga 4:30pm

atau emailkan ke 

frisogoldcareline@frieslandcampina.com

Comments

  1. Reen kalau ada anak pun.. Seboleh2 akan prefer mereka main kat luar atau dalam rumah dari bermain gadget.

    Dorang nak panjat pokok ke.. Main lari ke.. Main lecak ke.. Main hujan ke. Main lah.. Yang penting no gadget..

    Dari situ tumbesaran otak mereka lebih berkembang.. Macam zaman kita kecik2 dlu. Eceh ceh :p

    ReplyDelete
  2. friso... dah terbukti keberkesanannya utk kanak2

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...