Sandisk Dual Drive M3.0 | Cara Mudah Pindah Fail Dari Smartphone
Sebesar mana pun ruang simpanan di dalam smartphone atau telefon pintar kita masih perlu memindahkan ke suatu tempat yang lebih selamat. Kenapa? Smartphone mungkin hilang atau dicuri, boleh jadi di serang virus sehingga menyebabkan kehilangan semua fail dan data penting. Macam mana cara mudah pindah fail dari smartphone elak hilang fail yang penting?
Sandisk Dual Drive m3.0 OTG |
Sandisk Dual Drive m3.0 ini atau biasanya orang panggil OTG. Sebelum ini kita diperkenalkan dengan kabel OTG lepas tu cucuk pemdrive untuk pindahkan fail atau gambar. Tetapi sekarang dengan adanya keluaran dari Sandisk Dual Drive ini dari 16GB ke 128GB ( besar tuuu...) segala maklumat penting seperti gambar, lagu, video dan segala fail penting boleh dipindahkan dan dijadikan sebagai back up sekiranya smartphone rosak atau hilang. Jadi tak ada lah korang tiba-tiba bersilat kerana kehilangan gambar dan fail penting.
Bagi aRz Sandisk Dual Drive atau OTG memang sangat penting nak simpan gambar Cik Puteri dan family, lagu dan movie. Selain tu boleh juga untuk kegunaan di pejabat.
Macam Mana Nak Guna Sandisk Dual Drive OTG
Macam mana nak guna Sandisk Dual Drive OTG. Senang sangat macam mana kita gunakan pendrive. Cucuk dan pindahkan fail. Tetapi sebelum tu jangan lupa untuk ketahui terlebih dahulu telefon pintar atau smartphone anda menyokong OTG ataupun tidak? Periksa DISINI
Untuk smartphone terbaru rasanya memang sudah mempunyai kebolehan untuk menggunakan OTG ni. Sandisk Dual Drive ini pula mempunyai dua drive iaitu satu Micro USB untuk smartphone dan satu lagi USB 3.0 untuk memastikan pemindahan fail lebih cepat dan pantas.
Micro USB untuk smartphone |
Sandisk Dual Drive ini memberikan 150MB/s untuk memindahkan fail dari drive ke komputer (pc atau laptop) walaubagaimanapun ianya hanya boleh berlaku sekiranya pc anda terdapat USB 3.0. Macam mana nak tau USB 3.0? Senang kata untuk pc terbaru memang kebanyakan dah pun tersedia dengan USB 3.0 sekiranya tidak anda masih dapat memindahkan fail cuma taklah selaju USB 3.0. Jangan risau tiada masalah sebenarnya.
USB 3.0 untuk pc |
Sekiranya berminat nak dapatkan Sandisk Dual Drive M3.0 64GB anda boleh cari di Platform Shopping Online terbesar dan selamat di Malaysia iaitu Lazada Malaysia. Harga yang yang menarik ditawarkan ketika ini adalah RM 59. Harga ini mungkin berubah berdasarkan promosi semasa. Jangan lepaskan peluang untuk membeli pada hari ini kerana terdapat bermacam-macam promosi disediakan.
Klik Disini >> Sandisk Dual Drive M3.0
p/s : Sekiranya anda pertama kali membeli di Lazada pastikan klik banner dibawah daftar dan muat turun aplikasi lazada untuk smartphone untuk dapatkan 20% diskaun maksima RM 25. Jangan lepaskan peluang
Lea pown guna ni... MMg thorrrbaekkk!!
ReplyDeletehai lea memang terbaik kan
DeleteMemang best otg ni memang perlu zaman skrg ni....😊
ReplyDeletebetul...dapat mudahkan kerja dan jimatkan waktu untuk pindahkan fail
DeleteKite nak beli juga lha
ReplyDeletebeli la satu...zumal rajin selfie kan
Deletetapi ikut fon jugak rasanya sbb x semua support..
ReplyDeleteya tak semua support...boleh check pada link di atas
DeleteWow Scandisk ni mcm best je saya tak cuba lagi!
ReplyDeletekena cuba satu...backup gambar anak-anak hehe
Deletenak cari jugakkkkk
ReplyDeletecepat lazada masih ada sale...mana tahu ada di flash sale
Deletekena beli gak mcm ni... :)
ReplyDeletekena ada satu buat back up
Deletethank you
ReplyDeletedah lama teringin nak ada mende nie tapi asyik terbeli mende lain je.. hehehe
ReplyDeleteNak kena beli juga benda ni. :-)
ReplyDelete