Skip to main content

6 Tips Penting Sebelum Membeli Insurans/Takaful Nyawa Dan Kesihatan

6 Tips Penting Sebelum Membeli Insurans/Takaful Nyawa Dan Kesihatan


6 Tips penting sebelum membeli insurans/takaful nyawa dan kesihatan ini merupakan sebuah perkongsian yang bermakna oleh Puan Siti Sharini di dalam pengalamannya sebagai penasihat takaful. Sepanjang karier saya sebagai penasihat takaful, sebenarnya ramai juga saya jumpa orang yang sudah sedar yang insurans/takaful memang sesuatu yang penting. Ada juga yang katanya masih mencari-cari, produk atau syarikat yang terbaik bagi memenuhi keperluan mereka. Tak kurang juga yang kurang jelas berapa jumlah perlindungan yang patut mereka ada.

Jadi entry kali ni saya nak kongsikan tips-tips penting sebelum memilih insurans/takaful nyawa especially untuk mereka yang pertama kali nak membeli produk ni. Semoga dapat menjadi panduan sebelum membeli, dan mengelakkan kekecewaan akibat tersalah faham atau tersalah pilih produk.

6 tips penting sebelum membeli insurans takaful nyawa dan kesihatan, apa yang perlu kita kethaui sebelum membeli insurans, perlukah ada insurans atau takaful,
6 Tips Penting


FAHAM KENAPA ANDA PERLUKAN PERLINDUNGAN INSURANS/TAKAFUL


Walaupun semua orang macam memang akan perlukan insurans/takaful at some point dalam hidup, jangan pula anda main beli je sebab semua orang kata bagus kalau ada insurans/takaful.

Insurans/takaful nyawa ni dibuat untuk memenuhi keperluan kewangan keluarga bila berlaku kematian pasangan hidup atau parents. Perlindungan insurans/takaful boleh tolong bayarkan hutang rumah, hutang kereta, yuran kolej, bantu dalam persaraan dan sebagainya. Yang paling penting insurans/takaful memang satu elemen yang penting dalam perancangan harta. Pendek kata, lebih ramai tanggungan yang bergantung pada pendapatan kita, lagi patut kita consider untuk beli sekurang-kurangnya satu pelan insurans/takaful.

Walaupun anda masih belum berkeluarga, anda masih perlu consider untuk mendapatkan perlindungan walau dalam jumlah yang kecil, untuk masa depan. Sebabnya lebih muda usia anda, lebih murah.

PASTIKAN BERAPA JUMLAH PERLINDUNGAN YANG ANDA PERLUKAN


Berapa jumlah duit yang family anda akan terima selepas kematian anda, itu yang kita panggil manfaat kematian. Nak tau berapa banyak coverage yang anda perlukan? Boleh cuba cek guna online calculator kat sini contohnya. Nak senang selalu yang kami advice, berapa jumlah gaji anda sekarang DARAB 12. Jadi katakan selepas anda meninggal, dapatlah family anda meneruskan kehidupan macam biasa selama setahun. Setahun tu paling kurang. Kena tengoklah juga berapa hutang anda. Lagi banyak hutang, lagi banyak manfaat kematian yang anda perlukan. 

CARI JENIS POLISI YANG BETUL


Bila dah tau berapa jumlah yang anda perlukan, bolehlah cari jenis polisi yang sesuai dengan keperluan anda. Boleh pilih nak amik polisi ‘term life’ untuk harga lebih murah, atau permanent life untuk dapatkan perlindungan yang lebih komprehensif.

LIHAT KUALITI SYARIKAT INSURANS/TAKAFUL


Kekuatan sesebuah polisi insurans/nyawa juga bergantung pada kekuatan syarikat yang provide polisi tu. Pastikan anda memilih company yang reliable, yang masih boleh wujud in case nanti apa-apa terjadi pada anda suatu hari kelak. 

DAPATKAN NASIHAT PROFESIONAL


Penasihat kewangan professional boleh membantu anda melihat secara keseluruhan keperluan kewangan anda dan keluarga. Mereka dilatih dalam need based selling dan juga well trained dalam pengurusan kewangan, pembahagian harta, claim dan macam-macam lagi. Jika anda sudah punya rakan atau kenalan dalam bidang ini, jangan malu untuk bertanya mereka. Pertanyaan tidak akan dikenakan caj=)

TAMBAHKAN VOCABULARY


Bagi yang tak biasa memang susah sikit nak fahamkan semuanya tentang insurans/takaful apatah lagi perkataan macam premium, sumbangan, wasi dan sebagainya. Jadi belajar sedikit sebanyak perkataan-perkataan yang biasa digunakan dalam insurans/takaful mungkin boleh membantu anda dalam memilih perlindungan yang sesuai untuk anda dan keluarga.


Cik Siti sedia membantu dalam sebarang pertanyaan mengenai insurans/takaful hayat dan kesihatan. Anda juga boleh mengunjungi blog miliknya di http://adaubiadabatas.blogspot.com atau contact 012 296 1984. Thanks!

Regards,

Siti Sharini binti Salim
PruBSN Takaful & Prudential

Comments

  1. thanks for sharing. abam kie meme membeli takaful utk seluruh ahli keluarga..

    ReplyDelete
  2. dah agak dah, dari kak siti..

    ReplyDelete
  3. susah nak jumpa agen yang benar2 ikhlas memberikan penerangan huhu, saya memang ada terkena dengan beberapa agen yang hurmmm

    ReplyDelete
  4. Bagus perkongsian nie.. nanti takdelah orang membazir dari beli insurans yang bukan2

    ReplyDelete
  5. Reen dari dulu.. Sampai la ni tak minat ambil insurans tambahan. Selalu ambk insuran wajib macam waktu reniew roadtax.

    Mungkin sebab tak kena batang hidung lagi kot.. Heh :p

    ReplyDelete
  6. Bagus perkongsian ini...
    Salam dari bunda, dah lama tak BW kesini.

    ReplyDelete
  7. Wahh bagus tips ni .. elok orang baca sebelum fikir memilih takaful yang sesuai.

    ReplyDelete
  8. sy ms memula keje dulu mmg da amik insurans tanpa paksaan sbb mmg tau kepentingannya pd ms hadapan... alhamdulillah diam x diam tiap2 bulan boleh byr wpn susah mcm mn sekali pun sbb tau ni semua utk ms dpn jg

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

TSHIRT DAN KEYCHAIN MIKASA ACKERMAN | ATTACK ON TITAN

T Shirt dan Keychain Mikasa Ackerman | Attack On Titan Attack on Titan yang mana harini boleh ditonton di saluran Netflix tetapi bagaimanapun sudah sampai ke Season 4. Sedang menjadi tontonan remaja harini. Apa yang saya suka mengenai anime secara keseluruhan iaitu semangat juang yang tinggi. Tontonlah mana-mana anime atau komik sekalipun. Bila Cik Puteri dah semakin membesar mana lagi ditonton Umar dan Hana, Didi and Friends melainkan siri movie seperti Upin Ipin ataupun Frozen. Sekarang Cik Puteri pun mengikuti Attack on Titan jadinya Abah pun terpaksa tonton sekali walaupun kadang terlelap tanpa sedar. Review Tshirt Mikasa Ackerman | Attack On Titan Series Abah boleh tak belikan tshirt "Mikasa Ackerman" ? Siapa pula Mikasa ni, lepas tonton beberapa episod owh baru faham. Jadinya Tshirt ni nak mudah cari di shopee. Bukan senang, cari punya cari, hari demi hari, jumpa penjual dari Indonesia. Apa yang perlu kita faham, bila membeli dengan penjual dari luar negara adalah masa ...