Soalan Akhir Tahun 2016 Tahun 2016 akan meninggalkan kita hanya beberapa hari lagi. Kebiasaan akhir tahun ini kebanyakkan mula audit prestasi sepanjang tahun. Bila audit ni faham-faham saja banyak soalan yang akan ditanya. Tidak kira bidang apapun sama ada dalam bidang perniagaan, pelajaran, penulisan atau apa-apa saja. Tetapi jangan lupa kena audit diri sendiri juga dan yang dah berkahwin kena audit keluarga. Ianya terpulang pada diri sendiri hala tuju yang diinginkan. Daripada audit ini akan membawa kepada hala tuju yang lebih baik di masa hadapan. Berbalik kepada tujuan utama sepertimana ramai blogger malaysia membenarkan anda bertanya satu soalan sahaja sempena akhir tahun. Jadi anda dibenarkan tanya satu soalan. "Sebelum habis 2016 ANDA boleh bertanya satu soalan" **sila baca sebelum bertanya soalan hehehe...hanya soalan mengenai dunia blogging berkenaan saya sahaja yang dapat saya jawab. Itupun kalau jawapannya yang saya tahu. hehehe
Kisah Semasa, Travel, & Review