Skip to main content

Gambar Anak Kucing Comel Yang Hilang

Gambar Anak Kucing Comel Yang Hilang

Kucing memang haiwan yang comel dan manja. Tak dinafikan ianya menjadi antara haiwan peliharaan paling popular di Malaysia. Disebabkan comel dan manja seringkali haiwan ini hilang di 'kidnap' oleh individu yang tidak bertanggungjawab apatah lagi kalau kucing tersebut dari baka yang cantik ( kucing di rumah ini kucing yang biasa-biasa saja). Sebelum anak kucing yang comel ini hilang sempat juga aRz rakamkan gambar buat kenangan. Entri ini juga untuk menjawab segala persoalan yang ada pada entri Wordless Wedensday : Salah Fokus.

anak kucing comel yang hilang, cute kitten, gambar anak kucing comel,
Anak Kucing Comel

Sebenarnya boleh dikatakan semua anak kucing adalah comel. Tidak kira dari baka mana pun. Sama macam manusia masa kecil semuanya comel belaka. Memang di kawasan rumah ada saja kucing dan anak-anak kucing, semuanya datang dan pergi. Sebelum ini aRz langsung tak ambil kesah. Cuma beberapa bulan lepas disebabkan Cik Puteri suka tengok dan bermain dengan kucing seperti aRz kongsikan DISINI.

Jadi setiap hari tinggalkan makanan kucing di luar rumah pagi dan petang. Sehinggalah muncul 2 ekor kucing yang belum dewasa. Seekor jantan seekor betina. Hari demi hari sehinggalah yang betina mula bunting. Bila dah bunting lagilah kerap beri makan sehinggalah 2 ekor kucing ni sentiasa menunggu di depan pintu rumah pagi petang malam.

gambar anak kucing comel, anak kucing hilang, seronok bela kucing, seronok beri makan kucing, gambar anak kucing coeml dan manja,
Anak kucing comel

Seronok sebenarnya beri makan kucing, patutlah ada yang membela dengan menyediakan bilik untuk kucing -kucing ini malah ada yang sediakan rumah kucing. Betul... Dah lama rasanya tak bermain dengan kucing. Kali terakhir ketika sekolah rendah, kucing tidur sama-sama atas katil. Kematian kucing aRz bernama 'Yang' membuatkan aRz tak sanggup nak bela kucing lain.

Tapi kali ini cuma beri makan bukan bela. Kalau nanti dia datang dan pergi tak rasa sedih sangat. Cuma kucing yang bunting ini aRz sediakan kotak mana tahu dia nak lahirkan anak. Sampai masanya kucing yang bunting ini lahirkan 3 ekor anak kucing yang comel. aRz langsung tak usik sebab takut dia rasa terancam dengan keselamatan anaknya.

gambar anak kucing comel, anak kucing hilang, seronok bela kucing, seronok beri makan kucing, gambar anak kucing coeml dan manja,
Anak Kucing Comel pandai tengok kamera

Cumanya beberapa kali anak kucing ini hilang dari kotak yang aRz sediakan. Hilang kemudian jumpa semula sehinggalah beberapa minggu lepas hilang buat selamanya. Sempat juga rakam beberapa gambar anak kucing ini semasa aktif bermain.

Salah Fokus

Itulah macam entri sebelum ini salah fokus. Sebenarnya aRz gunakan Single-point AF Mode untuk dapatkan gambar yang lebih cantik. Agak-agak saja tanpa mata di viewfinder...Anak kucing rendah sangat takkan nak baring memandangkan kamera yang aRz gunakan tak ada fungsi 'live view'. Cuma sayang aksi anak kucing melompat terlepas. Bukan senang nak tunggu anak kucing bergurau dan lompat siap tangan terbuka kan?

Walaubagaimanpun ada gambar yang lain yang masih dalam keadaan baik. Jom saksikan.

gambar anak kucing comel, kitten, anak kucing melompat comel, anak kucing hilang, seronok bela kucing, seronok beri makan kucing, gambar anak kucing coeml dan manja,
Anak Kucing Comel

gambar anak kucing comel, anak kucing hilang, seronok bela kucing, seronok beri makan kucing, gambar anak kucing coeml dan manja,
Anak Kucing Sedap Di garu

gambar anak kucing comel, anak kucing hilang, seronok bela kucing, seronok beri makan kucing, gambar anak kucing comel dan manja,
Anak Kucing Comel Main Panjat Pokok

gambar anak kucing comel, anak kucing hilang, seronok bela kucing, seronok beri makan kucing, gambar anak kucing comel dan manja, anak kucing putih,
Gaya apa anak kucing ni?
Tinggal kenangan saja anak-anak kucing ini. Syukur sangat kalau kucing ini kembali semula ke rumah. Insyaallah.

Gambar Ibu kucing dan kucing jantan (bukan bapa kucing....sedara dia sebenarnya hehe) ada aRz kongsikan di instagram satu ketika dulu. Tapi aRz kongsikan semula. Kucing betina (ibu kucing) lebih manja tak macam kucing jantan yang lebih agresif. Masa mula-mula tiba dirumah agak takut-takut tapi sekarang dah manja.

gambar kucing comel dan manja, anak kucing hilang, comelnya anak kucing, kucing haiwan peliharaan manja,
Ibu Kucing
gambar anak kucing, anak kucing comel, anak kucing yang hilang, kucing comel hilang, gambar kucing cantik,
Kucing Jantan 

Apapun kucing memang haiwan yang comel dan manja, suka bermain dan bergurau. Cuma waktu-waktu tertentu boleh menjadi sangat agresif terutama ketika waktu mengawan. Sebab waktu ini kucing jantan dan kucing jantan lain akan menunjukkan siapa lebih kuat. Jangan sesekali mendamaikan dengan tangan sebab mungkin boleh digigit atau dicakar. Elakkan dan hati-hati...

Setakat ini dahulu aRz kongsikan gambar anak kucing comel yang hilang dan mungkin tak berjumpa lagi.

Comments

  1. Replies
    1. kecomelan yang buat bangun tak senang duduk bila tengok 3 ekor anak kucing ni dah tak ada ;((

      Delete
  2. Akakpun suka kucing tapi dok kawasan taman, kena bataskan semua itu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak umi...rumah taman ni lain sikit...kena faham keadaan sekeliling

      Delete
  3. Replies
    1. tak tahu kak normi...mungkin ada yang ambil...mungkin dilarikan...mungkin banyak kemungkinan

      Delete
  4. Sis Arz memang sayang kucing ni. Kucing datang pun bagi makan 😃

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya lebih pada nak didik anak sayang biasa dengan haiwan....antaranya kucing...zaman saya dahulu lain...ayam pun boleh main tangkap gitu ja....huhu budak kampung la katakan

      Delete
  5. Alahai... sedihnya kucing hilang.

    ReplyDelete
  6. kucing akan jadi jinak dan manja jika kita selalu membelainya..mmg sedih jika hilang terus dari pandangan mata.;.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak...selepas dibelai selalu..kucing jantan yang seakan liar jadi jinak...

      Delete
  7. bila kita pelihara kucing atau ayam dan lainnya..kita memang perlu bersedia untuk terima kehilangannya atau kematiannya..sangat mencabar..walau pun haiwan..tapi bila tiada sangat terkesan dihati..

    ReplyDelete
  8. ooo nam ambik gambar kucing rupanya hehhehe comel kucingnya

    ReplyDelete
  9. Model cantik. Photographer pun bagus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih dalam pembelajaran...terima kasih

      Delete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...