Roti Bakar Hutton Lane Tempat Sarapan Pagi Best Di Penang Pulau Pinang yang selalu di sebut sebagai Syurga Makanan ini kerana terdapat bermacam-macam makanan yang mudah didapati disini. Kali ini aRz ingin kongsikan mengenai tempat sarapan pagi best dan antara yang terbaik di Penang iaitu Roti Bakar Hutton Lane. Bagi yang bercuti ke pulau pinang asyik tertanya-tanya kat mana makan best disini boleh terus membaca serba sedikit perkongsian ini. Roti Bakar Hutton Lane Roti Bakar Hutton Lena ini diusahakan oleh muslim yang dikatakan sejak dari 1957. Roti bakar yang menggunakan roti benggali dan dibakar menggunakan dapur arang. Ada orang kata guna arang lebih sedap. Mungkin sebab itu juga ia masih mengekalkan cara membakar roti disini. Walaupun menggunakan arang jangan risau, tak perlu tertunggu lama. Pengusaha roti bakar ni memang dah expert. Alang-alang kalau dah bercuti ke pulau pinang, jangan lupa untuk terus sampai ke warung ini untuk mencuba menu yang ada. Menu-menu ini ...
Kisah Semasa, Travel, & Review