Apa Kesan Makan Makanan Manis Pada Kanak-Kanak
Makanan manis dan kanak-kanak macam susah nak elakkan? Betul tak? Yela zaman kanak-kanak ni macam tak kena kalau tak merasa makanan yang manis-manis macam coklat, kek, keropok dan macam-macam. Tapi suka atau tak kita kena terima bahaya makanan manis ini ada kesan buruknya. Yang biasa kita tahu adalah mendatangkan kesan tidak baik seperti kencing manis. Apa lagi kesan makan makanan manis?
JCO Donut dan Kek Secret Recipe |
J.CO Donut dan Secret Recipe
Teringat semalam, Puan isteri bawa balik potongan kek secret recipe dan juga Jco Donut sempena sambutan hari kelahirannya dan staf di tempat kerja. Memandangkan tempat kerjanya memang memperuntukkan untuk majlis sambutan hari lahir staf sebagai salah satu tanda menghargai staf. Senorokkan?
Jadi yang lebihan tak mampu dihabiskan bahagiannya dibawa balik mungkin teringat Cik Puteri yang memang sukakan kek dan donut. Mungkin juga sebab abah Cik Puteri pun memang sukakan kek dan donut jadi turun ke Cik Puteri. Mungkinlah kan tabiat ini menjadi ikutan.
Penuh feeling makan Donut dan Kek |
Dua makanan ini sememangnya manis. Makanan yang manis sudah tentu disebabkan gula. Kalau menjadi amalan seharian makan manis macam ini boleh menyebabkan gula berlebihan. Walaubagaimanapun kanak-kanak memerlukan gula yang mana merupakan karbohidrat ringkas yang membekalkan tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh.
Gula juga terbahagi kepada dua. Satu adalah gula semulajadi dan satu lagi gula tambahan. Sekadar makluman sajalah gula semualajadi adalah gula seperti dari buah-buahan, sayuran dan juga madu. Gula tambahan pula? Gula tambahan pula gula yang kita tambah dalam masakan dan minuman.
Jadi dua hidangan diatas memang terdapat gula tambahan sebab memang manis. Agak kurang sesuai kalau selalu kita biar anak-anak kita makan makanan macam ini. Macam Cik Puteri pantang dengar kek tersenyum dia. tapi alhamdulillah masih berselera makan nasi setiap hari.
Seronok sangat dapat makan donut dan kek. Fevret katakan. |
Kesan Pengambilan Gula Berlebihan Terhadap Kanak-Kanak
Tubuh kita memenag perlukan karbohidrat (gula) begitu juga kanak-kanak perlukan kalori daripada karbohidrat sekitar 50-60%. Kalau ikutkan pakar pemakanan dan juga artikel-artikel kesihatan tubuh kita tidak perlukan gula tambahan. Sebabnya tubuh manusia mampu memproses makanan macam contoh nasi, ikan, dan lain-lain kepada glukosa secara tak langsung memberikan tenaga. Tetapi macam mana pemakanan anak-naka kita hari ini? Jom baca sikit kesan pengambilan gula berlebihan terhadap kanak-kanak.
- menyebabkan tenaga berlebihan.
- bila tenaga berlebihan dalam jangka masa panjang risiko kepada penambahan berat badan
- masalah karies gigi
- hilang daya tumpuan dan panas baran. ( sebab itu juga kita disarankan berhenti sebelum kenyang)
- risiko kencing manis
- risiko penyakit jantung, strok dan darah tinggi
- menyebabkan rasa mengantuk dan kurang cergas
- melemahkan penglihatan
- ekzema
- melemahkan sistem imunisasi tubuh
- menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran
- meningkatkan paras adrenalina di kalangan kanak-kanak
Sebagai info tambahan gula berlebihan juga boleh menyebabkan anak-anak "hiperaktif". Macam mana tu? Sebagai contoh anak-anak menjadi suka berlari-lari, menjerit-jerit dan melompat tanpa kawalan.
Info : Akibat Gula Berlebihan
Mungkin juga dengan makanan manis ini kita dapat lihat kerosakan gigi pada kanak-kanak. Selain daripada tabiat "mengonggong" botol susu. Mungkin juga dari tiada didikan gosok gigi pada awal usia.
Naik risau juga bila sendiri buat entri mengenai kesan makan makanan manis pada kanak-kanak sebab anak sendiri pun suka makanan manis. Antara perkara yang aRz cuba pastikan Cik Puteri amal seharian adalah
- Gosok gigi sekurang-kurangnya pagi dan malam
- Minum air masak secukupnya
Dua perkara atas ni, nampak saja macam mudah tetapi sebagai pengalaman aRz sendiri yang baru anak seorang ini pun rasa agak berat. Hari-hari kena pastikan. Kalau ada 2 3 orang anak lagilah kena pastikan komitmen ini setiap hari. Bab minum air masak pula, bila minum air masak ini akan membuatkan kita rasa cepat nak kencing. Sama juga dengan anak kecil. Ditambah Cik Puteri sekarang ini yang tak lagi pakai pampers, kena selalu bertanya. Walaupun dah pandai bagitau "Abah nak kencing" tapi selalunya bila dah tak tahan sangat. Di rumah tak ada masalah, tapi kalau di luar macam di kedai makan, atas kereta? huhuhu
Didik anak bukan satu tugas yang mudah, banyak bab perlu dititikberatkan. Tapi bila anak kita dah pandai amalkan apa yang disuruh rasa lega dan seronok sangat. Ianya bermula dari usaha yang bersunguh-sungguh. Sama juga dengan menjaga pemakanan anak-anak dari makanan yang manis-manis. Ibubapa mesti boleh dan ianya bermula dari gaya pemakanan ibubapa juga.
Jumpa lagi.
Ye arz yg kne mnum air msk tu btol supaya bnda yg xdprlukan bleh kluar mlalui urine :)
ReplyDeletebetul tu...anak2 yg hyperaktif disebabkan pengambilan gula berlebihan dalam badan..
ReplyDeletedari kecil dah nak kena jaga pemakanan kan
ReplyDeleteterima kasih atas info tersebut
ReplyDeletekita yang dah dewasa ni pun susah nak tahan keinginan tu, apatah lagi budak-budak. Semoga berjaya mendidik anak (or anak-anak) dengan baik ye arz
ReplyDeletenice share... bukan budak ja.. org tu pun kna jaga.. heheh
ReplyDeleteentry ni buat sy teringat kt seseorg. anak2 dia suka mkn manis n gigi seawal 3 thn dah mereput mcm org tua... kesian kt budak2
ReplyDeletethank you for info :)
ReplyDeletekite dulu suka makan manis..sekarang pun..hehe
ReplyDeleteAdeh.. anak lea pown suka manis.. Biskut tiger tu memang kegemaran dia.. Manis jugak biskut tu.. Aduyaii..
ReplyDeletetang hyper bila makan manis manis tu banyak kali saya jumpa.
ReplyDeleteselalu tgk kbykan budak dimanjakan dgn benda manis. sekali sekala blh lah. tp kalau selalu tu bahaya. :o
ReplyDelete