Skip to main content

Tanpa Nama Lahirkan Anak

Pengalaman Kucing Beranak Selepas 25 Tahun

Pengalaman berhadapan karenah kucing sebelum dan selepas beranak. Kali terakhir 25 tahun yang lalu. Masa tu masih dibangku Tadika. Kucing ni bukan kucing yang dibela. Sebelum ini aRz ada kongsikan kisah aRz dan Cik Puteri isi waktu petang kami dengan beri makan kucing boleh baca disini Didik Anak Sayang Haiwan. Tapi entah macam mana ada hari yang aRz malas nak keluar hanya tinggalkan sedikit makanan depan pintu rumah. Akhirnya datang dua ekor kucing yang masih sedang membesar.

kucing, gambar kucing,
Tanpa Nama | arzmoha.com

Kucing Tanpa Nama Lahirkan Anak

Kucing inilah yang sentiasa berada di depan pintu rumah pagi tengahari dan petang. Seekor jantan dan seekor betina. Tak lama yang betina mula bunting. Dari awal sampai sekrang tak ada nama. Sebab niat bukan nak bela...Bila semakin hari semakin membesar perut...Celahan pintu pagar pun tak muat untuk menyelit. 

Dua minggu lepas, kerap masuk ke dalam rumah bila pintu dibuka. Mungkin sedang mencari tempat yang sesuai untuk beranak.

Sampailah beberapa hari lepas...dia masuk lagi...kali ini macam tak berapa larat sangat. Masukkan dia dalam kotak yang berisi kain dan tutup lampu. Tengok diam ja dalam tu...

Sampai tengah malam angkat kotak letak luar rumah. Takut dia bergerak ke atas katil atau dalam almari. Nanti lagi susah nak cuci. Esok paginya tak perasan samada dah beranak atau belum. Nampak diam ja dalam kotak. Tengahari balik dari kerja. Ada bau sesuatu. Bila tengok dalam kotak rupanya dah beranak.

kucing lahirkan anak, pengalaman hadapi kucing beranak, perkara yang perlu buat ketika kucing nak beranak,
Kucing Tanpa Nama Keletihan | arzmoha.com

Disebelah petang nampak dia masih letih....ditemani 3 ekor anak. Keletihan agaknya. Sebelah malam baru dia keluar dari kotak dan mula mencari makanan. Lega dia dah kuat. Dua jenis makanan sediakan untuknya makanan kering dan basah. Masa dia kuar makan baru boleh tukar kotak baru. Sebab kotak lama ada sisa uri dan bau busuk.

Semakin kuat | arzmoha.com

Inilah 3 ekor anaknya...maaflah gambar agak tak berapa ok. Tak mahu ganggu sangat, takut dibawa anaknya lari ke tempat lain. Lega sikit bila dah pindahkan ke kotak baru. Kalau tidak bau yang agak busuk sangat. Mula-mula agak cemas juga dibuatnya tengok kucing agak keletihan. Lalu bertanya pendapat pada rakan Blogger Utara ramai yang ada pengalaman antaranya Cik En, Yui, Kak Azi. Dah lama sangat tak bela kucing.

anak kucing

Lepas dah besar nanti pergilah kemana nak pergi. Tak mahu bela. Takut tak terjaga. Lagipun lepas dari kucing aRz mati akibat pertempuran dahsyat dengan kucing jantan lain memang dah tak mahu bela. Sekadar beri makan saja. Inilah sikit pengalaman yang ada.

Moga perkongsian yang berguna.

Comments

  1. 3 ibu kucing sis beranak . jadinya ada 11 ekor anak kucing . dlm bilik sis ni ada seekor ibu dan 3 ekor anaknya . kucing special sikit sbb x nak kuar bilik . klu kuar ikut tingkap pastu masuk balik ikut tingkap juga . klu buka pintu , dia tengok tanpa perasaan je . Agaknya sebab dia berbulu gebus kot , tu sbb perasan special ... heh heh heh ... yg lain , my anak buah yg jaga ... mknn memang ready 5kg utk 2 minggu ( 9 ekor dewasa ). pasir juga sentiasa sedia ... 8 ekor blm ada nama . my anak buah x tahu nak beri nama apa ... hahahahaaa ...

    ReplyDelete
  2. Adik Sha jenis kutip kucing yang datang dan bela. Sampai satu tahap dia macam dah malas. Maka sekadar bagi makan je dan biarkan kucing2 tu bebas berkeliaran. Tapi sedih, jenis asyik bergaduh, lepas tu badan luka jadi kurap. Serba salah pulak..

    ReplyDelete
  3. Baik hsti arz ni, buat kebajikan terhadap binatang , dia doakan kita.

    ReplyDelete
  4. kucing yg dtg ke rumah abe ni jenis liar. pas tu dia menjadi jinak. lama2 beranak pinak di sini plak..

    ReplyDelete
  5. anak kucing comei2...
    teringat dulu kecik2. bancuh susu..susu pekat manis tu bg kt ank kucing...

    ReplyDelete
  6. cute2 je.... dulu pernah bela kucing sampai beberapa ekor. pastu bagi kat orang...

    ReplyDelete
  7. Tkpe kucing bwk rzeki arz. Mek pn ade kucing yg tnpa nama mcm ni. Xbela tp bg mkn je. Dia pun liar. Tk dtg dekat org. Hr tu branak dlm lgkang. Mati 3 3. Sempat ambik bela tp ibu dia plak yg bongok tk nk mnyusu. Hmm..

    ReplyDelete
  8. kucing ni pembawa rezeki, inshaAllah.
    takpelah arz, buat apa yg terdaya utk membantu haiwan yg dlm kesusahan sebab selalunya mereka akan mendoakan kita.
    selamat hari raya aidiladha buat arz sekeluarga ^_^

    ReplyDelete
  9. ingatkan sapa la tanpa nama tuh..

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...