Skip to main content

Taman Tasik Bandar Tun Hussein Onn Tempat Riadah Di Cheras

Taman Tasik (Lake Valley) Bandar Tun Hussein Onn Cheras Tempat Menarik Untuk Beriadah

Taman Tasik Bandar Tun Hussein Onn (Taman tasik BTHO) atau dikenali juga Lake Valley Bandar Tun Hussein Onn (Lake Vally BTHO) yang terletak di Cheras antara tempat persinggahan aRz ketika berada di kajang, dimana merupakan destinasi seterusnya selepas Family day tempohari. Apa yang menarik di Taman Tasik BTHO ini? Ianya seperti taman tasik biasa yang sesuai untuk seisi keluarga beriadah di pagi dan petang hari. Dah pernah sampai tak?

lake valley (taman tasik) bandar tun hussein onn, tempat aktiviti riadah menarik di selangor, tempat jogging di waktu pagi dan petang di selangor, beri kan makan di BTHO
Taman tasik ( lake valley) BTHO

Ada Apa Di Taman Tasik Bandar Tun Hussein Onn Cheras

Bila cerita tentang menarik mesti ada yang tanya apa yang menarik. Baik kebetulan ketika di kajang tak ada aktiviti nak buat. Memandangkan menziarahi adik ipar yang baru melahirkan anak kedua dan masih dalam tempoh berpantang jadi aRz dan juga biras bawa anak-anak ke BTHO. Tak jauh dari kajang lebih kurang 5 minit.

Sebenarnya banyak aktiviti yang boleh dibuat di taman tasik ni. Semua aktiviti ini adalah aktiviti yang sihat untuk tubuh badan kita. Harap tak adalah yang merosakkan dengan melakukan perkara yang menyakitkan mata dan tidak senonoh.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan dan mungkin anda juga tahu semua aktiviti ini.

Jogging

Antara aktiviti utama yang boleh dibuat adalah berjogging. Tapi masa aRz singgah ke sini tak ramai sangat yang jogging. Jogging adalah aktiviti yang bagus untuk mereka yang inginkan badan yang cantik dan sihat. Tapi tak ramai yang akan lakukan. Sanggup lagi makan ubat tu ubat ni... hehe melalut dah ni...

Feed Fish atau Beri Ikan Makan

Aktiviti yang agak menarik dan antara tujuan kami ke sini. Kalau nak berjongging macam agak tak sesuai dengan anak kecil tanpa ada pemantauan dari orang lain. Feed Fish atau beri ikan makan ni pun satu aktiviti yang baik. Asalkan kita beri makanan yang baik dan bersih. Di dalam kolam ini pula terdapat banyak ikan. Yang paling ketara adalah ikan keli dan ikan koi.

Beri makan ikan
Rasa macam tak ada larangan untuk memberi makan. Cuma pastikan bawa makanan yang selamat untuk ikan. Samada makanan ikan atau roti yang dipotong kecil. Boleh tengok nanti video dibawah macam mana ikan-ikan ni makan. Anak-anak pun seronok secara tak sedar kita dah didik anak untuk sayangi hidupan lain. Ye tak?

Cik Puteri pun seronok sambil berlawan dengan Adam (sepupu) beri makan ikan. Bawa dua bantal roti gardenia pun tak cukup. Leka kedua-dua tengok ikan yang berebut mendapatkan makanan.

Roti Gardenia untuk Feed Fish

taman tasik bandar tun hussein onn, kolam ikan keli dan ikan koi di taman tasik bandar tun hussein onn, beri makan ikan di selangor percuma,
Ikan Keli
Selain ikan, burung merpati pun akan datang dekat untuk berkongsi makanan. Lagi banyak bawa makanan lagi baik tapi jangan pula sampai mengotorkan kawasan yang cantik ini. Hargai tama tasik supaya kita juga mendapat kebaikan darinya.

Burung Merpati di Taman Tasik BTHO

Antara satu pesanan jika bawa anak-anak kecil tolong kawal dan perhatikan sebaiknya kerana kawasan kolam ini tidak terdapat railing atau penghadang yang mungkin menyebabkan anak-anak anda terjatuh. aRz sendiri pun tak pasti dalam atau tidak. Tetapi kalau jatuh dikawasan banyak ikan mungkin mendatangkan kecederaan. Hati-hati ya...

Taman Permainan Kanak-Kanak Taman Tasik BTHO

Antara aktiviti lain adalah bawa anak-anak main di kawasan permainan ini. Kawasan ini membuatkan anak-anak tak mahu balik. Seronok Cik Puteri dan Adam bermain disini. Memang anak-anak perlukan waktu untuk ke taman permainan ia dapat membantu untuk mereka mempunyai keyakinan diri dan sihat.

Taman Permainan Kanak-kanak

Taman Permainan Kanak-kanak Taman Tasik BTHO

Lokasi Lake Valley (Taman Tasik) Bandar Tun Hussein Onn

aRz kongsikan peta bagi memudahkan sekiranya anda ingin ke taman tasik BTHO ini. Lokasi yang agak mudah dijumpai. Mempunyai tempat letak kereta dan mempunyai pengawal.




Semoga perkongsian ini membantu anda menjumpai kawasan untuk beriadah di waktu pagi dan petang yang menarik di Cheras ini. Bila kita singgah ke sini pastikan juga menjaga kebersihan supaya dapat dinikmati oleh orang lain. Jangan pentingkan diri dengan membuang sampah merata-rata. Dalam video diatas boleh nampak ada yang buang duit RM1.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda dan keluarga.

Comments

  1. Riadah yg brkualiti 😊👍🏻

    ReplyDelete
  2. paling penting bab jaga kebersihan tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat setuju.. sedih bila ke tempat2 riadah yg asalnya cantik tapi sekarang dah x cantik sebab sikap org malaysia yg suka buang sampai merata

      Delete
    2. lepas tu salahkan pihak pembandaran..padahal salah sendiri

      Delete
    3. betul...bukan kata taman tasik tapi pantai pun dah kotor..hasil dari camping tapi tak jaga kebersihan

      Delete
  3. Jauh sikit nak ke sana.. Reen dari Ampang. Selalu pergi Tasik Ampang Hilir je.. Dekat. Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana lah tahu sekali sekala nak ubah angin hehehe....mana-mana pun ok...asalkan dapat release tension, keluar peluh...

      Delete
  4. bawak budak2 ni seronok la depa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tambah plak ada taman permainan macam tu.

      Delete
  5. bawak budak2 ni seronok la depa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dunia budak-budak sentiasa seronok huhuhu

      Delete
  6. BLOGWALKING

    https://belogs.blogspot.my/2016/09/segmen-jm-nak-url-blog-1-3september2016.html

    ReplyDelete
  7. Dah dekat ngan rumah ahkak tu Arz. Dulu rajin jugak pergi, jogginglah kononnya. Sekarang ni dah mls pulak. Mcm mcm aktiviti belah pagi nak di buat semuanya sessi menambahkan lemak,cari bekfes hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. la dekat rupanya...hehehe....tapi tak tahu pun kak hainom duduk situ....
      kalau tak boleh singgah tambah lemak...kak hainom kan pandai masak hehe

      Delete
  8. belum penah pegi. tapi bila tengok2, lebih kurang seperti Taman Kipas, Miri. Banyak jugak aktiviti riadah boleh buat bersama keluarga,kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya...mungkin sama di negeri lain....apa yang penting manfaatkannya

      Delete
  9. jauh nya. kalau dekat dah boleh pergi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah...hari tu pun sebab dah sampai kajang

      Delete
  10. Syok tengok ikan banyak macam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. syok bagi makan ikan..sedar sedar roti dah habis

      Delete
    2. Ikan tu harap ada pengunjung datang bagi makan je tu, mesti depa lapar sangat...

      Delete
  11. syoknya jenjalan kat tasik..

    ReplyDelete
  12. Ikan tu masokk lomak pun sodap tu.. hahaha :p

    ReplyDelete
  13. seronok kalau petang-petang bawa anak-anak ke tasik ni, betul tu arz, jangan terlepas pandang dengan anak-anak kecil ni bila di tempat2 awam macam ni, utamakan keselamatan :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...