Skip to main content

Apa Aktiviti Sempena Hari Kebangsaan (Merdeka) 2016

Aktiviti Sempena Hari Kebangsaan (Merdeka) 2016

Syukur alhamdulillah negara kita telah merdeka 59 tahun dari penaklukan penjajah. Apa aktiviti yang kita isi pada hari kebangsaan (kemerdekaan)? Rasanya tak perlu cerita lagi mengenai sejarah Kemerdekaan. Semua dah memahami dan mempelajari dari bangku sekolah sehinggalah ke media massa hari sudah banyak pendedahan dibuat, begitu juga jasa dan pengorbanan mereka yang terdahulu dalam memerdekakan negara. Semoga nikmat kemerdekaan ini terus kekal dan supaya kita bebas dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah sebagai Khalifah di muka bumi ini. Apa aktiviti yang anda semua buat pada cuti Hari Kebangsaan yang ke 59 ini?


#SEHATISEJIWA

Aktiviti Sempena Cuti Hari Kebangsaan ( Merdeka )


Alhamdulillah di cuti sempena Hari Kebangsaan, dipermudahkan segala oleh Allah SWT dalam urusan program Marathon Review Blogger Utara dari merancang, program berlangsung dan sehinggalah semua selamat kembali ke rumah masing-masing. Hari Kebangsaan diisi dengan berkumpulnya sebahagian dari Blogger Utara sambil review 3 Museum di Pulau Pinang.

Dari masa ke semasa boleh baca dari 9 buah blog Blogger Utara yang akan kongsikan pengalaman menarik ke 3 Museum ini. Mengikut perancangan setiap hari Isnin. Kali ini dipertemukan Blogger dari Perak Perlis Kedah dan Pulau Pinang hadir bersama keluarga dan rakan-rakan. Kebiasaannya hanya mengenali dari alam maya samda di blog mahupun whatsapp. Semoga pertemuan ini akan menjalinkan persahabatan yang berkekalan.

3 Museum yang sempat kami lawati adalah

TeddyVille Museum Penang - Museum Teddy Bear

Museum yang menempatkan ratusan teddy bear dan termasuk antara yang terawal, terkecil, termahal serta lain-lain. Tunggu review nanti ok....

teddyville museum penang, review by blogger utara museum teddy bear, museum teddy bear penang, Steiff teddy bear, tempat menarik di pulau pinang yang perlu dilawati,
Blogger Utara | TeddyVille Museum

5D Museum Penang 

5D Museum Penang yang terletak diantara KOMTAR dan Penang Times Square setinggi 4 tingkat ini menampilkan seni 5D serta kesedaran dalam menghargai alam sekitar. Apa ertinya kemerdekaan klau kita tidak hargai bumi merdeka ini kan? Review menyusul nanti.

5D museum Penang, tempat menarik di penang, review by blogger Utara 5D museum, tempat meanrik di georgetown, best place in penang,
Blogger Utara | 5D Museum (kredit kepada Cik En)

Phantamania Penang - WeeWee WaaWaa

Yang terakhir Phantamania Penang yang terletak di Victoria Street berdekatan Ferry Pulau Pinang atau lebih mudah lagi berdekatan Container Hotel Penang. Disini menampilkan lebih banyak tarikan yang lain dari yang lain. Tunggu review nanti.

Phantamania Penang, review by blogger utara, tempat menarik di pulau pinang, museum menarik di penang,
Blogger Utara | Phantamania (kredit Kak Marsha

Walaupun dalam perancangan sebenar ada 5 tempat tetapi syukur juga walaupun hanya tinggal 3 tempat memandangkan Pulau PInang agak sesak dengan kenderaan yang banyak waktu agak terhad. Apapun masing-masing tetap enjoy  untuk aktiviti kali ini.

Ini aktiviti kami, bagaimana pula aktiviti anda semua? 

p/s : sebelah pagi aRz pun buka televisyen menonton siran langsung dari dataran merdeka.... :)

Comments

  1. Menrik2..pengisian sambutan haru merdeka tahun nie ^_^

    ReplyDelete
  2. Selamat hari Merdeka..tak lama lagi kita sambut Hari Malaysia, cuti lagi..yeeayy

    ReplyDelete
  3. Pagi tu prog kita same arz. Belah ptg mek p cr durian 😂

    ReplyDelete
  4. Mrs. A balik kampung makan buah rambutan sampai hongeh!
    Kemudian bawa balik Seremban bagi kat jiran-jiran.

    ReplyDelete
  5. Syok tu jalan jalan muzium. Nani pergi secret recipe aje merdeka hari tu. Hahah

    ReplyDelete
  6. meriah..saya duduk rumah sahaja. KL kalau public holiday sesak dengan warga asing, tak selesa nak keluar

    ReplyDelete
  7. Salam Merdeka Arz.
    Seronoknya bergader gader dgn blogger. Ni kiranya mcm rombongan Cik Kiahlah ek hihi....

    ReplyDelete
  8. kira sempat jugak tengok pagi tu perarakan ya... saya pagi2 dh tolak dari a.s dah.. xda nk tgk tv dah..hihi

    ReplyDelete
  9. wahh sseronok nyaa. ramai juga blogger utara ni

    ReplyDelete
  10. syiokkknyer depa pi bersiar2 time cuti merdeka...

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...