Skip to main content

5D Interactive World Penang | Galeri Seni 5D Tempat Menarik Di Pulau Pinang

5D Interactive World Penang | Galeri Seni dan Tempat Menarik Di Pulau Pinang

5D Interactive World Penang merupakan galeri seni yang mana diantara salah satu tempat-tempat menarik yang patut dikunjungi di Pulau Pinang. Galeri Seni 5D ini juga merupakan destinasi kami sebahagian Blogger Utara yang dapat hadir bersama pada 31 Ogos lepas. Tapi apa yang dimaksudkan dengan 5D? Baca seterusnya

tempat menarik di penang, 5D interactive world, muzium menarik di penang, aktiviti blogger utara,
Blogger Utara di hadapan pintu masuk 5D Interactive World. Yang mana satu blogger?
NOTE : MAAF 5D INTERACTIVE WORLD TIDAK LAGI BEROPERASI
Artikel ini dikekalkan dan anda boleh lihat gambar-gambar yang ada. Terima kasih kerana sudi membaca.

5D Interactive World merupakan galeri seni yang mana ingin memberikan pengalaman baru kepada pengunjung yang mengagumkan berbanding lukisan mural. Tahukah Pulau Pinang antara negeri yang terbanyak lukisan mural akhir-akhir ini. 5D pula membawa maksud 5D Methodology iaitu menafsir (define), mereka (design), membangun (develop), membetul (debug), dan menyampai (deliver).

tempat menarik di penang, 5D interactive world, muzium menarik di penang, aktiviti blogger utara,
Pintu Hadapan 5D Interactive World

5D Interactive World antara tempat menarik yang dikunjungi kerana terbahagi kepada 5 Bahagian iaitu Zon Alam Sekitar, Zon Animasi, Zon Magik, Zon Arca dan Zon Tanah Liat. Galeri ini juga ini anda merasakan menikmati kesenian dan persembahan kreatif yang dipersembahkan serta mendapat kesedaran melalui mesej pendidikan. Sehingga akhir entri ini anda akan faham apa itu 5D Interactive World.

Zon Alam Sekitar di 5D Interactive World

Zon alam sekitar ini adalah untuk memberi dan meningkatkan kesedaran kita terutama rakyat Malaysia dan pengunjung dari luar negara mengenai pentingnya menjaga alam sekitar yang semakin hari semakin berkurangan kualitinya. Betul...kalau bukan kita yang menjaganya siapa lagi? Sekiranya semua nikmat ini ditarik balik yang rugi adalah kita juga.

tempat menarik di penang, 5D interactive world, muzium menarik di penang, aktiviti blogger utara, cik puteri di tempat menarik,
Jimat air 
tempat menarik di penang, 5D interactive world, muzium menarik di penang, aktiviti blogger utara,
Pha Is dan arca Raksasa dari bahan buangan

tempat menarik di penang, 5D interactive world, muzium menarik di penang, aktiviti blogger utara,
Cik Puteri | hargai alam sekitar dan haiwan yang hampir pupus

Endangered Animal

tempat menarik di penang, 5D interactive world, muzium menarik di penang, aktiviti blogger utara,
Kerosakan alam sekitar menyebabkan kepupusan haiwan

Di zon alam sekitar seperti gambar-gambar di atas yang mana memberikan kita kesedaran bahawa pentingnya menjaga alam sekitar supaya kebersihan udara dan juga supaya dapat mengelakkan kepupusan haiwan yang terancam.

Zon Animasi

Zon Animasi biasanya lebih menarik sebab ianya mengaitkan dengan cerita-cerita animasi dahulu. Walaupun animasi tetapi ada juga yang memberikan kesedaran kepada pengunjung. Zon ini sebaiknya dapatkan nasihat dari tour guide yang ada supaya gambar anda kelihatan lebih menarik dan boleh juga mendapatkan bantuan mereka untuk mengambil gambar anda. Sekiranya anda hanya datang berdua...


tempat menarik di penang, 5D interactive world, muzium menarik di penang, aktiviti blogger utara,
Ninja Turtle

tempat menarik di penang, bahaya bahan terlarang, 5D interactive world, muzium menarik di penang, aktiviti blogger utara,
Incredible Hulk???

Gambar diatas ini juga memberikan sedikit kesedaran khasnya untuk mereka yang inginkan badan yang sado, muka yang cantik, kulit yang gebu dengan jalan yang pantas sehingga sanggup mengambil ubat-ubatan atau produk yang bagaikan "cendawan tumbuh selepas hujan" mungkin memberikan kesan buruk pada diri sendiri. Hati-hati ketika mengambil ubat atau sesuatu produk.

tempat menarik di penang, 5D interactive world, muzium menarik di penang, aktiviti blogger utara,
Cik Puteri bantu abahnya dari diculik

tempat menarik di penang, super saiya, superhero, 5D interactive world, muzium menarik di penang, aktiviti blogger utara,
Super Saiya

Zon Magik

Di zon magik lebih menampilkan kepada ahli-ahli magik yang terhandal di dunia. Zon magik sekiranya anda datang secara berkumpulan 3 -5 orang akan lebih menarik. Disini anda boleh pose ala-ala ahli sihir terhandal.
Tengok gambar di bawah.

tempat menarik di penang, 5D interactive world, muzium menarik di penang, aktiviti blogger utara,
Mahaguru Indera Kayangan

Dunia Zumal Bersama Mahagurunya
tempat menarik di penang, 5D interactive world, muzium menarik di penang, aktiviti blogger utara,
Peace...

Kalau anda nak tahu macam mana aRz dan juga rakan blogger lain boleh mempunyai kuasa magik mengapungkan diri. Jangan lupa datang sendiri ke sini dan mencuba. Ada tips dan tricknya hehe


Zon Arca

Zon arca pula dimana merupakan karya seni wayar 3D yang mana membolehkan anda mencetakkan struktur muka, postur badan dan bentuk tangan. Tetapi untuk muka kena hati-hati sebab pedih juga bila muka, maklumlah kulit muka agak lembut.

Give me Five

Pha Is Hikayat Budak Pening dan bentuk badannya

Sama tak?

Muka Zumal....

Zon Tanah Liat

Di zon terakhir ini merupakan zon yang mengembalikan kita kepada alam semula jadi dimana tanah liat merupakan antra mainan dan jug abahan untuk membuat sesuatu produk. Tanah liat jug amerupakan bahan yang digunakan ketika zaman Firaun dahulu dimana mereka sangat mahir dalam teknologi ini sehingga mampu membina Piramid. Betul atau tidak?

Cik Puteri di Zon Tanah Liat
tempat menarik di penang, 5D interactive world, muzium menarik di penang, aktiviti blogger utara,
Love Blogger Utara Zon Tanah Liat

Family Blogger Utara

Blogger Utara yang hadir

Free Style

Harga Tiket 5D Interactive World

Harga tiket ke galeri 5D Interactive World Penang ini adalah seperti di bawah

Standard (without mykad)

Adult RM 30
Child RM20

With MyKad

Adult RM 18
Child RM 13
Senior Citizen RM13 ( 60 and above)

Harga Tiket 5D Interactive World

Lokasi 5D Interactive World

Lokasi adalah seperti di dalam maps di bawah.


Alamat
F29, Jalan Dato Keramat,
10150 Georgetown
Penang.

Sebarang pertanyaan


Email : info@ace5d.my
Contact No. : +604-218 9676, +6010-8181 089
Jangan lupa baca mengenai Teddyville Museum Perkampungan Teddy Bear terbesar di Pulau Pinang dan Malaysia. <<< Klik disini
Semoga perkongsian ini memberikan seribu makna buat anda semua ketika bercuti di Pulau Pinang yang terkenal dengan muzium dan galeri seni serta lukisan mural. Jumpa lagi.

Comments

  1. Yup menarik! Hope one day dapat pergi sini..

    ReplyDelete
  2. weee~~ syiok2..lagi best sbb BU dpt berkumpul reramai..hehe..

    ReplyDelete
  3. Bestnya.. menarik dan sempoi tmpt ni... klu ke sana mmg akan singgah sekeluarga.. dpt ilmu dan seronok.. terbaiklah.. thanks sharing Arz.. :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang menarik dan tak rugi ke penang...banyak lagi tempat menarik...sama-sama bro KK

      Delete
  4. Best..best...nak ke penang lagi! tak puas pegi penang hari tu!

    ReplyDelete
  5. Macam macam tarikan dah ada dekat Penang ni tapi entah bila lah nak sampai. Haha. Harga pun murah aje tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau cuti sekolah biasa pack sikit...datang hari biasa lebih selesa

      Delete
  6. Syok nya...nanti nak pi lah!

    ReplyDelete
  7. muka zumal xbrapa nk jadi kikiki

    ReplyDelete
  8. sjak bila ninja turtle jadi jahat ntah.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. jahat ka...bukan selamatkan heroin ka hahaha

      Delete
  9. tu bukan super saiya la arz.. tapi naruto tgh cuba nk keluarkan cakra kyubi (kurama)...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...ingatkan ichigo baru nak keluarkan kuasa pedang dia hehehe

      Delete
  10. bestnya dia. haritu p Penang x sempat nak singgah sning.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena singgah juga nanti...kalau sampai tu roger la yer

      Delete
  11. Sungguh menarik, tempat yang bakal dikunjungi kalau ada kesempatan.thanks for sharing

    ReplyDelete
  12. memang best.. kak Normi kna datang rasa sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...kak normi kena datang cuba sendiri

      Delete
  13. Owh tu mahaguru ka? Ingat anak sapa kena tinggai

    ReplyDelete
  14. Wow Muzium Baru.. Balik kampung nanti boleh pi terjah ni.. jenuh la nak berposing..heheh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. posing dan sediakan bateri kamera secukupnya

      Delete
  15. Naik gerek dr Armanian Street tak jauh kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak jauh sangat tapi berpeluh juga la...sebelah GAMA ja ni mummy julia

      Delete
  16. Hamboii Cik Puteri posing sakan na.. hehehe

    ReplyDelete
  17. Ish macam makin ramai lak Blogger Utara ni.. nak join gakk.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh bestnya kalau Mummy join sama...

      Delete
    2. hai mummy julia...insyaallah boleh saja join...

      Delete
  18. byk betul lah tempat best kat penang ni...tempat mkn best pun byk..ishh..bila nk ke sana nihh

    ReplyDelete
  19. Menariknya zon magic dan zon arca tu... bila la nak smpi penang.. aritu lalu je nak ke kedah.. hahaha

    ReplyDelete
  20. Menariknya zon magic dan zon arca tu... bila la nak smpi penang.. aritu lalu je nak ke kedah.. hahaha

    ReplyDelete
  21. Next time kalau pi Penang bolehlah merayau ke sini.....menarik jugak ni. Boleh tahan noh tiket dia...

    ReplyDelete
  22. menarik dan harga pon berpatutan

    ReplyDelete
  23. wah bestnya :D Done follow sini
    Jemput join :https://mellyacrayola.blogspot.my/2016/10/segmen-jom-exchange-link-by-mellya.html

    ReplyDelete
  24. Menarik...

    Teringin nak pi situ..

    ReplyDelete
  25. E eh menarik la tempat ni.. Tataw pown kewujudan tempat ni sebenarnya.. Kene pergi jugak ni.. Haha.. Lea follow sini.. :)

    ReplyDelete
  26. wowwww mcm2 benda yg menarik...kalu dtg ni x leh nk keluar ni hahaha

    ReplyDelete
  27. wow, menarik..Disember ni nak turun Penang..

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...