SweetSpot Mobile App
Suka atau tidak teknologi hari ini semuanya berada di dalam smartphone kita. Samada nak beli barang, makan, bercuti mahupun membayar bil semua sangat mudah sehingga termasuk blog juga perlu mesra mobile. Hari ini nak perkenalkan Sweetspot Mobile App dimana merupakan aplikasi smartphone untuk pembelian runcit dan barangan untuk pengguna dimana fokus utama adalah memberikan tawaran dan promosi yang hebat. Memang diakui mobile app kebiasaannya lebih murah dan banyak promosi. Nak tahu lebih lanjut? teruskan membaca.
Apa itu Sweetspot Mobile App
Sebenarnya Sweetspot bukan hanya fokus pada promosi dan tawaran untuk makanan dan barangan sahaja tetapi termasuk penjualan tiket dan memberikan informasi terkini di tempat anda. Tidak dinafikan memang promosi secara online melalui mobile apps agak menguntungkan. Yang penting anda tahu bila dan bagaimana menggunakannya.
Untuk membuatkan anda lebih faham mengenai kemudahan yang disediakan dalam Sweetspot Mobile App ini adalah sebaiknya muat turun terlebih dahulu dan perhatikan promosi dari masa ke semasa.
Cara Muat Turun Sweetspot Mobile App
Cara untuk muat turun sweetspot mobile app sangat mudah, muat turun dari App Store masing masing.
Muat turun
Android : https://goo.gl/8PVA4b
iOS : https://goo.gl/pPZEyr
Facebook : Sweetspot Malaysia
Sweetspot on Android and iOS |
Selepas ini mungkin ada lebih banyak lagi promosi yang menarik yang dapat dimanfaatkan. Jangan lepaskan peluang. aRz ulangi sekali lagi kebiasaannya app seperti ini memang selelaunya akan memberikan sedikit keuntungan berbanding kita membeli secara terus sesuatu barang atau perkhidmatan.
contoh paling mudah macam membeli tiket kapal terbang secara online dan kaunter memang akan ada perbezaan harga. Begitu juga sesebuah app dibangunkan untuk memberikan tawaran dan promosi yang hebat.
promosi di sweetspot |
Tiket sempena Georgetown Festival |
Untuk pengetahuan semua sweetspot juga menjual tiket untuk persembahan yang sedang berlangsung sempena Georgetown Festival dari 29 Julai sehingga 28 Ogos 2016. Untuk pengetahuan semua Georgetown Festival adalah untuk memberikan kesedaran mengenai seni, budaya, sejarah, komuniti setempat dan juga pembelajaran yang berlansung sebulan lamanya. Untuk lebih lanjut boleh baca disini Georgetown Festival
Geogetown Festival |
Tayangan Kaash Sempena Georgetown Festival 2016
Baru-baru ini aRz diberi kesempatan oleh Sweetspot Mobile App untuk menyaksikan sendiri 2 persembahan seni mengenai "Tarian Budaya" yang diberi nama Kaash dan juga Chekara yang bernilai RM 380. Walaubagaimanapun aRz hanya berpeluang menyaksikan persembahan Kaash sahaja (memandangkan tayangan Chekara berlangsung pada waktu maghrib aRz hadiahkan tiket pada rakan non-Muslim untuk menyaksikan sendiri persembahan sempena Georgetown Festival).
Kaash boleh dikatakan tarian India tetapi telah diolah oleh Akram Khan Company ( United Kingdom ) dimana memang tidak sama seperti tarian india di negara kita ini. Dua pengalaman baru yang aRz dapat kali ini. Pertama mengenai kewujudan Georgetown Festival dan persembahan yang berlangsung sepanjang bulan ini keduanya menyaksikan sendiri persembahan seni dari negara luar yang jarang dipertontonkan.
Poster Kaash di ruang regar Dewan Sri Pinang |
Untuk pengetahuan semua persembahan seni ini juga seakan persembahan teater dimana tarian/lakonan digabungkan bersama muzik dan cahaya yang menjadikan sesebuah persembahan itu semakin menarik. Muzik dalam persembahan Kaash ini membuatkan aRz tertanya-tanya apa yang akan dipersembahkan lagi dan lagi sebab muzik yang agak mendebarkan. Rupanya masih banyak budaya dan seni dari negara luar yang belum dilihat secara langsung mahupun tidak.
Akhir persembahan |
Sebelum aRz terlupa, sekiranya anda sudahpun menempah tiket ke mana-mana persembahan seni atau teater pastikan datang 15 minit awal. Kenapa? Sebab pintu akan ditutup tepat pada masanya. Huhuhu....mana-mana persembahan seni mahupun teater sudah pasti menggunakan cahaya ( lighting) yang mana memberikan kesan kepada persembahan sekiranya pintu dibuka ketika persembahan sedang berlangsung sedikit sebanyak memberi gangguan kepada penonton.
Penonton yang hadir | Kaash |
Bersama anak saudara |
Kalau ikutkan, Puan isteri ikutkan sekali untuk menyaksikan persembahan Kaash. Tetapi keadaan Cik Puteri yang masih demam, suhu badan agak panas jadi kami bertiga sahaja. Persembahan ini juga ada untuk 7 tahun ke atas sahaja. Sekurang-kurangnya dapat memberikan sedikit pendedahan pada anak saudara aRz mengenai Georgetown Festival dan tarian budaya yang dibawa khas dari United Kingdom. Terima kasih pada Sweetspot Mobile App Malaysia.
Jumpa Lagi.
Salam..pe habaq?
ReplyDeleteyaya saje mai sini melawat kengkawan blogger.. =D
mcm2 apps sekarang ni ye pening nk plh ;-)
ReplyDeletewow ! cam bagus sbb dapat offer :)
ReplyDeleteinteresting (Y)
ReplyDeletefoodhunter memang suka la apps ni..huu
ReplyDeletemacam best je app tu..kena install ni.. MAcehh Arz
ReplyDeleteWah macam2 aplikasi yang ada sekarang ni..
ReplyDeleteBEST..MACAM-MACAM DISKAUN ADA
ReplyDeletesib baik cakap bersama anak saudara ;p
ReplyDelete