Skip to main content

Sketsa Kehidupan | Bila Anak Sebut Perkataan Negatif !!!

Sketsa Kehidupan | Bila Anak Kecil Bercakap Menggunakan Perkataan Negatif

Setiap hari pasti ada pengalaman baru yang kita hadapi, pelajari dan temui dalam membesarkan anak-anak. Dari bayi yang tidak mampu berdikari sehinggalah besar nanti sehingga mula berdikari dan berfikir untuk menjalani kehidupan. Sampai satu masa aRz dan juga ibubapa lain ada yang telah, sedang dan akan hadapi tahap dimana anak kecil pandai bercakap dan mula berfikir. Waktu ini adalah waktu yang sepatutnya diberi tumpuan dan jangan diabaikan. Kena banyak berinteraksi dan beri perhatian. Masa ini juga mereka mula suka bercerita dan belajar perkataan baru termasuk perkataan negatif. Apa yang aRz kongsikan hari ini cuma pengalaman bila anak mula menggunakan atau menyebut perkataan negatif.


parenting, tips didik anak, bila anak mula menggunakan perkataan negatif, cik pteri, gambar lukisan kanak-kanak,
Senyum itu satu sedekah | Paintlab

Bila Anak Sebut Perkataan Negatif

Suka atau tidak kita sebagai ibubapa akan hadapi perkara ini. aRz juga telah hadapi dan mungkin banyak lagi akan dihadapi di masa akan datang. Kita tidak mampu elak tetapi boleh menyedarkan anak-anak mengenai tidak baik menggunakan perkataan seperti ini.

Cik Puteri, satu-satunya anak ketika ini, berusia lingkungan 4 tahun baru-baru ini mengeluarkan satu perkataan negatif seperti "bodoh".

( bukanlah perkataan ini teruk sangat tetapi bagi anak kecil ianya agak tidak berapa sesuai. Malah kita yang sudah dewasa dan besar panjang ni pun akan nampak kurang sopan kalau banyak menggunakan perkataan negatif. Betul kan???)

Terkejut bila dengar perkataan ini dari mulut dia. Sedangkan dia belum bersekolah. Ini bermaksud perkataan ini didengari dari rumah mahupun persekitaran rumah pengasuh. Mungkin aRz juga ada menggunakan perkataan ini ketika memarahi sesuatu. Mungkin tanpa sedar. 

Contoh ketika memandu kereta dalam keadaan jem, berdepan pemandu yang biadap dan sebagainya, mungkin...ya mungkin...aRz juga adakala terlupa bahaya mengunakan perkataan yang tidak elok dalam waktu anak sedang belajar bercakap/bertutur atau semakin membesar. Ketika umur ini kanak-kanak memang cepat belajar perkataan baru. Mungkin juga kanak-kanak sekitar rumah pengasuh yang pernah aRz dengar...ada menggunakan perkataan negatif ini.

Apa perlu buat? menangis di tepi bucu katil? atau hentak kepala ke dinding?

Takla...ianya belum teruk. tetapi perkara yang perlu diabil berat dan seringkali kita ambil mudah. Apa nak buat? Buat pembaca blog ini pernah tak hadapi? Ada cara tak?

aRz kongsikan sedikit pengalaman aRz ( sekadar perkongsian dan mungkin satu penyelesaian yang terbaik ) dan aRz juga harapkan semua pembaca dapat juga kongsikan pendapat masing-masing.

tips didik anak, parenting tips, bila anak menggunakan perkataan negatif, masalah bila anak mula sebut perkataan bodoh, macam mana cara atasi anak sebut perkataan negatif,
Kami bertiga di Lumut ketika ini

1. Kerap Luangkan Masa Bersama Anak-Anak - aRz akan cuba luang masa yang banyak bersama Cik Puteri kalau di rumah. Waktu ini kita akan dapat perasan kalau dia ada sebut apa-apa perkataan negatif. Macam Cik Puteri kalau dia belajar sesuatu maka dia akan kerap menyebutnya. Contoh belajar lagu Let it Go - Frozen, Doa makan, terbaru membaca Al-fatihah ( walaupun pelat sikit bunyi) dan lain-lain. Terkejut juga sebab aaRz belum pernah ajar melainkan masukkan 

2. Tegur Secara Baik - Tegur dia dengan cara yang baik. Cakap kat dia tak elok atau tak baik guna perkataan ni. Insyaallah ada masa dia dengar dengan baik. tapi kalau berulang juga mungkin boleh cuba dengan sedikit ketegasan. Jangan lupa waktu sebelum hampir tidur, waktu atau detik paling baik untuk menasihati/bercakap dengan anak. Insyaallah lebih mudah dia dengar dan faham. (Ada masa aRz kongsikan mengenai kebaikan nasihat waktu sebelum tidur)

3. Doa - Doa ini sepatutnya yang paling utama. Ya setiap ibubapa pasti doakan anak-anak yang dikasihani kan? Jangan lupa juga doa khusus agar mudah dididik dan menjadi anak yang soleh dan solehah. Doa dan terus berdoa. Insyaallah Allah dengar doa ibubapa.

*** Selepas menggunakan 3 langkah ini, Alhamdulillah dengna izin Allah Cik Puteri faham dan tak sebut lagi perkataan bodoh. Errr salah ka sebut perkataan ini? aRz dah terang kat atas tadi kan...jangan salah faham ya. Tapi bila Cik Puteri faham aRz dan isteri terpaksa hadapi satu keadaan baru.

Nak tahu apa?

Minggu lepas, isteri aRz tak ada idea untuk masak.. jadi dia tanya

"abang nak makan apa?"
"simple-simple saja boleh?"

"ok boleh ja" aRz iyakan saja. Kadang yang simple ni lama tak makan memang rasa macam sedap sangat.

"Buat sup sayur, ikan goreng cicah BUDU...boleh?" isteri tanya lagi.

Tak sempat aRz nak jawab Cik Puteri menyampuk...

"Mama tak baiklah cakap bodo...nanti tuhan marah"

aRz pandang isteri. Isteri pandang aRz terdiam kami....huhuhuu

Itu belum lagi kes ajar baca surah Fatihah yang Cik Puteri salah ertikan.... :)

Hadapi dengan senyuman.

huhuhuhuhu

Kalau ada pembaca dan rakan-rakan yang ada pendapat dan cadangan atau kakak-kakak dan abang-abang yang sudah mempunyai pengalaman seperti ini boleh kongsikan cadangan dan pendapat anda di ruangan komen di bawah. Jumpa Lagi

Comments

  1. In sya Allah akan practic perkara ni bila dah ada anak.. Atau dengan anak buah. Hihi

    ReplyDelete
  2. Akk pun buat mcm Arz, terangkan tak eloknya sebut perkataan negetif cam tu. Ank akk darjah 1 tu selalu bwk blk pkataan yg kita tk suka dgr, tu dh sekolah bergaul dgn kwn dgr mcm2 pwrkataan, tapi perkataan yg tak elok mudah sgt melekat kt otak dorang.

    ReplyDelete
  3. Pernah gak anak bawa kawannya balik ke rumah semasa cuti mingguan, dorg bergurau secara kasar, adalah sebutan yg kawannya utarakan agak kasar & tidak sesuai spt panggil org ni dgn nama2 binatang dsb.

    Bila rakannya tiada, saya bagitau anak yang saya tak suka dengan perkataan2 yang tidak sesuai dengan usianya, alhamdulillah..

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah kt rumah akak takde perkataan yg negatif...seperti pemalas,bodoh..kami suami isteri elakkan mengucapkannya sewaktu anak2 masih kecil..
    smp anak2 dah dewasa..perkataan aku-hang jugak tak disebut mereka..

    ReplyDelete
  5. dulu alya anak irda ada tercakap macam tu,tapi bila dah masuk sekolah agama,alhamdulilah dia pulak selalu ingatkan kami..hahah..bab aurat lagi dia lebih bagus dari irda..alhamdulilah...doa irda biarlah sampai besar dia mcam ni,cik puteri insyaALLAH akan jadi anak yang solehah,kadang-kadang anak kecil ni tengok drama tv pun ada bahasa yang tak baik digunakan...huhu..kena pantau juga tu,selalu cakap ngan alya..cannot say that word tau alya...

    ReplyDelete
  6. haha..comel je cik puteri tegur Ayah.banyak pengalaman bila anak sedara guna perkataan negatif ni. setuju bab tegur secara baik, sebab diorang bukan faham sangat. pernah sekali tengah cakap ngan member on phone, anak sedara tegur "tak elok tau cakap 'kau'"..adeh.

    ReplyDelete
  7. Betul tu, terkadang saya dan suami pun ada terkeluar perkataan yg tidak sepatutnya didengari oleh anak kita,namun selepas tu kena ceritakan pada anak kenapa tak boleh sebut perkataan tak baik tu

    ReplyDelete
  8. terima kasih atas panduan dan nasihat =)

    ReplyDelete
  9. mencabarnya nak membesarkan anak kecil. moga dipermudahkan untuk bro.

    saya ni kawin pun belum lagi, tapi kena la tau pasal ni juga hehe

    ReplyDelete
  10. Itu proses pembelajaran biasa bagi kanak2. Kena rajin tegur Dan ajar APA yg boleh Dan tak boleh ...

    ReplyDelete
  11. Itu proses pembelajaran biasa bagi kanak2. Kena rajin tegur Dan ajar APA yg boleh Dan tak boleh ...

    ReplyDelete
  12. budak2 cepat tngkp apa kita ckp...

    ReplyDelete
  13. arz, mek stuju dgn awk :) kita slalu sebut tapidalam tak sedar lg2 time driving sedangkan anak kita dalam proses belajar --" mlut slalu laju daripada akal..

    harap dengan doa dapat la ank ucap benda2 yg baik shj..

    ReplyDelete
  14. Maksudnya dia paham lah maksud bodoh tu tak baik.. bond dengan anak kena kuat kan abg arz?

    ReplyDelete
  15. hehehe..kita sebagai mak bapak yang kene bijak kan? ;)

    ReplyDelete
  16. huhu..budak cerdik ni..

    anak jie masih kecil lg.. thank kongsikan pengalaman ini..

    jadi panduan ajak anak pulak..

    ReplyDelete
  17. aduh abg arz, sory tak boleh nk bace isi entry asyik duk tgk cik puteri jaa.. await la cantik sngt cik puteri ni.

    ReplyDelete
  18. Setujuu. Anak anak kecil ni kadang2 diorang tak tahu pun perkataan tu negatif tapi sebab terikut dengan kawan kawan diorang pun ikut sama cakap.

    ReplyDelete
  19. kena selalu perhatikan anak2. selalunya bukan sebab dengar ibu bapa yang sebut, selalunya dari pergaulan di luar

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu kawasan yang subur kalau dikelilingi kawasan yang tandus pasti merosakkan kawasan yang subur tersebut....paling tidak 10%

      Delete
  20. Budak-budak mmg menilai setiap pertuturan dan perlakuan kita dan mentafsir dengan cara mereka tersendiri kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak eny....kalau macam cik puteri dia tengok ja apa tingkah laku saya nanti dia akan tiru

      Delete
  21. ermm itulah abe Nik tgk budak2 sekarang memang suka perkataan x baik .....
    kena pulok ckp ngan samo saem gak memang lagi keluar tanduknya
    kena ambik perhatian sokmo ....

    ReplyDelete
  22. Tips yang berguna Arz... especially untuk ayah baru macam KA ni.

    ReplyDelete
  23. kanak-kanak mmg cepat belajar. kta sbg org dewasa ni, kna ler brhati2 kan bila nak mnyembang depan bebudak..Ada ank sedara ni, marah pulak ckp aku.."tak baik ckap aku, ckp saya..blh ckp aku dgn kwn je".adehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu....bila cakap tak elok cakap...setiap masa bunyi perkataan tu akan cakap tak elok juga...huhu

      Delete
  24. kih kihk kih..BUDU lah dik bukan BODO ..lawak!

    ReplyDelete
  25. perluca jaga komunikasi bersama isteri sbb anak2 akan dgr dan ikut..sama gak kalau dia bergaul ngan kawan2..mudah terikut kalau kwn cakap or kuar ayat yg tak elok...cuma kena nasihat lah..x elok cakap camtu nanti Allah marah

    ReplyDelete
  26. budak budak ni dorg cepat tangkap apa yang dorg dengar..

    ReplyDelete
  27. Budak budak mmg cepat terpengaruh. Yelah...kadang kadang kita sedar apa yg kita ckp tambah lagi kalau tgh marah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...