Skip to main content

Sketsa Kehidupan | Bujang vs Kahwin

Sketsa Kehidupan Bujang vs Kahwin | Hidup Bujang atau Berkahwin

Kebiasaan dalam kehidupan ini memang ada perbezaan antara hidup bujang dan berkahwin. Yang mana lebih baik? Ok hari bukan nak cerita kebaikan atau kelebihan hidup bujang atau berkahwin. Cuma nak kongsi sebuah cerita kehidupan seorang bujang dan seorang yang dah berkahwin. Dalam perbezaan status ini mungkin ada yang cuba membanding-bandingkan antara satu sama lain. Jom baca....

perumahan flat taman free school, sketsa rumah pangsa, cerita di sebuah flat, beza antara bujang dan kahwin,
Flat Taman Free School, Penang
Ceritanya begini, di sebuah rumah pangsa dimana disini dua lelaki antara penghuni di rumah ini. Seorang lelaki A sudah berkahwin dan menetap di sebelah tingkat atas. Dia mempunyai seorang kawan bernama B dan menetap di sebelah bawah kiri rumahnya. Lelaki B ini masih bujang dan tinggal bersama rakan.

Kebetulan hari cuti, Lelaki A dan B cuti dan melakukan aktiviti masing-masing. Lelaki A membantu isterinya menyidai baju di balkoni belakang rumahnya. Dari balkoni rumahnya boleh nampak balkoni belakang rumah B. Kebetulan....lelaki B baru sudah membasuh baju dan terus dibawa ke balkoni dan terus sidai baju.

Lelaki A ternampak Lelaki B yang sedang menyidai baju lalu teringat untuk menyakat.

"Itulah orang suruh kahwin taknak" sakat lelaki A

Lelaki B menjenguk ke atas lalu ternampak kawannya si A lalu tersenyum.

"Insyaallah" Lelaki B membalas.

"hahahaha" gelak lelaki A selepas menyakat kawannya
.
.
Selepas siap menyidai baju lelaki B masuk ke rumah dan berjumpa rakan serumahnya lalu berkata.

"Mat, Si A sakat aku tadi, masa aku sidai baju tadi"

"tapi...patutkah dia kata kat aku, itulah orang suruh kahwin taknak...sedangkan dia pun tengah sidai baju".

Lelaki B meluahkan rasa tidak puas hati sambil tersengih-sengih.

Ok ini sekadar perkongsian dari kisah benar yang telah diolah dan sekadar perkongsian santai. Jangna ambil serius ok. Tak salah pun tolong bini sidai baju. Tak salah juga orang bujang sidai baju. :p

Jumpa Lagi.

Comments

  1. Replies
    1. bukan kak..cerita ni di ceritakan oleh seseorang...jadi terasa nak kongsi dengan rakan dan pembaca blog

      Delete
  2. Selepas berkahwin ada yang perlu berubah dan ada yang lebih baik dikekalkan..semasa bujang ambil peluang timba ilmu alam rumahtangga sebaiknya..hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah semoga yang baik tu dikekalkan...yang buruk dijauhkan

      Delete
  3. kahkahka.... ala... jiran carik topik. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe mungkin lah kan...taktau nak buka topik apa

      Delete
  4. Menyidai baju lelaki yg berkahwin ganjarannya lebih besar daripada lelaki yg belum kahwin walau membuat kerja yg sama. Itulah hikmahnya. Ada keindahan disebalik yg kelihatan sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin itu antara maksud yang ingin disampaikan dalam perbualan mereka berdua...

      Delete
  5. hahha..tekun ku baca..rupanya sidai baju je....hahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe....sidai baju nampak macam biasa...tapi luarbiasa

      Delete
  6. ha3 ckp x fikir dulu tu lelaki A ha3

    ReplyDelete
  7. A lupa dia tengah sidai baju.. dia ingat tengah lepak isap rokok.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yela kan...ka tak tahu nak mula sembang macam mana

      Delete
  8. hahah, kalau tak kawen, sidai baju 2 3 helai je yg sendiri punya. kalau dah kawen, kene sidai untuk bini jugek :) ape2 pn, lelaki yg buat keje rumah memang macho, hebat, the boommm!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa lelaki yang sidai baju memang macho kan...hehe

      Delete
  9. Sidai baju biasa bg org perempuan
    Tapi luarbiasa bg lelaki
    Kannnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah kak...berat rasa nak sidai baju hehehe...

      tu belum ada orang salah faham lagi...

      Delete
  10. Nak bergurau aje sebenarnya tu. Sama juga macam kita nampak orang sidai pakaian lepas tu kita tanya lagi - 'tengah sidai baju ke?' sambil senyum meleret ^_^

    Senang cerita bujang atau dah berkahwin, sama ajelah dalam bab buat kerjarumah ni. Kalau bujang buat sendiri, kalau dah kahwin, malas-malas pun ada yang tolong buatkan ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. yela kan...nampak seorang pun tanya lagi...sorang je ke? hehe

      mungkin lah itu yang dimaksudkan...

      Delete
  11. Orang bujang sidai baju manfaat untuk diri sendiri jer... orang berkahwin sidai baju manfaat untuk keluarga, dapat pahala lagi.

    ReplyDelete
  12. Maksudnya bujag ke berkahwin tetap kena sidai baju juga ye?..hehe

    ReplyDelete
  13. Ada ada saja ini postingan wkwkwk...

    ReplyDelete
  14. sama ja..bujang ke kahwin =P

    ReplyDelete
  15. Tak tahu nak kata apa tapi nak gelak ada la haaaa

    ReplyDelete
  16. Hihi, tumpang gelak juga. Suami akk pun rajin tolong basuh, jemur, angkat baju kalo hari minggu.

    ReplyDelete
  17. Ayah selalu menolong ibu menyidai pakaian... Tapi jangan bagitahu ayah tau sebab ayah paling tak suka sebenarnya sidai pakaian. Huu..

    ReplyDelete
  18. patut mau cakap depan2 terus.. hahaha

    ReplyDelete
  19. Si A sidai kain tu just nak amik ati isteri je. Kan best de org yg disayangi dan menyayangi.

    ReplyDelete
  20. Hihihi tumpang gelak jap. Dua-dua tak salah pun sebenarnya kan,... :)

    ReplyDelete
  21. A tu tak sedar yg dia pun tngh sidai baju hahaa... :D

    ReplyDelete
  22. bujang pon sidai baju.. dh kawen pon sidai bju...sama juga

    ReplyDelete
  23. kdg2 masyarakat skrg pemikiran depa klau xkawen lagi ni..menjadi satu kesalahan... dok push ja sruh kawen...

    ReplyDelete
  24. lawak tapi dalam lawak tu ada yg paling SEDIH

    ReplyDelete
  25. sedinya tu..tinggal berjiran tetapi tak tahu jiran tu dah kahwin atau bujang adeh!!!

    ReplyDelete
  26. Berkahwin baru boleh ada seseorang berteman utk pergi ke mana2 juga.

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...