Skip to main content

Kisah Penjaga Parking Yang Patut Dicontohi

Kisah Teladan Penjaga Parking | Hak Milik Allah

Kisah teladan seorang penjaga parking yang bila dengar bagaikan lucu tapi memberi teladan dan pengajaran yang baik yang mengingatkan kita akan semua yang kita punya adalah hak milik Allah. Kisah atau cerita ini sebenarnya dikongsikan oleh Ustaz Ferdaus Shahul Hamid di sebuah majlis ilmu. Kisah seperti ini bagus dikongsikan hari ini di mana kita hari ini telah masuk di zaman serba canggih dan penuh teknologi yang menjauhkan kita dengan Maha Pencipta dan Maha Berkuasa. Jom baca kisah Penjaga Parking sebagi satu motivasi buat diri sendiri.

Google Images

Kisah Teladan Penjaga Parking

Kisahnya mungkin agak melucukan tetapi bila difikirkan balik ianya ada mesej yang tersirat. Ianya mengingatkan kembali kepada kita mengenai diri kita cumalah Hamba Allah. Perkongsian ini juga sebagai satu peringatan kepada diri saya yang kerdil dan lemah yang kadangkala terlupa dan hanyut disebalik nikmat yang Allah kurniakan.

Penjaga Parking biasanya menjaga pelbagai jenis kereta daripada yang murah sehingga yang paling mahal dan mewah. Mungkin ada kereta yang kita mungkin tak dapat memilikinya mahupun tengok secara live. betul tak? Penjaga parking ada 3 sikap yang sangat baik yang tak mungkin kita mampu lakukan. Apa 3 sikap tersebut?

1. Penjaga parking menpunyai banyak kereta murah, sedang mahupun terlalu mahal tetapi beliau tidak berbangga dengan kereta yang banyak tersebut. Betulkan...? sebab kesemua kereta itu bukan miliknya.

2. Penjaga parking tidak pernah kisah bila mana kereta tersebut diambil semula. Selepas membayar parking beliau benarkan kereta tersebut diambil semula. Betulkan...? sebab kereta itu bukan miliknya.

3. Penjaga parking mempunyai banyak kereta samada murah atau mahal dia tetap amanah menjaga keselamatan kesemua kereta dibawah jagaannya. Betulkan.....? sebabnya kereta itu bukan miliknya tapi diamaanhkan untuk menjaganya.

Semua Yang Kita Miliki Hari Ini Bukan Milik Kita Tetapi Milik Allah

Kisah penjaga parking diatas memang macam agak lucu lawak, sebabnya memanglah semua kereta bukan miliknya. Cuma yang ke-3 agak logik sikit sebba menjaga amnah yang diberikan. Tetapi teladan iktibar serta pengajaran yang kita boleh belajar dalam kehidupan kita hari ini setiap yang kita punya hari ini tidak kira apapun adalah hak milik kepunyaan Allah S.W.T. 

"setiap yang kita punya hari ini tidak kira apapun adalah hak milik kepunyaan Allah S.W.T"

Rumah, kereta, isteri, anak-anak, jiran, tanah, wang ringgit, termasuk wajah yang cantik, nafas, oksigen segala nikmat adalah kepunyaan Allah dimana satu hari nanti akan diambil oleh Allah S.W.T semula. Perlukah berbangga dengan jawatan yang kita pegang hari ini? Perlukah berbangga dengan harta yang kita miliki hari ini? Perlukah berbangga mempunyai isteri cantik dan anak-anak yang cantik serta bijak?

Maka mulai hari ini anggaplah kesemua yang kita miliki hari ini merupakan pelaburan untuk masa hadapan. Gunakan segala kelebihan yang Allah berikan hari ini  untuk kebaikan dimasa hadapan. Tepuk dada jangan ditanya diselera, Sebab selera tak pernah merasa cukup. Tetapi tanyalah iman. Sekadar berkongsi mudah-mudahan memberi kebaikan buat diri ini dan yang membacanya.

Sharing is caring kan....

Comments

  1. Sungguh benar apa pun yg kita ada bukan milik kita yg hakiki.
    Hatta kuku kita yg dipotong saban minggu pun bukan milik kita
    Apa lagi nyawa dan semua anggota tubuh badan dan harta kita.

    Akan tiba masanya semuanya kita tinggalkan atau sebaliknya ia meninggalkan kita.

    ReplyDelete
  2. Akak setuju sgt2 aRz.. semuanya bukan milik kita yg kekal..

    ReplyDelete
  3. betul. apa yang Allah bagi dekat kita atas muka bumi ni segalanya hanya pinjaman semata - mata. Cuma nya bagaimana cara kita menjaganya. Soal amanah dan bertanggungjawab akan jadi benda paling penting dalam menerima segala yang Allah bagi. Baik kekal atau sementara.

    ReplyDelete
  4. betul tu arz..semua yang kita punya bukanlah hak milik kita,,kita terlalu berbangga dapat beli iphone 6 plus contohnya dengan harga 3k plus..esok2 ntah2 hp tu hilang atau rosak,kita berbangga ada rumah mewah dan sebagainya,esok-esok belum pasti rumah itu kita duduk,,syukur apa adanya dan sentiasa beringat tiada apa yang kita punya..semuanya pinjaman...HAKTA pasangan kita juga adalah pinjaman

    ReplyDelete
  5. ermmm byk pengajaran nie ...
    Hidup di dunia hanya sementara dan akhirat adalah tempat yang kekal abadi

    ReplyDelete
  6. pengajaran yg disampaikan secara santai..namun maksud yg tersirat mmg mendalam..tentang kita sebagai hambaNYA..

    ReplyDelete
  7. nice share.. ibrah dari seorang penjaga parking..

    ReplyDelete
  8. Setuju.banyak pengajaran entry nie. Bagus bagus.

    ReplyDelete
  9. Nice sharing akak pun setuju

    ReplyDelete
  10. Kisah simple tapi dalam maknanya utk kita fikir2 kan :)

    ReplyDelete
  11. Subhanallah walhamdulillah... peringatan yg baik buat renungan kita semua. T kasih atas perkongsian ini Arz.

    ReplyDelete
  12. kannn ... semuanya pinjaman sahaja

    ReplyDelete
  13. Terima kasih Arz dgn entri ni .....Mmg kita tahu bahawa apa yg kita miliki bukan milik hakiki kita tp kita selalu lupa ... dan kita perlu selalu diingatkan...

    ReplyDelete
  14. Terima kasih Arz dgn entri ni .....Mmg kita tahu bahawa apa yg kita miliki bukan milik hakiki kita tp kita selalu lupa ... dan kita perlu selalu diingatkan...

    ReplyDelete
  15. kita ni hanya pinjam nikmat yang Tuhan kasi.. mudah2an nikmat yang berikan tak disalah guna.. tegur2 satu sama lain biar tidak terus lalai dan terkandas..

    ReplyDelete
  16. tiada satu pun di sisi kita adalah milik kita. semuanya pinjaman shj. jd, jgn lah bongkak or sombong dgn kesenangan or kelebihan yg ada. thanks 4 sharing

    ReplyDelete
  17. tiada kita punya..semua allah punya..lagu Iwan

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...