Skip to main content

Jenis-Jenis Durian Terdapat Di Malaysia

Jenis-Jenis Durian Di Malaysia

Peminat-peminat durian sudah pasti tak boleh duduk diam bila sampai musim durian ni. Durian pula ada bermacam-macam jenis. Jangan cakap peminat tegar durian kalau belum kenal jenis-jenis durian yang ada di Malaysia. Mungkin ada lebih lagi jenis durian ni. Perkongsian ini sebenarnya sekadar memberi info kepada orang ramai terutama yang memang meminati durian. Mungkin tercari-cari jenis-jenis durian tertentu. Cumanya aRz kongsikan beberapa jenis jela secara santai.


Di antara jenis-jenis Durian yang terdapat di Malaysia adalah


  1. Musang King (Mao Shan Wang), 
  2. Golden Pheonix, 
  3. XO, 
  4. D24, 
  5. D13, 
  6. D1, 
  7. D101, 
  8. Red Prawn, 
  9. Green Bamboo, 
  10. Black Pearl
jenis-jenis durian di Malaysia, perkara yang perlu dielakkan selepas makan durian, cara makan durian, menu durian,
Google Image Taktau nak kredit kat sapa

Kat atas merupakan antara jenis-jenis Durian yang terdapat di Malaysia. Mungkin ada banyak lagi jenis. Bak kata member sorang tu "macam mana hang tau durian ada 10 jenis ja" haaa.....pening kepala nak jawab. Boleh baca lebih lagi dalam gambar atas tu.

Untuk pengetahuan semua aRz bukan seorang peminat tegar durian. Masa kecil dulu...Ya....memang peminat tegar. Bila semakin meningkat umur bau durian contohnya kalau terperap dalam kereta atau tempat tertutup boleh pening.

Cara Makan Durian

Baik dah tahu mengenai jenis-jenis durian kan...apa kata sekarang kita baca sikit cara makan durian. Sesetengah manusia memang suka makan durian saja tanpa dicampur dengan makanan lain. Kalau campur campur tak ada "aumm". Sesetengah manusia pula suka makan dengan pulut, makan dengan cendol (boleh baca sini Cendol Pulut Kuala Terengganu ), ada juga makan bersama nasi digaul-gaul letak garam dan gula sedikit ( ini kesukaan masa kecil dulu), ada juga dibuat serawa, atau boleh juga di buat cucur durian dan lain-lain. Banyak sebenarnya cara nak makan durian ni....

durian pulut, jenis-jenis durian, tips makan durian, cara makan durian, perkara yang perlu dielakkan selepas makan durian, gambar durian pulut, musim durian,
Durian dan pulut


Perkara Yang Perlu Dielakkan Selepas Makan Durian

Mungkin kita selalu fokus pada jenis buah durian lepas tu nak buat apa dengna durian samada makan saja atau buat menu lain tetapi......kita selalu lupa perkara yang perlu kita elak lepas dari makan durian.

Sebelum tu tolong fahami bukan semua orang suka bau durian. Bagi orang yang tak makan durian ni bau dia boleh jadi pening. Itu baru bau...bukan bau yang datang dari dalam mulut kita....kalau keluar dari mulut kita atau dalam bahasa lain sendawa bau dia sangat...pffffttttttttt

Antara perkara yang patut kita elak selepas makan durian adalah

  1. Elakkan bercakap sambil menghembuskan nafas, atau bercakap dekat dengan orang lain. Sebabnya kita tak tahu samada kawan kita ni suka durian atau tak. 
  2. Solat tanpa mencuci mulut sebersihnya terlebih dahulu. Bila solat berjemaah kita memang berdiri dekat-dekat kemudian sendawa..tolong k. Melainkan kita solat bersendirian. Tapi berjemaah kan lebih baik.
  3. Jangan hisap rokok selepas makan durian. Dua benda ni bila bergabung dalam mulut memang bau yang dihasilkan sangat teruk. 
  4. Jangan makan ubat. Fakta ini tak pasti sahih atau tidak tapi ada geng-geng senior pesan sesama depa.
  5. Jangan buat-buat lupa bayar selepas makan durian. Almaklumlah durian balik pulau boleh cecah seratus lebih untuk 2 biji.
  6. Jangan lupa tapau untuk anak bini. :)
Setakat itu saja pesanan perkara yang perlu dielakkan selepas makan durian. Dah kenapa asyik cerita bab durian ni?

Kebetulan tengahari tadi ada sedikit majlis jamuan makan durian bersama pulut. Durian ini kalau tak silap durian biasa-biasa, bau pun tak kuat sangat. Ada ang awarna kuning terang ada yang warna lesu. aRz pilih yang warna lesu saja. Kebiasaan yang warna lesu ni bau dia kurang sikit.

jom makan durian, durian, musim durian, gambar durian, jenis-jenis durian, menu durian, perkara yang perlu dielakkan selepas makan durian,
Jom makan durian

Sememangnya kaki kaki durian tersenyum dapat makan durian macam ni. Bagi yang tak boleh bau durian pula muka tengok jela. aRz pula rasa juga beberapa ulas. So far hari ini tak terasa pening atau nak muntah bila makan.

jenis-jenis durian, cara makan durian, menu durian, perkara yang perlu dielakkan selepas makan durian, kanak-kanak dan durian, durian dan kana-kanak,
Cik Puteri dan Durian

Ini pula gambar Cik Puteri semalam dengan durian. Rezeki Mama Cik Puteri nak makan durian ada pula yang jual depan rumah. Beli kan satu tapi rasa macam mahal. Sebelum masuk ke rumah ada seorang budak umur lebih kurang 6-7 tahun melintas dengan tiba-tiba saja dia pesan

"Pakcik hati-hati durian ni duri tajam nanti kena dia" sambil tunjuk ke Cik Puteri. Tergamam. Walaupun rasa macam nak tergelak tapi tak salah dia beri nasihatkan??

Ok setakat ini saja. Semoga memberi manfaat buat semua. Jumpa Lagi

Comments

  1. Terliur,..terus rasa teringin nak makan durian.
    Comelnya budak tu pesan suruh hati-hati :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak....rasa macam terkejut juga dia nasihat...hehe

      Delete
  2. Durian butter cake . . . yum yum

    ReplyDelete
  3. Subhanallah lama dah tak makan durian...kalau musim durian...dengar gugur je cepat cepat ambil terus makan..fresh...yang kecil2 tu sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah bestnya PC dapat makan durian fresh

      Delete
  4. salam huhuhu lama dah tak makan durian, tak rasa nak pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah lama tak makan memang akan rasa macam tu....yaka?

      Delete
  5. saya tak gemar durian...mkaan 2 atau 3 ulas dah cukup..kalau sebijik memang tak larat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dapat kat kaki makan durian ni sebiji pun tak cukup

      Delete
  6. ermmm sedapnya durian...
    Abe Nik tau mkn je hi3
    nama x tau pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita mana pernah nak tahu pasal durian ni

      Delete
  7. ada yang tak pernah dengar.. hehehe

    btw, cik puteri dah nampak semakin keanakdaraan.. hehe

    ReplyDelete
  8. saya tahu makan ja...susah nak kenal =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah kita tak kenal pun...cuma kenal buah durian ja hehehe

      Delete
  9. Arghhh sedap tengok durian tu! Tapi raya baru2 ni mak mertua ada belikan durian ...syukur tercapai hajat nak makan hahaha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah untungnya mak mertua belikan...hehe

      Delete
  10. dalam rumah akak ni ada 2 org yg pantang bau durian..anak sulung dan bongsu
    yg sulung tu dari kecik tak boleh bau durian
    ada sekali dia cuba makan..pening kepala 3 hari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ni kadang-kadang ada juga datang pening...adakala boleh pula makan...

      Delete
  11. Ha,yg red prawn tu first time baru nampak masa abang beli time berbuka puasa lepas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow..sedap ka rasa dia...tak pernah cuba,...musang king pun tak pernah juga

      Delete
  12. pokok durian kat kg dah 3 pohon mati huuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lor ....rugilah nak tunggu tumbuh balik ambil masa

      Delete
  13. haha, selalu mkn durian pokok sndri, jrang mkn durian beli..
    hehe..
    main bedal je asal sedap, tpi cik timm xsuka isi durian tebal..suka nipis2 je baru xmuak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. isi nipis ni bau pun tak kuat sangat kan...makan dengan nasi pun sedap

      Delete
  14. wahhh.. banyak jenis rupanya...

    jemput join ga minyak wangi ya.. http://www.mialiana.com/2016/07/giveaway-minyak-wangi-braveheart.html

    ReplyDelete
  15. salam singgah comelnya cik puteri dgn durian.. last makan sebelum puasa ..lepas raya x jumpa dan makan lagi huuu

    ReplyDelete
  16. Bila baca artikel ni, teringat pula kes penjual yang meludah sambil bungkus durian :))

    ReplyDelete
  17. haha kalau anak tak suka susah la juga kan....

    ReplyDelete
  18. sedapnya durian.terliur. arz, durian crepe pun sedap tau.hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha durian crepe pun sedap..tapi nak jumpa yang pandai buat tu susah skit

      Delete
  19. Baru makan pulut dengan kuah durian selasa lepas. Kat rumah memang semua peminat durian.

    ReplyDelete
  20. Fuhh puas makan durian mcm tu... manyak syook ooo... bestnya... :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan bro KK...makan banyak-banyak baru puas hehe

      Delete
  21. sedapnya ... rasa cam ngidam durian lah pulak :)

    ReplyDelete
  22. Harga durian taun nie mahal giler.. orang kata, durian tak jadi taun nie sebab cuaca panas sangat..

    ReplyDelete
  23. Tau makan jer, kalau suruh teka jenis apa mmg tak tau. Kalau org nak tipu pun mungkin tertipu. Camne nak bezakan ek Arz..

    Lama tak makan durian, teringin pulak dah...

    ReplyDelete
  24. weh x baik tau tayang durian ngan pulut cemtu.. kejamnya !!!

    ReplyDelete
  25. syukur rini dapat pergi Anjung Indah.. ada lagi durian kat sana..
    tataula jenis apa makan tadi.. sedap je ngap hehe..

    ReplyDelete
  26. pasal makan dengan ubat tu, buat masa sekarang mmg beum ada lagi kajian saintifik yang menyokong statement tu, tapi sekadar petua orang tua2... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh jadi masih sebagai pesan orang tua-tua. terima kasih pha is

      Delete
  27. saya memang peminat durian. alhamdulillah baru je suami beli dari perak minggu lepas. seguni besar baru rm120. puas hati

    ReplyDelete
  28. semua durian sy belasah. tp 1 je sy belum rs lg durian merah. ms g sabah dulu terlupa nk rs.

    ReplyDelete
  29. pernah try musang king RM25 sekilo..beli 2 kilo dapat 8 ulas jek..belum puas mkn dah habis

    ReplyDelete
  30. kat mana nk mkn durian sampai muntah eh..kat area bangi dan putrajaya ni sekilo durian kg pun mencekik darah..tu belum D24 lah, ioi lah..mcm2 jenis lagi...

    ReplyDelete
  31. masih belum puas mkn durian ni..kat mana port paling byk durian..Arz ada dusun..leh g serbu..pas byr terus kopek mkn baru puas hati

    ReplyDelete
  32. sedapnya mkn durian ngan pulut tu letk santan sikit..adeh..kempunan!

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...