Skip to main content

Ayam Golek

Ayam Golek Sedap Menu 25 Ramadhan 

Teringat mengenai keinginan pada hari pertama Ramadhan kali ini. Memang teringin sangat nak makan ayam golek di Bazaar Ramadhan Bayan Baru. Bukan senang nak cari ayam golek sedap dan harga yang memuaskan. Tapi apa kena mengena dengan 25 Ramadhan? Ni nak cerita... 

Ayam Golek Sedap, ayam golek sebagai menu Berbuka, ayam golek harga berpatutan, gambar ayam golek,
Ayam Golek Bazaar Ramadhan Bayan Baru

Cerita yang sebenarnya aRz memang teringin sangat nak rasa ayam golek dari tahun lepas tapi bila sampai saja kat Bazaar Ramadhan Bayan Baru ni tengok ramai sangat orang beratur... Keinginan tu tiba-tiba hilang. Sehinggalah 1 Ramadhan kali ni keinginan tu terdetik di hati ditambah nafsu makan yang semakin membuak-buak. 

Tapi masih tak berkesempatan singgah ke Bazaar Ramadhan. Sehinggalah Jumaat yang pertama dalam bulan Ramadhan kali ini terdengar kuliah Ramadhan oleh seorang Ustaz jemputan berkata cuba lawan keinginan nafsu. Kalau hari ni teringin sangat cuba tolak ke esok hari. Ianya dikatakan tips mengawal hawa nafsu. Bila fikir balik betul lah... Bukankah Ramadhan bulan melawan dan mengawal hawa nafsu? 

Akhirnya aRz sendiri cuba... dan letakkan 25 Ramadhan sebagai satu tarikh untuk membeli ayam golek ni. 

Kita mampu merancang Allah menentukan. Ramadhan hari ke 25 pun aRz tak sempat beli. Kebetulan wife aRz ajak ke Bazaar Ramadhan satu lagi. Esoknya baru berkesempatan. 

26 Ramadhan akhirnya dapat juga merasa ayam golek yang di inginkan. Alhamdulillah harga agak beratutan. Seekor RM 24 Setengah Ekor RM 12 dan Suku pula RM 7. Ikut hati nak beli Seekor. Tapi masa tu tak tahu betul ka sedap? 
Jadi aRz cuba dulu suku... Kalau sedap esok boleh beli lagi. 

Memang ayam golek di Bazaar Ramadhan Bayan Baru ni dah terkenal dengan kesedapannya,  harga berpatutan dan juga punya peminat tersendiri. Beratur panjang nak membeli. 

Jadi macam mana pula pengalaman anda semua ketika mencari menu Berbuka Puasa? 

Dapat apa yang dicari? Puas hati? 

Setakat ini dulu. Dikesempatan ini aRz ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf selama aRz ini sekiranya ada terkasar bahasa samada di Blog ini atau media sosial yang lain secara sedar mahupun tidak. 

"SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN"
Semoga beroleh kebaikan sepanjang tahun. Insyaallah. 

Comments

  1. Assalam Arz, harap sihat yea dlm nk meraikan syawal ni.
    Tak blk teganu ke?

    Akk dah akhir2 ramadhan baru ke bazar Ramadhan sbb dah habis idea nk masak, hihi. Tapi sekadar cari martabak, taufufa je.
    Setiap org ada cara tersendiri melawan nafsu, cuma antara kuat tak kuat, nak tak nak saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam kak azimah balik terengganu raya baru ni...tak sempat nak balas...

      hujung rmaadhan ja pun ke bazaar

      Delete
  2. Assalam Arz, harap sihat yea dlm nk meraikan syawal ni.
    Tak blk teganu ke?

    Akk dah akhir2 ramadhan baru ke bazar Ramadhan sbb dah habis idea nk masak, hihi. Tapi sekadar cari martabak, taufufa je.
    Setiap org ada cara tersendiri melawan nafsu, cuma antara kuat tak kuat, nak tak nak saja.

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya Arz.. diorang jual lagi ya suku tu. Kat sini sebelah pun tak bagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih ada suku...tapi macam tak cukup huhu

      Delete
  4. last puasa harini, seksi ehhh ayam golek tu, btw ucap seksiap..selmat hari raya arz!

    ReplyDelete
  5. SELAMAT hARI RAYA Buat arz & family..irda berbuka rumah mak selalu..tapi selalunya mak lagi masak sedap dari beli kat bazar..memang tak beli sangat kat bazar kecuali kalau nak cari kuih melayu atau teringin nak makan yang lain dari menu mak..hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. menu mak memang paling sedap...tapi kekadang nak juga cari kuih kan...hehe

      Delete
  6. Replies
    1. memang sedap...nampak gaya tahun depan pula dapat merasa

      Delete
  7. sedap tu makan ayam golek. di Tanah Merah kelantan cuma RM22 seekor..

    ReplyDelete
  8. selalu juga saya beli time puasa hari tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. aRz dapat cuba sekali ja....kena tunggu tahun depan la jawabnya

      Delete
  9. Sedapnya ayam golek. Selamat Hari Raya abg aRz. Moga lebaran kali ini lebih bermakna :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya Nani....terima kasih atas ucapan

      Delete
  10. nampak menyelerakan utk org yg tgh puasa ni waarghhh

    ReplyDelete
  11. Semasa puasa semua makanan di pasar Ramadhan nampak dan rasa sedap. Kalau masak sendiri lagi lah sedap dan juga sihat. Dan jimat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak....semua nampak sedap...tapi syukur kali ini cuma beberapa hari saja ke pasar ramadhan

      Delete
  12. haha! timm kat bzar cari bakso indon je kat bzar rmadan kelang lma..hehe..

    ReplyDelete
  13. Sedap ni.. Papepun, Selamat Hari Raya..! Reen singgah dan follow blog Azril.. Jemput singgah blog Reen ;)

    ReplyDelete
  14. Tak beli ayam golek pun Ramadhan kali ni Arz. Jarang ke bazar Ramadhan pun ye kot...

    Dulu rasanya Rm18 seekor la ni dah Rm24? Harga tak pernahnya nak turun kan....

    ReplyDelete
  15. Puasa tahun ni banyak kali jugak pergi bazar beli lauk..sebab dekat rumah tinggal bertiga je dgn mak abah..jadi, beli 2 3 jenis je.. :) masak time ramai berbuka kat rumah je..heee

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...