Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2016

Nuzul Al-Quran 1437H

Nuzul Al-Quran 1437H Nuzul Al-Quran, dimana nuzul itu bermaksud turun atau berpindah, iaitu berpindah dari atas ke bawah atau turun dari tempat yang tinggi. Al-Quran seperti semua faham bacaan atau himpunan ayat yang lengkap yang bukan sahaja menjelaskan mengenai hukum Agama Islam sahaja tetapi ianya sebuah Eksiklopedia lengkap untuk manusia sekelian alam yang menjelaskan mengenai tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat, sains dan teknologi dan sebagainya termasuk kisah-kisah Nabi terdahulu.  Al-Quran merupakan mukjizat terbesar yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad S.A.W. Diturunkan secara berperingkat. Ayat Al-Quran yang pertama diturunkan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.A.W ialah lima ayat pertama surah Al-Alaq melalui perantaraan Malaikat Jibril A.S. Salam Nuzul Al-Quran Salam Nuzul Al-Quran. Diatas merupakan serba sedikit ringkasnya mengenai nuzul Al-Quran. Memandangkan Pulau Pinang juga cuti sempena Hari Nuzul Al-Quran mudah-mudahan dapatlah mema...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...

Salam Browser | 5 Sebab Mengapa Remaja dan Ibubapa Perlu Menggunakannya

Salam Browser | 5 Sebab Kenapa Remaja dan Ibubapa Perlu Menggunakannya Salam Browser merupakan produk islamik iaitu sebuah pelayar web halal yang menerapkan beberapa ciri keselamatan dan perlindungan buat pengguna yang mematuhi undang-undang syariah. Ianya juga sebagai salah satu cara untuk mendidik kita adab dan etika ketika melayari internet yang mana menjadi keperluan utama hari ini. Tujuan utama perkongsian hari ini adalah untuk menerangkan 5 sebab kenapa remaja dan ibubapa perlu menggunakan pelayar web Salam Browser ini. Ia merupakan PERCUMA seperti browser lain dan boleh mencuba memuat turun di www.salambrowser.com . Salam Browser pelayar web selamat dan dan dilindungi 5 Sebab Mengapa Remaja dan Ibubapa Perlu Menggunakan Salam Browser Salam Browser mempunyai beberapa ciri yang membolehkan aRz kongsi 5 sebab mengapa ibubapa dan remaja perlu menggunakan. Sebelum itu, untuk pengetahuan anda pelayar web (browser) ini telah pun menyekat lebih 1.4 juta laman web lucah, pe...

The Cendol Champion | Cendol Menarik Di Wakaf Tengah Kuala Terengganu

The Cendol Champion | Makan Cendol Menarik Di Wakaf Tengah Kuala Terengganu The Cendol Champion | The Cendol Champion memperkenalkan beberapa menu cendol yang menarik terletak di Wakaf  Tengah Kuala Terengganu. Ianya sebagai salah satu program mencari makan menarik ketika berada di Kuala Terengganu baru-baru ini. Antara cendol yang popular adalah Cendol Durian. Jom baca apa lagi cendol menarik yang disediakan... The Cendol Champion | Cendol Durian Apa Yang Menarik Dengan The Cendol Champion? Cendol sebenarnya rasa sama saja...yang menariknya The Cendol Champion adalah rasanya yang tidak terlalu manis. Tak percaya kena cuba sendiri....Seperti yang aRz ceritakan pada entri sebelum ini. Hari pertama lagi setelah tiba di Kuala Terengganu dah pun mencuba salah satu menu di The Cendol Champion. aRz sendiri yang tidak selalu berada di pantai timur memang merasakan cuaca di sana agak panas berbanding di utara malaysia. Jadi kerap kali membasahi tekak dengan cendol apatah lagi...