Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2016

Na Na Na Na Ganu Kiter Eee

Terengganu 2016 Terengganu kelantan merupakan antara negeri pilihan destinasi percutian yang selalu menjadi tumpuan pada cuti sekolah. Antara makanan yang terkenal di Terengganu adalah keropok lekor, nasi dagang, nasi kerapu dan juga ketupat Sotong (jarang nampak dijual). Mungkin juga terkenal dengan kain dan tudung serta batik. Terengganu juga terdapat Pulau yang cantik dan sungai serta air terjun yang menarik untuk dikunjungi.  Balik kampung - Kuala Terengganu  Haaaa... Intro panjang tapi sebenarnya nak maklumkan yang aRz dan keluarga berada di Kuala Terengganu sehingga 1hb Jun. Pulang kerana majlis Tahlil yang bakal diadakan pada malam ini khas buat Ibu Mertua dan sekalian arwah. Mungkin sekiranya ada rakan-rakan yang mengenali berada sekitar Kuala Terengganu boleh maklumkan mungkin dapat berjumpa sambil makan keropok lekor Hehe.  Titiwangsa-Jeli Bagaimana Ke Kelantan Terengganu dari Penang? Perjalananan dari Penang ke Kuala Terengganu kebi...

Jadual Waktu Berbuka Puasa Seluruh Malaysia | Takwim Ramadhan 2016/1437H

Jadual Waktu Berbuka Puasa Seluruh Negeri Di Malaysia | Takwim Ramadhan 2016/1437H Jadual Waktu Berbuka Puasa bagi seluruh Negeri Malaysia untuk Ramadhan 1437H telah pun diedarkan. Ianya khas untuk Bulan Ramadhan yang bakal tiba beberapa hari saja lagi. Khas buat pembaca blog, aRz kongsikan jadual waktu solat, imsak dan berbuka puasa 2016 bagi setiap negeri di Malaysia untuk memudahkan kita umat Islam membuat persiapan waktu. Jadual waktu ini berformat PDF dan boleh disimpan di telefon pintar masing-masing.  Waktu berbuka puasa 2016/ Takwim Ramadhan 1437H Jadual Waktu Berbuka Puasa Seluruh Negeri di Malaysia 2016 / 1437H Di bawah ini merupakan jadual berbuka puasa Seluruh negeri di Malaysia bagi tahun 2016/1437H. Klik pada negeri yang anda inginkan. Semoga membantu anda semua dapat menguruskan waktu dengan baik di bulan Ramadhan dan membawa kepada perubahan di bulan yang mendatang. Jadual Berbuka Puasa Negeri : Pahang ,  Terengganu ,  Perlis , Sela...

Cenderahati Dari India Ke Pulau Pinang

Cenderahati ( Fridge Magnet ) Dari Taj Mahal Sampai Pulau Pinang 'Fridge Magnet' dari India sampai ke Pulau Pinang sebagai cenderahati. 'Fridge Magnet' sudah menjadi tradisi di waktu ini dijadikan tanda ingatan berbanding 'key chain' . Nak ceritakan sikit mengenai FM ini yang datangnya dari India diterbangkan ke Putrajaya dahulu dan seterusnya ke Pulau Pinang. Ianya di hadiahkan oleh seorang pengembara solo err tapi sekarang dah bertiga hehe yang menyukai warna pink...yang baru sahaja kembali dari percutian, pengembaraan ke India ...Siapa?  Fridge Magnet Taj Mahal, India Fridge Magnet Taj Mahal Terima kasih buat Sis Jari Manis yang selalu ingat dan hadiahkan sesuatu sebagai salah satu cara menghargai pembaca blog dan juga sebagai rakan blog. Jika anda minat untuk mengembara dan ingin membaca pengalaman Sis Jari Manis mengembara hampir banyak Negara dan tempat terutama Korea boleh membaca di pautan di bawah ini               ...

3 Types Men's Jeans Style

3 Types Men's Jeans Style Jeans is the most common fashion piece in any men’s closet since the early days. However, the fashion industry has created various jean cuts and designs to cater a wider customer base. Men who are thinking that they need a new style to wear their jeans can definitely pay attention to the men’s jeans style tips below. It doesn’t matter what style of jeans you have on, these style tips will make you feel a different fresh touch to your look. Men's Jeans Style Trendy Hipster First Men's Jeans Style. If you are someone who often hears the term ‘hipster’ nowadays, why not give a try?  The hipster style is to wear a pair of slim fit jeans, tee and a unbutton shirt on top with a beanie hat. It gives you that laid back feel and you are still fashionable without putting much thought to your wardrobe. Feel the difference. Tendy Hipster credit to pinterest Smart Casual Second Men's Jeans Style. This is the most common style ...

Kisah Pengalaman Pertama Anak Kecil Menaiki Pesawat Firefly

Kisah Pengalaman Anak Kecil atau Kanak-kanak Pertama Kali Menaiki Pesawat Firefly Pengalaman pertama itu merupakan sesuatu yang berharga dan sentiasa diingati. Begitu juga dengan perkongsian kisah ini mengenai pengalaman saya membawa anak kecil menaiki pesawat Firefly ATR 72-500 dari Subang (Subang Skypark) ke Kuala Terengganu. Anak kecil atau kanak-kanak berumur 3 hingga 4 tahun iaitu lebih dikenali sebagai Cik Puteri. Kenapa saya kongsikan kisah ini? Sedangkan dah banyak ibubapa yang bawa anak-anak mereka menaiki pesawat malah lebih kecil dari Cik Puteri. Teruskan membaca ada jawapannya :) aRzMoHa | Pengalaman Cik Puteri Pertama kali menaiki pesawat Panggilan Pertama Cik Puteri Untuk Pesawat Sebelum aRz kongsikan pengalaman pertama Cik Puteri menaiki pesawat nak jelaskan terlebih dahulu kenapa kisah ini dikongsikan. Kembali ke waktu Cik Puteri masih kecil, masa mula bercakap dengan mengguna satu suku kata perkataan bagi memudahkan ia mengingati dan menyebut sem...

Harga Promosi Shawl Exclusive by Papaglamz

Harga Promosi Shawl Exclusive by Papaglamz  Assalamualaikum semua. Kepada semua pencari shawl secara online khasnya untuk Hari Raya bakal tiba , tentu sahaja ramai yang akan membandingkan harga. Harga yang murah dan shawl yang berkualiti tinggi akan menjadi pilihan ramai. Tentu semua nak tahu berapakah harga shawl labuh chiffon exclusive by Papaglamz ni kan? Memandangkan shawl PapaG baru sahaja menjengah market fesyen Malaysia, sudah pasti PapaG akan menawarkan harga yang paling terbaik untuk anda semua. Sesuai dengan kualiti shawl itu sendiri. Harga jualan Shawl Chiffon Exclusive by Papaglamz Memandangkan sekarang ni (ikut tarikh entri ni) masih lagi mood-mood promosi dari PapaG, jadi beliau menjual Shawl Exclusive by Papaglamz seperti harga di bawah ni. "1 helai RM 34.00 + Postage RM 6.00 = RM 40.00 3 helai RM 100.00 termasuk postage" Haa reasonable tak? Jadi apa tunggu lagi? Cepat PM PapaG cepat-cepat. Nanti dia poskan kat korang. Ingat Shawl P...

Notification Di Smartphone Petang Jumaat

Peringatan Di Hari Jumaat Melalui Smartphone Peringatan di petang hari jumaat. Peringatan ini dari apps yang ada di dalam Playstore. Dah lama sudah di 'screenshot' cuma kadang tak sempat masukkan dalam blog. Biasanya kita rata-rata terima peringatan atau 'notification' dari aplikasi 'whatsapp', 'facebook', 'twitter', 'instagram' dan lain-lain. Tapi bila terima peringatan sebegini...Astagfirullah....Ia mengingatkan kita yang lalai dengan teknologi serba canggih hari ini. Friday notification Biarlah secanggih mana teknologi atau semudah mana kemudahan yang ada hari ini, jangan sampai membuatkan kita lupa pada Maha Pencipta. Dia tidak pernah lupa kita, tapi kitalah yang sering lupa padaNya.... Jumpa Lagi.

Pertemuan dan Perpisahan Dalam Kehidupan

Perpisahan (Kematian) Pasti Terjadi Dalam Kehidupan Setiap pertemuan pasti ada persipasahan. Perpisahan pula boleh terjadi dalam pelbagai suasana dan cara. Dalam kehidupan perpisahan itu pasti terjadi, perpisahan yang paling menyukarkan ialah perpisahan yang melibatkan kematian. Tetapi kita perlu terima dengan hati yang sabar dan terbuka. Ianya salah satu ujian dan dugaan yang perlu kita hadapi dalam kehidupan ini apatah lagi jika kehilangan insan yang tersayang dan paling dekat dengan kita. Setiap yang bernyawa pasti merasai mati. Al-Fatihah | Perpisahan Terakhir Innalillahiwainnailaihirajiun... Pagi 20 April, lebih kurang jam 7:50 pagi terima panggilan dari nombor yang tidak bernama. Amat jarang terima panggilan di awal pagi melainkan sesuatu yang amat penting. Tak menjangkakan ianya panggilan dari biras aRz. Selepas bersiap nak ke tempat kerja baru aRz hubungi semula.. Memang mengejutkan bila dapat khabar Emak Mertua kembali ke Rahmatullah. Susahnya.... Susahn...