Skip to main content

Terima Jahitan Lagi

Pastikan Permainan Anak-Anak Selamat

Anak satu anugerah yang tidak terhingga. Bukan boleh dijual beli. Sudah pasti setiap ibubapa amat menjaga keselamatan dan kesihatan anak-anak. Bila ada anak, sudah pasti tidak dapat elak dari membeli mainan dan apa-apa berkenaan. Tapi aRz yakin ramai ibubapa begitu sedar tentang pentingnya memeriksa mainan anak-anak mungkin sudah rosak yang boleh membahayakan atau mengganggu kesihatan anak masing-masing.

perbaiki mainan anak-anak, kerosakan kecil mampu membahayakan anak-anak, ibubapa perlu periksa mainan anak-anak, bear anak kecil perlu diperiksa,
Jahit 

Baru-baru ini aRz tengah baca buku...tetiba Cik Puteri kata "Abah bear koyak". Padahal sebelum ini pun dah koyak dan terima 10 jahitan...Boleh baca DISINI

Sebelum terlupa Cik Puteri ada banyak bear...paling kerap disentuh hanya satu. Bear kesayangan yang pertama dimiliki. Bear ini akan sentiasa ada atas katil. Cumanya bila makin membesar makin kurang bersama bear ni. Buat peluk masa tidur saja. Kesian pula bila Puan Isteri sibuk di dapur kemudian nak menjahit pula. Jadi sekali lagi Abah jahitkan..Bukanlah rajin sangat...tapi sekali-sekala jahit ni best juga hehe....cuma kali ini lebih panjang dari sebelum ini. Kalau tak dijahit risau bahan di dalam bear seakan kabus masuk dalam mulut atau boleh membawa kepada kemudharatan.

Syukur alhamdulillah pembedahan kecil hampir 25 jahitan hehe, bear kesayangan cik puteri kembali pulih....
Bukan sekadar nak cerita mengenai bear cik puteri, tapi klau ada masa lapang bolehlah sisihkan mainan anak-anak mungkin ada yang pecah atau kecil serta halus dan sepatunya buang. Kekalkan mainan yang masih dalam keadaan baik.

Adakala perkara sekecil ini boleh menyebabkan bahaya pada si kecil. Betul tak? Sepertimana baldi yang terisi sedikit air pun boleh memudharatkan anak kecil disaat kita alpa. Bukan ingin melawan takdir tapi mana yang boleh kita elakkan kita elakkan dan perbaiki. Selebihnya kita serah pada Ilahi.

Jom periksa mainan anak-anak kita :)

Comments

  1. hihi kali kedua bear2 cedera ye.. nasiblah abah pandai menjahit :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah...bear dah agak lusuh...tapi bear ni paling dia suka...

      nasib abah dulu pernah ikut perkhemahan pengakap masa sekolah rendah hehe

      Delete
  2. Replies
    1. prihatin sikit ja...banyak kali disebut pasal bear yang koyak...jadi jahit jela....

      Delete
  3. Kesian bear tu dah 2 kali kena jahit yer...

    ReplyDelete
  4. boleh abah tunjuk skill menjahit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ada skill sangat kak azi...jahit gitu gitu ja....hehehe

      Delete
  5. alamak kecederaan teruk 25 jahitan dah parah tu..hehe..anak2 saya punya bear kadang2 dah xterisi kurus keding sbb terkoyak mcm nie la adehh...

    ReplyDelete
  6. bgsnya jhit sndiri..hehehe.. untung putri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak bawa ke kedai macam tak berbaloi pula yui...jahit sendiri jela...dengan ilmu yang dipelajari masa join pengakap dulu hehe

      Delete
  7. tu diaaa..sekali abah menjahit! perghhh... ;)

    ReplyDelete
  8. alahai, sweet abahnya tolong mnjahit bear cik puteri..hehe..

    ReplyDelete
  9. bear mcm bantai busuk jugak..macam fida..bantai busuk suami dah jadi bantai busuk fida,.hahaha

    ReplyDelete
  10. Kalau bear anak yang koyak, laju2 dorang bagitahu pada saya mintak jahitkan. Kalau lambat jahitkan nanti dak Nuha tarik keluar isi dalamnya.. huhuhu..

    ReplyDelete
  11. Haih..koyak lagi cik puteri ye...kesian en teddy awak

    ReplyDelete
  12. Yeahhh.. Cik Puteri kita geng! Bear mummy pun selalu terima byk jahitan.. ciannn kan tp tulah yg paling disyg syg.. hehehe

    ReplyDelete
  13. 25 jahitan je ker? mummy punya 50 jahitan.. hahahaa Almaklumla geng wrestling.. :p

    ReplyDelete
  14. Sakit tak kena jahit tu. hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...