Philips Penang Experience Store | Pertama Di Pulau Pinang
Philips Malaysia baru sahaja melancarkan Philips Experience Store yang pertama di Pulau Pinang dan yang pertama di luar Lembah Klang. Kedai ini terletak di Bayan Baru, iaitu diantara One Percint dan juga tapak uptown bayan baru. Philips Experince Store ini merupakan kedai barangan elektrik jenama Philips atau sebagai 'showroom' untuk produk kegunaan harian, ibu dan anak dan juga barangan penjagaan kesihatan rumah.
Philips Penang Experience Store Bayan Baru |
Produk dan Barangan Yang Terdapat Di Philips Experience Store Bayan Baru
Baru-baru ini aRz mendapat jemputan merasai sendiri pengalaman di Philips Penang Experience Store di bayan baru. Memang terdapat banyak produk philips yang dipamerkan. Nak duduk lama-lama pun tak ada masalah sebab sangat selesa.
Philips Experience Store | Kemas dan teratur |
Di Philips Experience Store Bayan Baru |
Bagi aRz sudah semestinya bahagian Male Grooming menjadi tarikan pertama. Sebabnya sebelum ini aRz pernah menggunakan produk Philips dan masih bertahan sehingga sekarang. Di Philips Experience Store memang rambang mata, banyak pilihan tersedia.
Male Grooming |
Bagi mereka yang mempunyai bayi produk Philips Avent ini memang sangat popular. aRz sendiri pun guna untuk Cik Puteri. Banyak sangat pilihan dari botol susu sampai ke produk bayi yang lain.
Philips Avent | Philips Experience Store |
Biasanya kalau kita ke Shopping Complex, memang boleh jumpa produk philips tetapi tidaklah sebanyak yang tersedia di Philips Experience Store. Kalau ada pun cuma beberapa jenis saja. Itu belum lagi promoter promosikan produk lain padahal memang kita nak cari produk Philips.
Jom tengok produk-produk lain yang terdapat di Philips Penang Experience Store.
Produk di Philips Experience Store |
Philips Airfryer |
Produk Penjagaan Kecantikan |
Garment Care |
Vacuum Cleaner |
Produk Philips |
Lokasi Philips Penang Experience Store
Philips Penang Experience Store terletak di lokasi yang mudah di cari. Tempat letak kereta pun mudah saja.
Philips Experience Store,
Blok 2-G-2A Quartermile,
Solok Mayang Pasir, Bayan Baru,
119500 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Waktu Operasi :
Isnin - Jumaat : 10 pagi - 7 malam
Sabtu : 10 pagi - 2 petang
TUTUP pada hari Ahad
Waktu Operasi :
Isnin - Jumaat : 10 pagi - 7 malam
Sabtu : 10 pagi - 2 petang
TUTUP pada hari Ahad
atau cari melalui koordinat ini : 5.324847, 100.284844
Jumpa Lagi.
Bestnya... tempat kakak sini ada juga tapi tak seluas/besar ini
ReplyDeleteIni kalau nak masuk pastikan credit card jgn tertinggal baru best:)
haa....kan kak zakie...banyak pula barang keperluan rumah...
Deletebarangna philips ni yg best adalah ketahanan lasak dia!
ReplyDeleteWah terbaik. Siap ada showroom khas untuk philips. Kalau kat Kuantan ada kan best. Boleh 'usha-usha'.
ReplyDeleteWah best nie. Kalau time dompet tebal mesti kena bawak balik dengan lori nie ^-^
ReplyDeleteni kalau msuk, rasa smua nak beli..huahua
ReplyDeleteDah pergi juga. Rasa macam nak beli semua.. hahaha
ReplyDeleteBanyak juga produk philips yang saya tak tahu, terkadang kat shopping complex cuma item yang biasa saja kan
ReplyDeleteHaaa macam macam ada :)
ReplyDeleteseumur hidup Fida...tak pernah lagi pakai barang philips..
ReplyDeleteluas,,barang jenama philip pada saya memang bagus
ReplyDeletePhilips ni antara yang paling tahan dan berkualiti produknya,pelbagai pilihan yang di tawarkan :)
ReplyDeletesemuanya ada di bwh 1 bumbung ;-)
ReplyDelete