Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2016

Philips Penang Experience Store | Yang Pertama Di Pulau Pinang

Philips Penang Experience Store | Pertama Di Pulau Pinang Philips Malaysia baru sahaja melancarkan Philips Experience Store yang pertama di Pulau Pinang dan yang pertama di luar Lembah Klang. Kedai ini terletak di Bayan Baru, iaitu diantara One Percint dan juga tapak uptown bayan baru. Philips Experince Store ini merupakan kedai barangan elektrik jenama Philips atau sebagai ' showroom ' untuk produk kegunaan harian, ibu dan anak dan juga barangan penjagaan kesihatan rumah. Philips Penang Experience Store Bayan Baru Produk dan Barangan Yang Terdapat Di Philips Experience Store Bayan Baru Baru-baru ini aRz mendapat jemputan merasai sendiri pengalaman di Philips Penang Experience Store di bayan baru. Memang terdapat banyak produk philips yang dipamerkan. Nak duduk lama-lama pun tak ada masalah sebab sangat selesa.  Philips Experience Store | Kemas dan teratur Di Philips Experience Store Bayan Baru Bagi aRz sudah semestinya bahagian Male Grooming menjad...

Terima Jahitan Lagi

Pastikan Permainan Anak-Anak Selamat Anak satu anugerah yang tidak terhingga. Bukan boleh dijual beli. Sudah pasti setiap ibubapa amat menjaga keselamatan dan kesihatan anak-anak. Bila ada anak, sudah pasti tidak dapat elak dari membeli mainan dan apa-apa berkenaan. Tapi aRz yakin ramai ibubapa begitu sedar tentang pentingnya memeriksa mainan anak-anak mungkin sudah rosak yang boleh membahayakan atau mengganggu kesihatan anak masing-masing. Jahit  Baru-baru ini aRz tengah baca buku...tetiba Cik Puteri kata "Abah bear koyak". Padahal sebelum ini pun dah koyak dan terima 10 jahitan...Boleh baca DISINI Sebelum terlupa Cik Puteri ada banyak bear ...paling kerap disentuh hanya satu. Bear kesayangan yang pertama dimiliki. Bear ini akan sentiasa ada atas katil. Cumanya bila makin membesar makin kurang bersama bear ni. Buat peluk masa tidur saja. Kesian pula bila Puan Isteri sibuk di dapur kemudian nak menjahit pula. Jadi sekali lagi Abah jahitkan..Bukanlah rajin sa...

Lirik Lagu Jatuh Nyanyian Faizul Sany (OST Aku Bukan Bimbo)

Lirik Lagu Jatuh Faizul Sany (OST Drama Aku Bukan Bimbo) Lirik lagu Jatuh nyanyian Faizul Sany dimana lagu ini menjadi OST Drama Aku Bukan Bimbo. Faizul Sany anak kelahiran Sabah yang merupakan juara Akedemi Fantasia 2013 yang sangat berbakat dalam menghasil lagu dan mempunyai suara yang hebat. aRz sendiri pun mula mengkuti lagu-lagunya bermula dari lagu Perempuan. Ok cukuplah sedikit sebanyak mengenai Faizul Sany...jom hayati lirik lagu Jatuh - Faizul Sany google images - faizul sany jatuh Lirik Lagu Jatuh - Faizul Sany Tidakkah aku faham lagi tentang telah berkali  Bukankah sudahku berjanji Ku tak mahu Sedarkah aku semua ini Pasti akan melukai Sejujurnya diriku tahu ku tak mahu Adakah aku bodoh Mahu saja ku tinggalkan dirimu Jiwaku meronta Batinku meminta Biar jiwaku di gari Biarku sakit dihati Walau seburuk mana caramu Tetap aku jatuh Biar rasa mahu mati Biar apapun sekali Walauku sakit dengan caramu Tetap aku tetap ...

2 Ladang Teh Yang Wajib Dikunjungi Di Cameron Highlands

2 Ladang Teh Yang Wajib Dikunjungi di Cameron Highlands Cameron Highlands menjadi destinasi percutian pilihan aRz baru-baru ini. Cameron Highlands yang terletak di negeri Pahang merupakan destinasi tumpuan pelancong terutama pada cuti sekolah kerana beberapa faktor menarik yang terdapat disini. Antara faktor yang menarik adalah cuacanya yang sejuk, ladang teh, ladang strawberi dan sayur-sayuran segar. Tetapi kali ini aRz ingin kongsikan sedikit mengenai 2 ladang teh yang wajib dikunjungi sekiranya anda bercuti ke Cameron Highlands. arzmoha | Bharat Plantation, Cameron Highlands Cameron Valley Bharat Tea Plantation Terdapat beberapa ladang teh dan juga ladang strawberi di cameron highlands. Ada milik BOH dan juga milik Bharat. Bharat Tea Plantation pula terdapat di beberapa lokasi. Ladang Teh pertama yang aRz maksudkan ini terletak di hujung Tanah Rata menghala ke Ringlet.  Kenapa wajib singgah? Mesti ada yang tertanya-tanya kan? Kalau sekadar nak minum teh ra...

Aku Patah Hati Sungguh Sungguh

Lirik Lagu Patah Hati Nyanyian Hafiz Ost Anugerah Dendam Yang Terindah Patah hati. Biasanya berlaku kepada mereka yang bercinta. Menyayangi seseorang dengan sepenuh perasaan. Perkongsian lirik lagu ini adalah sempena Telemovie Anugerah Dendam Yang Terindah yang tidak dimana-mana pawagam di Malaysia hanya ditayangkan di Astro First pertama kalinya pada 25 Julai 2013. Telemovie lakonan Aaron Aziz, Nadiya Nisaa, El-Faeza Al Haq, Amar Bahrin. Walaubagaimanapun akan ditayang semula pada 12 March 2016. Lagu Patah Hati nyanyian Hafiz merupakan lagu di dalam album Luahan Hati Anak Seni 2013. Jom sama-sama hayati lirik lagu dibawah. Patah Hati. Google Image Lirik Lagu Patah Hati Nyanyian Hafiz Apa aku telah lakukan kesalahan yang mendalam Sampai hati kau lakukan itu Kali ini ku tak bisa menerima kenyataan Kau tak lagi setia padaku Aku patah hati Sungguh-sungguh aku patah hati Kernamu Kali ini ku tak bisa menerima kenyataan Kau tak lagi setia padaku ohh ...

Wordless Wednesday | Pasti Ramai Sukakan Bil Elektrik Seperti Ini

Bil Elektrik Negatif Pasti Disukai Wordless Wednesday | Bil elektrik TNB yang pasti disukai dan membuatkan suami-suami tersenyum. :)  Bil elektrik TNB

Cerai Lampin (Potty Train) Mudah atau Susah??

Didik Anak Cerai Lampin ( Potty Train ) Mudah Atau Susah? Cerai Lampin, bebas lampin atau Potty Train mungkin antara istilah yang biasa kita gunakan untuk mendidik anak kecil supaya membuang air kecil atau air besar di tandas. Suka atau tidak ibubapa pasti menghadapi pengalaman ini dan ini merupakan fasa yang agak mencabar. Terdapat banyak tips untuk mengajar anak kita supaya cerai lampin atau bebas lampin. Bagaimana mendidik anak bebas lampin (potty train) ?? Potty Train | Cerai Lampin Bebas Lampin | credit Sudahkah Anak Kecil Anda Bersedia? Sebelum aRz memuatnaik entri ini aRz juga membaca beberapa pengalaman dan tips ibubapa yang berkongsi bagaimana melatih atau mendidik anak-anak bebas lampin. Begitu juga nasihat dari orang-orang yang lebih dahulu berjaya melatih anak-anak bebas lampin atau potty train . Kebiasaannya ibubapa mula mengajar anak-anak supaya bebas lampin bermula dari umur 2 tahun hingga 4 tahun dan mungkin juga ada yang lewat sehingga 5 tahun. 2 tahun ada...