Kata Nasihat : Jangan Lupa Bawa Bekalan Secukupnya
Jika kita diingatkan, dipesan atau dinasihati oleh seorang Nakhoda kapal akan pentingnya membawa bekalan secukupnya sebelum kapal berlayar menuju destinasi. Apakah tindakan yang akan kita buat?
Manusia seringkali terlupa, sebab itu kita selalu diingatkan terutama sang lelaki yang wajib menghadiri solat Jumaat setiap minggu. Dalam khutbah solat Jumaat kali ini Khatib mengingatkan akan perjalanan kita di dunia ini. Lalu dia berpesan bahawa usah abaikan atau melambatkan dalam berbuat kebaikan dan amal soleh. Katanya lagi cuba bayangkan jika kita diingatkan oleh nakhoda kapal bahawa kita bakal melalui perjalanan yang panjang dan hanya akan berhenti ketika sampai ke destinasi apakah kita akan membawa bekalan yang secukupnya?
Dalam memastikan bahwa kita perlu membawa bekalan yang secukupnya maka jangan kita melambat-lambat dalam berbuat kebaikan. Kita tidak tahu bila kita bakal dijemput oleh Yang Maha Kuasa.
Tidak kira tua atau muda kita pasti akan dijemput olehNya. Jadi apakah waktu yang kita tidak tahu bila penghujungnya kita masih ingin berbuat dosa?
Tambahan pula di zaman berteknologi hari ini mampu membuatkan kita menyumbang dosa pada bila-bila masa.
Jom audit diri kita. Disini aRz juga ingin memohon maaf andai ada laman www.arzmoha.com ini pernah membuat mana-mana pihak terasa sengaja ataupun tidak. Anda juga boleh menegur sekiranya ada perkara yang tidak baik dikongsikan di laman ini. Jumpa lagi.
ARZMOHA
azrilmohdhaniffa@gmail.com
Instagram/twitter/fb : @arzmoha
amboi aRz & Puteri, naik perahu tu nak pergi ke mana? bawa bekal tak?
ReplyDeleteSerius, perkongsian yang baik..
aku gi keje, bini selalu bagi bekal.
ReplyDeleterisau dia takut aku lapar.
Jln kt dunia pun perlukan bekal yg cukup, inikan pula jln ke akhirat, tentulah perlukan bekal yang sepatutnya, malah biarlah berlebihan.
ReplyDeleteBetul tu..jangan leka dengan dunia sahaja. Bekalan ke akhirat itu yang amat penting
ReplyDeleteUstaz pesan didunia ni tak boleh berehat sebab kena banyakkan bekal nak ke akhirat sana
ReplyDeleteterima kasih aRz atas perkongsian nie , sama-sama kita audit diri sendiri =)
ReplyDeletetapi pemergianmu tiba2 masih agak berat rasa nak maafkan ni....grrrrrr #masihbelummoveon
ReplyDeletePerkongsian yg baik.... sedangkan di dunia pun kita bawa bekal yg cukup... moga di akhirat nanti cukup dan harap berlebihan bekalan yg di bawa...
ReplyDeleteSatu entri yang bermanfaat, terima kasih diatas perkongsian anda.
ReplyDeletehurmmm kadang-kadang terasa macam bekalan belum cukup lagi
ReplyDeletekena selalu audit diri sendiri supaya tidak tersasar dari landasannya....thanks utk entry ini arz.
ReplyDeleteTq berkongsi Arz....Arz muda lagi, tak perlah ....mak yg dah nak senja ni.....huhu
ReplyDeleteyang muda lagi kurang bekalannya kak hainom
DeleteTerima kasih atas perkongsian ni Arz. Untung bagi siapa-siapa yang selalu baca blog ni. Selalu dapat peringatan.
ReplyDeletesama-sama kita berkongsi dan mengingati kan khamsi
DeleteTeringin nak pergi. Masa je tidak mengizinkan
ReplyDeletepergi ke mana?
DeleteInsyaAllah akan diusahakan..Amin
ReplyDeletemasih berusaha cukupkan bekalan :)
ReplyDeleteyelaaa ceq maafkan.. biasala tu kita penuh khilaf..
ReplyDelete