Bila Mula Rindu Sesuatu Yang Kita Suka
Aku rindu kau rindu. Dah lama menghilang, tetiba muncul buat tajuk ala drama. Ceh... tapi bukan apa.. Betul bila mula rindu sesuatu yang kita suka, kita minat memang macam ni. Aku yang rindu atau korang yang rindu? Kenapa aku menghilang tanpa sebarang berita? Hampir lebih 2 minggu blog tidak dikemaskini. Kalau ada yang bertanya nanti aRz jawab di bawah. Teruskan membaca.
Diambil menggunakan Yi Cam pinjam |
Minggu pertama menyepikan diri dari berblogging sebabnya kerana pulang ke kampung halaman isteri. Seperti biasa internet agak lemah. Mungkin itu sebab yang kuat untuk tidak kemaskini blog. Jadi seminggu di sana keseluruhan waktu untuk rehat sepenuhnya. Kebetulan ketika berada Pantai Timur sangat berangin, cuaca menjadi sejuk secara keseluruhannya.....bertambah-tambah seronok untuk berehat....
Cumanya yang paling menarik waktu tidur Cik Puteri semakin bertambah baik. Masa dia bersama gadjet semakin kurang sehingga hari ini. Satu perkembangan yang baik. Cik Puteri awal-awal pagi lagi dah bangun sebab nak bermain dengan sepupunya. Alhamdulillah.
Minggu kedua sudah kembali ke Pulau Pinang. Mood menulis semakin berkurang. Masa dihabiskan untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan pejabat, dan juga bersama keluarga. Sempat juga layan drama di TV macam Cinta Hati Abah, Inikah Cinta :p tapi mood menulis belum ada. Biasanya kalau dah tinggal lama memang susah untuk menulis kembali seakan lupa apa yang perlu ditulis. Rindu jadinya dengan rakan blogger. Mungkin ini kot rasa mereka yang tidak ada blog.
Insyaallah minggu ini akan kembali aktif. Doakan aRz semakin bersemangat untuk update blog hehe...Terima kasih kepada mereka yang sudi tinggalkan komen. Walaupun blog tidak dikemaskini untuk satu tempoh yang lama.
Sebelum tinggalkan komen aRz nak tanya apa pula perasaan anda bila blog lama tak dikemaskini??
Jumpa Lagi
aRzMoHa
Personal Lifestyle, Parenting and Photography Blog
azrilmohdhaniffa@gmail.com
Saya pernah berbulan tinggal Arz blog.. nak mula menulis pun sangkut2. Nak komen blog kawan2 pon jadi segan.. huu. Semoga kita semua kekal bersemangat hemdaknya.
ReplyDeleteKhamsi dulu masa tak aktif sangat. rasa macam biasa tak update pon. Tapi bila selalu update tetiba sunyi rasa lain. perkembangan kawan-kawan pun tak ikut dah. blogwalking lagilaaa.....harap kita kembali bersemangat k
Deletetahniah tuan...
ReplyDeleteTerima kasih tuan firaz
Deleteitu la... bila dah lama tak menaip panjang2 ni.. idea pun makin kurang.. sibuk dengan exam.. Dah habis exam balik kampung line pulak slow..
ReplyDeleteSemoga berjaya dalam peperiksaan. Fokus mana yang lebih penting dahulu ya
Deleteakak selalu sgt blog x update... kekok bila nak update balik.... hahaa
ReplyDeleteJom akak kita Update balik
Deletenasib baik mood menulis datang semula...kalau tenggelam terus..haru jadinya..
ReplyDeleteHehehe. Insyaallah rindu pada rakan Blogger semua. Sebab tu kembali kemaskan Blog
DeleteBiasanya bila balik kampung PC akan kurang sangat on sebarang gadget kecuali handphonelah...disokong dengan coverage yang sangat perlahan...jadi memang peluang terbaik untuk luang masa lebih dengan keluarga...
ReplyDeleteIndahnya kampung kan. Mengajar kita erti kehidupan sebenar
DeleteMrs. A pun sama kalau balik kampung masa memang lebih bersama famili tetapi kalau dah lama sangat tak update blog rasa semacam paksa jugak update dengan WW atau kata-kata motivasi.
ReplyDeleteBagus juga cadangan Mrs A. Buat entri ringkas kan? Tapi baru ni mood memang ke laut China selatan
Deleteteruskan meng `update' yer arz...boleh juga baca kisah cik puteri..
ReplyDeleteTerima kasih kak azi. Insyaallah akan kembali
Deletebalik kampung seleoknya tinggal segala gadget, kecuali hp lah kan :)
ReplyDeleteBetul BW. Balik baru ni call dan mesej pun tak masuk. Jadi tinggal juga henpon
Deleterasa ketinggalan zaman..hehehehe
ReplyDeleteHaaa. Betul banyak rasanya dah ketinggalan
Deleteerm kalau dah lama sangat tu payah gak nak comeback, mencari momentom semula, but sure u can do it arzmoha :) jom let's blogging :)
ReplyDeleteBetul kak ana. Hilang abih rentak. Terima kasih tak henti2 nasihat adik kak ana ni.
DeleteKalau kakaklah bila dah lama tak berblog nak mulakan balik aduhai malas sungguh hihi...
ReplyDeleteJadi jgn mulakan stop lama nanti memang terus malaslah jadinya:)
Kalau Zumal, blog dah anggap macam kerja dan kalau cuti lama memang seronok dan rasa macam nak cuti terus. Hahaha
ReplyDeletexder apa2 perasaan aRz.. opssss
ReplyDeleteWalaupn xder entri tp setia membaca setiap tulisan teman2.
DeleteMalangnya sbg silent reader cuma, mklm le keseluruhan jiwa lemau, spt ulasan kt atas tu, xder apa2 perasaanpun..
menulis ni kena ada mood..takpe, ada lah nanti tu..kalau saya tak sempat, tapi nak orang tau blog still wujud, saya suka repost entry lama
ReplyDeleteAda masa lawat saya.., ingin mjadi sahabat blogger anda.
ReplyDeleteMood dah balik penang belum ? or still LCS pegang ? :P
ReplyDeleteSetujuu kalau dah lama tinggal blog mood nak menulis semola tu takdek. Haha
ReplyDeletemacam mana nak dapatkan semula mood tu? huhu
DeleteTu yg akk pyn tertanya2 mana si arz ni, biasa ada je buah tgn jt umh akk, tapi ni menyepi jerk.
ReplyDeleteArz, nwxt time balik teganu kita calling2 ye, pastu kita set makang kepok leko losong deh.
aRz ada ja kak...heheh mood belum di aktif kan hehehe
Deleteowh insyaallah next time saya calling akak
rindu juga..rindu nak borak2 dengan arz...hehe..
ReplyDeletehehehe hai kak ummul....lama tak borak kan...
Deletemummy pun sama .. la ni asyik on off je ntah apa yg dibusykan pun tak tau..hahahah :p
ReplyDeletetapi kalo balik kampung mummy pun selalu lagu tu jugak.. tenet slow je memanjang.. hehhe
ReplyDeleteSelamat kembali ke landasan arzmoha, MV kalau tak berupdate seminggu pun macam tu la rasanya...sadis sebab nanti tak ramai yang jengah umah maya ni
ReplyDeleteMacam cacing kepanasan hehe
ReplyDeleteSetakat ni akak memang lebih banyak update blog daripada tak berupdate. Cuma lately ni terasa angin malas tu dah sampai menyapu muka, mulalah malas nak update. Nak kata takda idea, tak juga. Nasib baiklah tak lama kemalasan tu melanda :)
ReplyDeleteApa-apa pun selamat kembali berblogging!
blogwalking :)
ReplyDeleteselamat kembali, salam ziarah
ReplyDeleteamboih tajuk ehehe.. pastu tayang gambar lobang idong.. aparaaaa..
ReplyDeletemenulis ni kena dr hati...kalu mood x de baik dok diam2... kalau x apa yg ditulis tu ntah hapahapa ;-) sy lettewww
ReplyDelete