Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2016

Aku Rindu Kau Rindu

Bila Mula Rindu Sesuatu Yang Kita Suka Aku rindu kau rindu. Dah lama menghilang, tetiba muncul buat tajuk ala drama. Ceh...  tapi bukan apa.. Betul bila mula rindu sesuatu yang kita suka, kita minat memang macam ni. Aku yang rindu atau korang yang rindu? Kenapa aku menghilang tanpa sebarang berita? Hampir lebih 2 minggu blog tidak dikemaskini. Kalau ada yang bertanya nanti aRz jawab di bawah. Teruskan membaca. Diambil menggunakan Yi Cam pinjam Minggu pertama menyepikan diri dari berblogging sebabnya kerana pulang ke kampung halaman isteri. Seperti biasa internet agak lemah. Mungkin itu sebab yang kuat untuk tidak kemaskini blog. Jadi seminggu di sana keseluruhan waktu untuk rehat sepenuhnya. Kebetulan ketika berada Pantai Timur sangat berangin, cuaca menjadi sejuk secara keseluruhannya.....bertambah-tambah seronok untuk berehat.... Cumanya yang paling menarik waktu tidur Cik Puteri semakin bertambah baik. Masa dia bersama gadjet semakin kurang sehingga hari ini. Satu p...

Bebelan Hati #3 | Waktu Tidur Bujang VS Kahwin

Waktu Tidur | Bujang Vs Kahwin Manusia memang tidak boleh lari dari rasa mengantuk yang mana memerlukan kita untuk tidur. Setiap orang ada waktu tidur yang berbeza samada bujang atau pun telah berkahwin. aRz yakin setiap orang ada pengalaman atau kenangan waktu tidur yang berbeza-beza. Jadi hari ini nak cerita tentang waktu tidur aRz masa bujang dan sekarang dah berkahwin dan juga sudah bergelar bapa. Waktu Tidur | Cik Puteri dah letih nak tidur Waktu Tidur Bujang Waktu bujang ni aRz fokus pada waktu selepas awal bekerja. Masa mula bekerja dalam bidang yang aRz kurang minat dan bidang ni aRz benci masa belajar bab ni. Dah nama rezeki, yang dibenci kena menghadap hari-hari. Jadi macam biasa, bangun pagi ke tempat kerja...tengahari balik rumah tidur...masuk kerja semula. Balik dari kerja sambung tidur lagi (amaran : tidur di waktu petang tidak baik untuk kesihatan). Disebelah malam kurang mengantuk layan Xbox sampai beberapa pagi tidur semula....dan berulang-ulang dari hari ...

Jangan Lupa Bawa Bekalan Secukupnya

Kata Nasihat : Jangan Lupa Bawa Bekalan Secukupnya Jika kita diingatkan,  dipesan atau dinasihati oleh seorang Nakhoda kapal akan pentingnya membawa bekalan secukupnya sebelum kapal berlayar menuju destinasi. Apakah tindakan yang akan kita buat?  3D Art | Perkampungan nelayan Manusia seringkali terlupa, sebab itu kita selalu diingatkan terutama sang lelaki yang wajib menghadiri solat Jumaat setiap minggu. Dalam khutbah solat Jumaat kali ini Khatib mengingatkan akan perjalanan kita di dunia ini. Lalu dia berpesan bahawa usah abaikan atau melambatkan dalam berbuat kebaikan dan amal soleh. Katanya lagi cuba bayangkan jika kita diingatkan oleh nakhoda kapal bahawa kita bakal melalui perjalanan yang panjang dan hanya akan berhenti ketika sampai ke destinasi apakah kita akan membawa bekalan yang secukupnya?  Dalam memastikan bahwa kita perlu membawa bekalan yang secukupnya maka jangan kita melambat-lambat dalam berbuat kebaikan. Kita tidak tahu bila kita baka...

Riana Little Cuties | Baju Kurung Kanak-Kanak Cantik dan Berkualiti

Baju Kurung Untuk Kanak-Kanak Cantik dan Berkualiti di RianaLittleCuties Sudah semestinya ibubapa yang mempunyai anak perempuan pastinya akan mencari baju kurung untuk anak-anak. Samada menempah atau membeli secara online. Apa yang aRz ingin kongsikan adalah baju kurung 'Japanese Cotton' khas untuk kanak-kanak dari Riana Little Cuties yang cantik, selese dan berkualiti. Memandangkan raya tahun ini jatuh pada awal bulan Julai jadi persediaan awal sangat baik. Kepada ibubapa yang suka membuat persediaan awal seperti aRz boleh melihat atau cuci mata di Riana Little Cuties melihat koleksi baju kurung yang ada Cik Puteri | Bergaya dengan Baju Kurung Japanese cotton dari RianaLittleCuties Baju Kurung Kanak-Kanak Selesa, Cantik Dan Berkualiti Kanak-kanak biasanya kulit mereka agak sensitif, cepat berpeluh berbanding kita yang dewasa. Seperti Cik Puteri sendiri, dalam keadaan suhu biasa dia dah berpeluh-peluh. Jadi jika pakaian yang dipakai tidak mampu menyerap peluh past...

Lirik Lagu Beautiful Aziz Harun OST Drama Inikah Cinta

Lirik Lagu Beautiful Aziz Harun OST Drama Inikah Cinta Baru-baru ini sambil lepak rumah kakak terlayan Drama Inikah Cinta slot Dahlia tv3. Adat duduk rumah orang jadi layan saja drama ni. Tapi macam menarik khasnya untuk mereka yang masih bergelar pelajar IPTA/S sebab lokasi penggambaran pun di UUM. Drama inikah cinta ini bermula 31 Januari 2016 ( Jumaat hingga Ahad 6:58 petang ) Lagu OST ini dinyanyikan oleh Aziz Harun - Beautiful Beautiful Aziz Harun OST Inikah Cinta Lirik lagu Beautiful Aziz Harun OST Inikah Cinta Tutur dan caramu sesuatu Mampu membuat semua terpaku Namun cara kau tunduk membisu Buat ku tahu yang kau tak tahu Jelita Kau sempurna Girl you are so beautiful Ku mahu kau tahu Kenapa mahu malu Kau memang cantik begitu Girl you are so beautiful Harusnya kau tahu Tapi kau memang tak pernah Percaya bila ku kata Kau cantik tak terkata Itu hakikatnya Kau harus percaya kau beautiful Kau cantik tak terkata Itu hakikatnya...