Skip to main content

Perlukah Menjaga Hati dan Menghargai Pengasuh Bayi (Babysitter) Kita

Tips Menjaga Hati Pengasuh Bayi (Babysitter) dan Cara Hargai Mereka

Pengasuh bayi atau Babysitter merupakan perkara yang agak penting apabila kehadiran bayi atau anak kecil bagi ibu bapa yang bekerjaya. Sedar atau tidak adakala kita terlupa menjaga hati dan menghargai pengasuh bayi kita. Mungkin juga ada ibubapa yang tidak lupa untuk berbuat demikian. Kalau sebelum ni aRz ada kongsikan Tips Mencari dan Memilih Pengasuh Bayi tetapi rasa macam belum lengkap kalau tak kongsikan entri ini. Sudahkah kita menjaga hati dan menghargai pengasuh kepada anak-anak kita?

tips menjaga hati dan menghargai pengasuh anak dan bayi kita, hargai pengasuh anak kita, hargai babysitter, bagaimana cara menghargai pengasuh, kids, child, daddy and daughter, tips hargai babysitter, perlukah jaga hati pengasuh,
aRzMoHa | Tips Menjaga Hati dan Menghargai Pengasuh Anak

Mudahkah Tugas Sebagai Seorang Pengasuh / Babysitter

Perlukah kita menjaga hati dan menghargai pengasuh anak-anak kita? Ingat... bab mengasuh anak bukanlah satu kerja yang mudah. Adakala kita sendiri pun merasa letih dalam mengasuh, mendidik dan membesarkan anak-anak. Biasanya isteri lebih merasa perkara ini, tetapi aRz pun tidak lari dari merasa sendiri pengalaman ini. Tapi membesarkan aak sendiri tidak sama dengan anak orang. Tugas sebagai pengasuh lebih mencabar. Dalam entri lepas baca DISINI, Bunda yang mempunyai pengalaman lebih 21 tahun sebagai pengasuh kanak-kanak menceritakan sikit karenah dan perangai ibubapa. Kata Bunda lagi ibubapa dan pengasuh perlu ada kesefahaman dan Bunda juga menghuraikan beberapa perkara yang tidak sepatutnya ibubapa amalkan ketika menghantar anak ke pengasuh (babysitter)

Perkara yang tidak sepatutnya ada pada ibubapa

  1. Tidak berkira soal masa, makanan dan upah bulanan.
  2. Jujur. Jangan menipu contoh pergi shopping, tengok wayang tapi kata jalan jammed
  3. Tidak peka mengenai anak. Contohnya anak jatuh di rumah tetapi disebabkan ibubapa tidak peka pengasuh pula yang dimarahi sebab lalai.
  4. Tidak maklumkan cuti kepada pengasuh lebih awal. Tetapi kalau pengasuh yang cuti marah-marah. Tak best la macam ni kan?
Elakkan perkara seperti ini samada pihak ibubapa atau pengasuh. Dalam perkara macam ni sebaik-baiknya kita sentiasa ingatkan diri kita...kalau kita selalu berbuat baik, insyaallah akan dibalas baik. Tapi janganlah harapkan balasan pula.

rama-rama, serangga, gambar cantik rama-rama, tips jaga hati pengasuh, sikap toleransi dengna pengasuh, hargai pengasuh,
aRzMoHa | Cuci Mata sikit ( Taman Rama-Rama)

Tips Menjaga Hati Pengasuh Anak-Anak dan Menghargai Jasa Mereka

Tips menjaga hati pengasuh anak-anak dan hargai jasa mereka ini sedikit sebanyak dapat mengeratkan hubungan dua hala antara ibubapa dan pengasuh. Dalam dunia hari ini kita dengar bermacam-macam kes dera, buli mungkin puncanya dari tidak puas hati atau tidak ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab sehingga bayi yang tidak berdosa menjadi mangsa adakala sampai tergadai nyawa. Mudah-mudahan tips ini dapat membuatkan pengasuh anak kita terasa dihargai dan dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai pengasuh dengan baik.


  1. Waktu - Sekiranya boleh, hantar dan ambil waktu yang ditetapkan melainkan hal-hal kecemasan. Macam kes Cik Puteri masa kecil lain pula, ada waktunya pengasuh suruh tinggalkan sebab tak puas bermain.
  2. Upah Bulanan - Kalau boleh jangan lewatkan. Kita sendiri pun kalau gaji masuk lambat, kita pun bisingkan? 
  3. Saguhati/Hadiah - sekiranya tidak membebankan apa salahnya kita beri saguhati atau hadiah. Bukanlah hadiah yang beratus ringgit tapi kalau mampu tak apa. Contoh : Belikan Milo, Beras, biskut  apa saja barang keperluan yang rasanya anak kita pun makan. Paling kurang pun sebelum ambil anak belikan sebungkus maruku, mee goreng atau apa-apa saja.
  4. Cuti - sekiranya kita akan bercuti maklumkan lebih awal. Agar memudahkan pengasuh anak kita merancang cuti mereka juga begitu juga sebaliknya kalau pengasuh kita ingin bercuti kita cuba bertoleransi. 
  5. Hormat - Jangan sesekali anggap pengasuh anak kita sebagai pekerja. Tetapi anggap seperti adik beradik, kakak, makcik supaya hubungan itu menjadi semakin baik. Sembang-sembang sikit jangan sampai langsung tak kenal.
tips hargai dan jaga hati pengasuh anak, gambar rama-rama, arzmoha.com,
aRzMoHa | Taman Rama-Rama (cuci mata sikit)

Mungkin ini dahulu tips yang sempat aRz catatkan. Mungkin jika anda mempunyai pendapat tinggalkan di ruangan komen dibawah (bukan blogger pun boleh meninggalkan komen). Ada diantara tips yang aRz berikan sebagai satu peringatan buat diri aRz juga adakalanya terlupa. Mudah-mudahan bermanfaat terutama kepada bakal-bakal ibu dan bapa tidak lama lagi.

Dalam hidup kita ini memang tidak akan terlepas dari ujian dan dugaan. Allah duga kita mengikut apa yang kita mampu. Jadi dalam hidup ini sentiasa permudahkan Insyaallah hidup kita juga dipermudahkan.

p/s : Isu pengasuh dan ibubapa antara satu isu yang agak berat. Jadi sebab itu aRz sulam dengan gambar rama-rama. Supaya tenang sikit ketika membaca. (gambar paling atas) merupakan waktu Cik Puteri sedang belajar berjalan, sakit dan lenguh pinggang sebab selalu membongkok. Kenangan manis. :)

Baca Juga : Tips Mencari Pengasuh Untuk Bayi Anda
                  Tips Cerai Lampin ( Potty Train )

Jumpa Lagi

ARZMOHA
Lifestyle, Parenting and Photography
azrilmohdhanniffa@gmail.com

Comments

  1. mummy selalu wat style ni.. kita baik ngan org ..nanti org baiklah ngan kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...tak kira kemana saja kita berada sentiasa buat baik, nanti mudah untuk kita

      Delete
  2. Lawoo gambaq.. Taman Rama2 KL ker Melaka ? hehehehe :P

    ReplyDelete
  3. ohh.. rama-rama sebagai penenang ea..? haha

    letak la coklat sebugkuih dua... boleh kunyah.. heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha....coklat satgi orang tak baca entri...semua pakat kunyah ja hehe

      Delete
  4. Alhamdulillah.. syukur setakat ni dapat pengasuh yang baik dan memudahkan kedua-dua belah pihak.. syukur sangat-sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah...mestilah saling memahami kan?

      Delete
  5. Alhamdulillah tips tu semua saya tengah amalkan. Tapi bab waktu saya mmg failed skit, sbb tmpt kerja jauh..kdg2 kul 7 lbh br amik anak.mujurlah pengasuh ok.

    oh lagi satu tips, sesekali tu cuba masak banyak2 bukan untuk anak kita je, budak2 lain pun boleh tumpang makan.Ringan sikit beban pengasuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa pun buat perbincangan dengan pengasuh insyaallah semuanya berjalan dengna baik. tips dan candangan yang baik...bawa lebih sikit...sambil tu dapat pahala kan?

      Delete
  6. nice tips.terima kasih sudi berkongsi.

    ReplyDelete
  7. ibu e'in seorg pengasuh.. kadang2 mak bdk tu, blk keja awal tp tak amek anak awal.. muke sememeh baru bgn tido lps tu amek anak.. kalau cuti pun tak btau awal2.. ibu yelaa dok tertunggu tunggu.. last2 baru msj ckp tak anta anak die..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin bagi yang kerja shift ni susah skit nak cakap...balik kerja memang letih dan sebagainya kan? kalau boleh ada perbincangan dua hala...moga semuanya terbaik

      Delete
  8. perkongsian yang sangat baik, in shaa allah semoga dapat terus dilakukan dengan ikhlas dan in shaa allah juga diberkatiNya .

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah-mudahan menjadi satu perkongsian yang baik-baik....terima kasih kak anajingga selalu kongsi tips dan nasihat

      Delete
  9. betul tu tips semua tu, kita buat baik dgn orang, orang akan buat yang sama kat kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya....mana-mana orang pun akan cakap benda yang sama kan....sentiasa jadi orang baik

      Delete
  10. Sudah semestinya. Pengasuh sudah menjadi sebahagian dari keluarga kita walau sementara. Bukannya hamba abdi kan..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya...tepat sekali...jangan anggap sebagai hamba abdi atau pekerja....anggap sebagai keluarga

      Delete
  11. memang perlu sangat ... nanti makin sayang diorang dengan anak kita :)

    ReplyDelete
  12. Mmg sangatlah kena bertolak ansur dgn babysitter ni. Dah tentu dia yg jaga anak kita, so tak payahlah nak berkira sangat dgn mereka.
    Setuju sgt dgn tips yg awak bagi tu Arz....

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak ok jer sudi tinggalkan komen dan pendapat....

      Delete
  13. Win win situation lah kan... klu sebagai pengasuh jgn tamak nak menjaga ramai sampai takut terabai anak2 orang.. pengalaman meninggalkan kesan pada saya masa anak patah kaki di rumah pengasuh.. serikkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut kemampuan kita....bila terlalu ramai pasti ada yang terabai

      Delete
  14. bergantung kepada parents tu sendiri.ada yg ok ada yg suka ambik kesempatan kat pengasuh kan.

    ReplyDelete
  15. Pengasuh juga harus dihargai.. Kalau nak anak kita dijaga baik, kita yang patut berbuat baik serta menghargai pengasuh terlebih dahulu.. Bagus perkongsian tips ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar....jika ingin dikasihi maka kita perlu mengasihi terlebih dahulu

      Delete
  16. mmg wajib bukna sahaja ngan babysitter but ngan semua orng

    ReplyDelete
  17. Baca di sini juga. Apa yg Arz cakap tu semuanya betul, setuju sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. berkongsi pengalaman dan dari pembacaan serta pengalaman orang lain

      Delete
  18. Kalau dapat babysitter yang baik budi pekertinya, harus dihargai akan usahanya. Bukan senang nak cari apatah lagi pada zaman sekarang.

    ReplyDelete
  19. Huhu.. kalaulah semua orang fikir macam ni aman dunia :')

    ReplyDelete
  20. Sy sorg pngasuh, pngalaman hmpir 10thn. Mcm2 ragam mnusia sy jmpa. Pling sy x suka, tinggai ank time weekend. Alasan nk dating, nk bli brg dapo, nk g salon. Time nk bayar, lupa smpai nk kna msj tny psai gaji.
    Tp xsmua org mcm 2. Ada yg baik 2 dh terlampau baik pun ada. Tiap2 mggu ada ja adiah, sagu hati, bekal yg dia bwk. Klu bercuti, ada ja buah tgn. Alhamdulillah��.
    Tp sejak sy jd pengasuh yg berdaftar, Alhamdulillah smua blh d tngani sbb sy dh mula pakai t&c. Terpulang lah parents nk kata sy mengada2 ka. Sbb sy tau limit wktu sy bkerja, n sy tau tahap kemampuan n kehendak sy. T&c sy jgk dgn niat tuk bg parents sdar yg mna sy bkn org gji. Smpai kku ank pun klu sy x ptong, di biar kn panjg. Tlinga ank klu sy x cuci, di biar kn smpai sememeh kluar.
    Apa yg sll sy tekan kn, PENGASUH BKN ORG GAJI, TP PARTNER DLM BESAR KN ANK2.
    Sbb 2 jgn plik klu tgk ank2 xmo blk dr umah pengasuh. Sbb masa dia bnyk abis kat sna berbanding umah sndri. Bnyk pkra yg dia blajar kat sna. N sbnr nya bnyk momment yg parents terlepas. Stiap 1st step ank2, pngasuh dlu yg tgk. Sbb, ank2 blk dh letih. Dh mlm. Smpai umah trus tdo. Sok pg2 dlm keadaan tdo, dh angkat antar umah pngasuh. Celik mata nmpak "mak kedua" dia dlu.
    Sll2 lah share n bertanya pd pngasuh. Apa ank kita buat ari ni? Apa ragam dia ari ni? Dia mnyusah kn pngasuh x ari ni? Klu ada, mintak maaf lah. Bkn si pngasuh mngharap apa2. Tp trsa hilang skit lelah bila parents care smpai mcm 2.
    Apa2 pun trsa x puas d hati, duduk lah bersembang 4mata. Jgn lah mudah membuat andaian sendri. Jgn lah berckp mggungan kn wssap@sms. Tp sll nya akn mengundang perbalahan. Krna taks yg smpai, blh d baca dgn mcm2 intonasi. Dr nk bertanya dh trsa mcm nk mengajar. De tguran dh trsa mcm nk marah. Jd elak2 lah smua. Bincang jln yg terbaik moga smua berpuas hati. Hubugan dpt d jga dgn lbih baik.
    Peace no war��

    ReplyDelete
    Replies
    1. perkongsian yang baik....ramai suka ambil mudah dalam perkara ini. Hakikatnya nanti diri sendiri juga rugi bila mana pengasuh takmau jaga anak dah kan? yang susah? mak bapak budak juga...

      face to face itu satu perkara yang baik...semoga kita dan pengasuh jadi rapat...jangna sampai anak dah membesar pun tak kenal lagi serba sedikit pasal pengasuh...

      terima kasih sudi tinggalkan komen dan pendapat...good sharing

      Delete
  21. Assalamualaikum.. Saya Diyana.. Jika ada sesiapa yang memerlukan pengasuh di area Cheras (Taman Cheras Intan/Batu9) sila hubungi saya di 019-4037935

    ReplyDelete
  22. betul tu, kena juga bertolak ansur dgn pengasuh ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...