Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2016

Rockbund Fishing Chalet | Chalet Menarik di Marina Island Perak

Rockbund Fishing Chalet | Chalet menarik di Marina Island Perak Rockbund Fishing Chalet merupakan destinasi percutian dan rehat yang menarik bakal aRz kunjungi pada bulan Julai nanti bersama keluarga. Ianya sebuah tempat yang menarik dan lengkap dengan pelbagai kemudahan terletak di Marina Island Perak. Bercuti berehat memancing makan-makan dan pelbagai aktiviti bersama keluarga menarik rasanya. Rockbund Fishing Chalet | gambar hak milik rockbund Rockbund fishing chalet ini terletak di kepulauan Marina, jika tidak silap ianya pulau buatan. Terdapat 21 bilik cabin dengan pelbagai kelengkapan seperti wifi, ' seafood/western dining'  , bilik permainan kanak-kanak dan dewan pelbagai guna. Rockbund Fishing Chalet Marina Island dari pandangan atas Rockbund Fishing Chalet | Inilah kawasan rockbund Rockbund Rockbund Fishing Chalet | Bilik Rockbund Fishing Chalet | Bilik Rockbund Fishing Chalet | Multipurpose Hall Rockbund Fishing Chalet | Ruangan k...

Pencarian Mega Bloglist By Aisyhah Nyais

Segmen Pencarian Mega Bloglist by Aisyhah Nyais Jom kawan-kawan support segmen dari rakan blogger...cuma dalam segmen ini diminta tag 3 rakan yang lain.  aRz tag : Anajingga Anizz Lyana klik untuk sertai

Tentu kita marah bila orang tidak menghormati....Tetapi adakah kita mematuhi?

Hormati dan patuhi undang-undang Kita sendiri akan rasa marah bila ada orang datang rumah tidak hormat dan patuhi peraturan dan undang-udang di rumah kita. Jika kita tidak rasa selesa dengan orang yang tidak menghormati peraturan, undang-undang atau adab bila berada di rumah kita, sudah tentu orang lain juga mempunyai perasaan yang sama.  hormat dan patuhi Bila berada di rumah orang,  hormati adab, peraturan dan undang-undang di rumah tersebut.  Bila berada di negara orang, hormati adab peraturan dan undang-undang negara tersebut.  Paling penting bila kita berada di bumi Allah, Hormat dan patuhi perintah Allah S.W.T. Jangan lupa kita ini hambaNya yang dipinjamkan nikmat sahaja.  #peringatan buat diri ini adakalanya terlupa dan lalai.  Jumpa lagi. 

SEGMEN 1 : PERMATABIRU- JOM FOLLOW BLOG SAYA

SEGMEN 1 : PERMATABIRU- JOM FOLLOW BLOG SAYA Sebuah segmen dari blog Permata Biru dengan syarat yang tersangat mudah. Baik untuk blogger baru dan juga lama untuk saling kenal mengenali dan menambah follower di blog...Semoga Segmen ini mencapai matlamatnya. Jom Follow Blog Saya Kepada yang ingin menyertai klik gambar diatas Selamat bersegmen.

Gambar Buku Lesen Penarik Beca Ketika Majlis Bandaraya Georgetown 1957

Gambar Buku Lesen Penarik Beca Bandaraya Georgetown 1957 Pulau Pinang telah pun mendapat status Majlis Bandaraya Pulau Pinang pada 1 Januari 2015. Tetapi Pulau Pinang juga pernah mendapat status Majlis Bandaraya Georgetown pada 1 Januari 1957. Ianya merupakan sejarah buat Pulau Pinang. Tidak lupa gambar Buku Lesen Penarik Beca Awam ( Public Trisha Rider's Licence Booklet ) milik arwah tokwan suatu ketika dahulu. Pernah anda melihat buku lesen penarik beca seperti ini? Buku Lesen Penarik Beca Awam oleh Majlis Bandaraya Georgetown Sejarah Bandaraya Georgetown Pulau Pinang Pada 1 Januari 1957 status bandaraya telah diberikan kepada Georgetown oleh Royal Charter by Queen Elizabeth II Sovereign of United Kingdom Pada 1 Januari 1974 , Pihak Berkuasa Negeri (Seksyen 10, Akta Kerajaan Tempatan, Peruntukan peruntukan Sementara 1973) telah mengisytiharkan pencantuman Majlis Bandaraya Georgetown dan Majlis Daerah Luar Bandar Pulau Pinang dan dikenali sebagai Lembaga Penguru...

Gambar-gambar Di Syria Dahulu dan Sekarang Yang Menyentuh Hati

Gambar-Gambar Syria Dahulu dan Sekarang dan Bantuan Kemanusiaan  Gambar-gambar dahulu dan sekarang yang dikongsikan oleh Ustaz Nazmi Karim di Facebook menarik perhatian aRz untuk dikongsikan disini. Syria merupakan antara negara yang dahulunya dikenali sebagai Syam. Ingat lagi Sejarah Islam dahulu? Syria Lubnan Jordan Palestin dan Sinai adalah tanah Syam yang menjadi rebutan dunia. Jom saksikan gambar-gambar di Syria dahulu dan sekarang. Syria Dahulu dan Sekarang Kubu Salahuddin Al-Ayyubi Syria Dahulu dan Sekarang Syria Syria Syria Syria Syria Carrefour Syria Syria Syria Syria Syria Hancur binasa negara ini akibat dari tangan-tangan manusia yang tidak kenal erti kemanusiaan. Kanak-kanak, orang tua, wanita semuanya menjadi mangsa. Kita di Malaysia masih lagi beruntung kerana masih lagi hidup dalam keadaan menikmati segala nikmat, itupun kita masih tidak mahu bersyukur. Mereka di Syria diuji dan diduga sehebat-heba...

Wordless Wednesday #47 | Tersenyum Di Dalam Air...Mesti Tengok

Merakam Gambar atau Selfie Di Dalam Air Menggunakan SJcam nota : Semua gambar ini adalah hasil snapshot dari video yang dirakam menggunakan SJCam. Action Camera khas untuk mereka yang gilakan selfie atau mengambil gambar lain dari yang lain. Terima kasih kepada pemilik SJcam yang di'rampas' untuk menghasilkan semua gambar ini. Selfie Ayie Zaini Popo Zakir | Senyum ka Stress ni Letih berenang tidur jap Wefie | Zakir Hadi Ingat Orang Belakang :p Oksigen Habis Overexposure Kedebusssssshh Jumpa Lagi

Disebabkan Kisah Seram..

Menyeramkan Bila Asyik Cerita Kisah Seram Kisah seram kebiasaannya memang tidak boleh lari dari kehidupan kita terutama bangsa melayu. Dari zaman sekolah ke asrama, dari IPTA ke tempat kerja mesti ada saja cerita seram. Aku juga tidak mampu lari dari terdengar dan mendengar kisah-kisah seram ni. Cuma mungkin dengan izin Allah aku tak pernah melihat atau terkena gangguan. Bukan bercakap besar kalau boleh biarlah tak nampak langsung lagi baik sebab aku bukan jenis berani sangat. (mengaku awal-awal). Kisah seram | Casper Kebetulan petang sebelum balik kerja, teman sepejabat berkongsi mengenai kisah seram masing-masing. Aku hanya dengar sebab tak ada cerita seram nak dikongsikan melainkan kisah orang lain. Balik rumah pun masih teringat apa yang dikongsikan. Macam-macam jenis hantu disebut, tersedaklah diorang. Tiba-tiba terlupa yang minyak kereta belum diisi, esok pagi-pagi nak gunakan kereta. Macam biasa Cik Puteri mesti nak ikut kalau abahnya keluar. Dari kecik lagi. Dah si...

Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink

Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink Jom sertai giveaway RM 500 anjuran Nurfuzie dan Mamalink...Siapa tahu mungkin rezeki diantara kita. klik untuk join Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink | Bersempena Tahun Baru 2016 dan Hari Lahir Cik EN pada 16 Januari nanti, cik en berbesar hati untuk mengadakan Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink yang akan berlangsung pada 4 Januari 2016 sehingga 31 Januari 2016. Hanya perlu mengikuti syarat syarat dibawah dan korang berpeluang menjadi salah seorang pemenang daripada 27 pemenang untuk merebut hadiah hadiah bernilai RM535.  Follow Blog Di bawah Nurfuzie ,  Mrs Yatie    Nona   Irrayan   Julia Jamaluddin   Along Misuari   Marsha    Athirah    Ejulz   Farah Follow Page Nurfuzie , Mamalink , Ejulz , Marsha , Along , Farah Instagram Athirah Diyana , Nona Bloglist Irrayan Hadiah? Mesti terlepas pandang...

Cik Puteri dan Kucing

Didik Anak Sayangi Haiwan Sejak Dari Kecil Mendidik anak antara tugas dan tanggungjawab ibubapa. Sejak dari kecil kita boleh tanamkan dalam diri anak-anak supaya sayangi haiwan terutama kucing. Kucing juga merupakan haiwan kesayangan Rasulullah S.A.W. Waktu anak masih kecil adalah waktu paling mudah dan paling banyak untuk kita luangkan masa bersama. Inilah antara aktiviti petang yang dapat dimanfaatkan bersama cahaya mata pertama yang semakin membesar. Cik Puteri | Senyum lebar melihat kucing makan Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya Peribahasa ini sejak dahulu lagi diulang-ulang mengingati kita golongan muda atau golongan yang baru dalam menjalani asam garam kehidupan. Ianya untuk memberitahu kepada kita bahawa "mendidik anak biarlah sejak dari kecil". Dalam kesibukan sebagai ibubapa mencari rezeki tetapi kita jangan lupa untuk luang masa bersama anak-anak. Masa yang diluangkan itu pula adalah satu peluang untuk kita mendidik.  Macam aRz katakan di atas, wa...