Puisi Filem Ketika Tuhan Jatuh Cinta
Filem atau movie Indonesia Ketika Tuhan Jatuh Cinta. Ianya sebuah filem adaptasi dari novel sepertimana drama-drama melayu di Malaysia ketika ini. Sekadar ingin berkongsi puisi yang terdapat dalam filem ini. Tapi sebelum itu...macam mana boleh minat dengan filem indonesia ni? Macam aRz pernah kongsikan sebelum ini dua filem yang tiba-tiba membuatkan aRz menjadi minat iaitu Laskar Pelangi dan juga Sang Pemimpi kemudiannya Sang Kiai. Mungkin juga pengaruh dari lagu OST filem ini diambil dari lagu NIDJI. Begitu juga filem ini menggunakan lagu dari kumpulan muzik indonesia NIDJI.
Filem Indonesia | Ketika tuhan jatuh cinta |
Puisi Di Dalam Filem Ketika Tuhan Jatuh Cinta
Puisi yang diberikan oleh Fikri kepada Leni
Langit masih biru sejak pertama kali diciptakan sampai sekarang,
Embun pun masih bening dan sejuk setiap kali hadir di dedaunan yang selalu merinduinya tanpa henti,
Namamu pun rupanya tak mau kalah,
Masih tetap tersimpan di hati ini sejak waktu mempertemukan...
Akhirnya sampai pada sebuah kesimpulan,
Ruhku bertasbih pada Tuhan Semesta Alam,
Isyarat cinta kepadaNya dan kepadamu..
- Ahmad Hizalul Fikri-
Puisi kedua adalah dari Leni kepada Fikri
Hari Berganti, waktu pun berlalu
tak mahu memahami,
Kisah yang telah kau berikan kepadaku
Kini kubingkai indah
Tak mau ku hapus walau dengan kehadiran pangeran lain.
Akhirnya sampai pada sebuah kesimpulan
Ruhku bertasbih pada Tuhan Semesta Alam
Isyarat cinta kepadaNya dan kepadamu
Tetapi pada permulaan filem ini ada satu kata-kata buatkan aRz tertarik untuk berkongsi.
"Tidakkah engkau renungkan...bahawa segala cubaan dan masalah yang terjadi dalam hidup hingga memaksa kita hingga menitiskan airmata adalah satu petanda"
Insyaallah ada masa dan ruang aRz kongsikan sedikit sebanyak lagi mengenai filem ini. Baru saja sudah menonton Haji Backpacker, sekarang ini pula Ketika Tuhan Jatuh Cinta filem seterusnya Tenggelamnya Kapal Van Der Vick... Salah satu novel yang aRz sempat baca itu pun tak sampai separuh cuma Sang Pemimpi. Filem senang sikit nak layan. Walaubagaimanapun filem indonesia bukan jalan ceritanya saja menarik tetapi mesej yang ingin disampaikan menarik ditambah dengan lokasi pengambaran dan efek yang digunakan. Tetapi filem dan drama di Malaysia pun menarik juga kan?
Fuhh tajuk filem ni,..Ketika Tuhan Jatuh cinta..mcm mana ceritanya tu ya
ReplyDeletemcm bes aje..
ReplyDeletebiasa Encik Arz menonton di saluran mana ya?
ReplyDeletetajuknya gempak.. gaya jalan cerita ok jer..
ReplyDelete