Skip to main content

Cara Memohon Kad Diskaun KTM i-card (student) Bagi Perkhidmatan KTM Intercity & KTM Komuter

Cara Memohon Kad Diskaun KTMB i-card (student) Bagi Perkhidmatan KTM Intercity & KTM Komuter

Sebagai pelajar mahupun ibubapa/penjaga kepada pelajar pastinya rasa juga sedikit kesan apabila harga tiket komuter naik baru-baru ini. Walaubagaimanapun pada 7 Disember 2015, pihak KTMB telah memperluaskan penggunaan kad konsesinya untuk Perkhidmatan Komuter Lembah Klang. Dimana para pelajar yang menggunakan perkhidmatan komuter boleh memohon Kad Diskaun KTM i-card student untuk melayakkan mendapat diskaun atau konsesi perjalanan dengan mempamerkan kad ini di kaunter tiket Komuter Lembah Klang sebelum membuat pembelian tiket. Bagaimana cara untuk memohon Kad diskaun KTM i-card student?

cara memohon kad ktm i-card student, kemudahan kad ktm i-card student, ktm i-card student, diskaun bagi tiket komuter dan ets,
Kad Diskaun i-card student

Kelebihan KTM i-Card Student

KTM i-Card Student mempunyai kelebihan tertentu. Sudah pasti anda perlu mengetahuinya. Antara kelebihan kad ini adalah mendapat konsesi perjalanan seperti jadual dibawah.

Jadual diskaun kad KTM i-Card Student

  1. Pelajar layak mendapat diskaun atau konsesi perjalanan dari harga tambang dewasa iaitu 50% bagi perkhidmatan Komuter Lembah Klang dan 40% untuk perkhidmatan Intercity dan ETS.
  2. Layak untuk semua jenis KOC

Cara Memohon Kad KTM i-card Student

Cara memohon Kad KTM i-Card Student adalah :

  1. Lengkapkan Borang Permohonan Muka 1 dan Borang Permohonan Muka 2 dan juga isi Borang Pengesahan Pelajar ( klik untuk download borang dan surat pengesahan pelajar)
  2. Setiap permohonan KTM i-Card Student dikenakan yuran tahunan sebanyak RM 31.80 (termasuk GST) dan simpan resit untuk tujuan rujukan dan bukti pembayaran.
  3. Hantarkan borang anda ke Pusat Penerimaan Borang KTMB i-card student seperti jadual di bawah.
klik untuk besarkan

Setiap permohonan yang kengkap akan diproses dan kad yang telah siap diproses akan dihantar stesen mengikut pilihan pemohon dan makluman mengenai status kad tersebut akan dimaklumkan melalui telefon dan email.

Pemohon boleh mendapatkan Kad KTM i-Card serta merta sekiranya permohonan dibuat di kaunter KTMB KL Sentral sahaja.

Syarat dan Terma Kad KTM i-Card Student

  1. Pelajar sekolah, kolej atau universiti di Malaysia
  2. Sertakan bersama surat pengesahan dari sekolah, kolej atau universiti.
  3. Tempoh penggunaan adalah setahun dari tarikh permohonan atau setelah tamat pengajian.
  4. Tarikh perjalanan tidak melebihi 30 hari dari tarikh pembelian tiket.
  5. KTM i-Card mesti ditunjukkan sebelum mendapatkan harga konsesi atau diskaun
  6. Tiada kuota khas untuk tiket konsesi.
  7. Bayaran tiket adalah secara tunai
  8. Tiket konsesi tidak boleh dipindah milik.
Info dari www.ktmintercity.com.my dan anda boleh membaca sendiri pengalaman seseorang yang membuat permohonan KTM i-Card Student DISINI

CARA MEMOHON DAN MEMPERBAHARUI (RENEW) KTM i-Card
Mulai Mei 2016 semua permohonan KTM I-Card adalah secara atas talian (online).

 >>>> Cara Memohon & Memperbaharui (renew) KTM i-card secara ONLINE <<<

Bagi pelajar bukan berada di kawasan lembah klang boleh juga memohon bagi mendapatkan harga konsesi atau diskaun untuk kegunaaan ETS dimana dapat digunakan ketika pulang ke kampung halaman. Gunakan kelebihan anda sebagai pelajar sebaiknya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan membantu anda semua.


Jumpa Lagi

Comments

  1. Ramai yang mengeluh atas kenaikan harga ini.
    Nasib baik kakak bukan pengguna tapi terkesan juga bila melihat ramai yg terlibat. Anak kakak belajar di T'ganu balik pun naik bas/flight jadi tak terlibat dgn ini. Kalau belajar di KL boleh juga apply.

    ps: sebenarnya kakak tak pernah lagi naik keretapi tau - jgn ketawakan kakak. Kalau naik LRT di S'pore adalah:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aRz pun baru beberapa kali naik keretapi atau komuter ni kak....

      sekadar perkongsian bagi pelajar yang mencari info mengenai kad KTM i-card

      Delete
  2. yang bukan student ni tak merasa la nak diskaun2 hurm hurm

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh buat apa lah...terpaksa bayar harga yang sama....

      Delete
  3. info terkini, terima kasih arz :)

    ReplyDelete
  4. Dah ada kad siswa.. tapi mcm tak da fungsi pulak sekarang... pergi mna2 dah tak boleh pakai kad siswa... ni nk buat kad ktm plak.. tiap2 tahun nk kna renew.. pdahal buknannya tiap2 mggu pun nak naik... erm.. semua dah makin mahal... pelajar yang xda pendapatan tetap ni pun terkesan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau jarang guna...memang kurang untung apply kad ni...

      tapi kalau kekerapan itu tinggi selalu balik kampung atau memang tinggal di KL rasanya memang ada kelebihan

      Delete
  5. dah tak student.. sobbb.. semua mahal...

    ReplyDelete
  6. kalau student area KL berbaloi sangat apply

    ReplyDelete
  7. ermm terasa dah lama sangat tak naik komuter

    ReplyDelete
  8. sakanlah student2 jalan sana sini pasni :)

    ReplyDelete
  9. Terima kasih aRz, nak tunggu anak dapat latihan di mana, kalau boleh menggunakan perkhidmatan KTMB, pasti akan ke sini baca semula syarat2nya & mohon

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum,kalau buat permohonan terus kat KL Sentral Kena download borang2 tuu tak ? Pastu kena ada surat pengesahan dari kolej jugak ke ? Surat pengesahan tuu surat tawaran belajar ke atau kena tanya dekat pejabat hal ehwal pelajar ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam siza fauzi, borang boleh juga di dapati di kaunter kl sentral, bagi memudahkan Download dan isi kemudian bawa ke sana. Surat pengesahan biasanya Hal Ehwal Pelajar ada sediakan format diisi dan dicop. Mungkin lain universiti lain caranya. Semoga menjawab persoalan siza fauzi.

      Delete
    2. Waalaikumsalam siza fauzi, borang boleh juga di dapati di kaunter kl sentral, bagi memudahkan Download dan isi kemudian bawa ke sana. Surat pengesahan biasanya Hal Ehwal Pelajar ada sediakan format diisi dan dicop. Mungkin lain universiti lain caranya. Semoga menjawab persoalan siza fauzi.

      Delete
  11. yg ex student ni x bleh apply ke? ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ex student setahun dari tarikh graduate sahaja...

      Delete
  12. salam ..ingin bertanya..permohonan kad ini ada tarikh tutup ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..dalam pengetahuan saya sebelum kongsikan disini. tidak terdapat atau tercatat tarikh tutup. tetapi sebaiknya daftar lebih awal

      Delete
  13. Skang daa tak bergelar student.huhu. xdpt lah

    ReplyDelete
  14. nak tanye sikit,, ktmb i-card students dengan kad siswa 1 malaysia tu sama ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak sama. Boleh check semula kelebihan kad I siswa ada termasuk kelebihan kad ktmb tak. Sebab kad ini baru sahaja dilancarkan

      Delete
  15. Kalau nak renew,dekat mana je bole?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekiranya saya tidak silap, di mana-mana kaunter KTM boleh berbuat demikian

      Delete
  16. saya pelajar UIA Gombak. nak tanya sikit yang yuran rm31.80 tu kena bayar dekat universiti ke atau kena bayar kat kaunter kl sentral.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf lambat response...bayaran dibuat di kaunter KTM...

      Delete
  17. Rasanya dah lebih 10 tahun x naik... Last pon zaman jadi student...

    ReplyDelete
  18. Macamana nak renew card ktm?pergi kaunter kl sentre dia cakap buat online.tiada ruang renew card pun bila open online?bagaimana nak renew card dan berapa harga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh baca disini

      http://www.arzmoha.com/2016/10/cara-memperbaharui-renew-ktm-i-card-secara-online.html

      Delete
  19. Macam mana nak buat pembayaran

    ReplyDelete
  20. Macam mana nak buat pembayaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh baca Cara memohon & memperbaharui (renew) Kad KTM i-card di hujung artikel

      Delete
  21. Macam mana nak buat pembayaran

    ReplyDelete
  22. ALAMAK. dah buat pembayaran rm 35 guna online banking, tu kad apa yg 35. confuse pula? card rm35 saya bayar tu utk ktm and ets kan? and kenapa saya tak perlu fill any form pun.

    ReplyDelete
  23. ALAMAK. dah buat pembayaran rm 35 guna online banking, tu kad apa yg 35. confuse pula? card rm35 saya bayar tu utk ktm and ets kan? and kenapa saya tak perlu fill any form pun.

    ReplyDelete
  24. salam. nak tanya. camna nak masukkan no pelajar. sebab no pelajar utk student poli pjg. tapi bila nak taip kt form tu takboleh nak semua. ada setengah ja yg boleh taip.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba email pihak ktmb

      callcenter@ktmb.com.my

      Delete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...