Skip to main content

Awesome Food Terengganu | Akok Sedap

Akok Sedap Kuala Terengganu

Jika berkunjung ke Pantai Timur pastinya kita mencari akok sedap untuk dicuba. Akok atau kuih akok. Makanan tradisional di pantai timur. Mudah di dapati di Kelantan dan Terengganu tetapi di Pahang aRz tidak pasti mudah atau tidak. Pertama kali rasa akok adalah ketika bercuti ke kelantan iaitu di Wakaf Che Yeh. Kemudian berkahwin pula dengan orang Terengganu. Semasa bertunang, antara hantaran ketika itu adalah kuih akok, yang mana adalah kuih akok yang aRz akan ceritakan ini. (mengenang kisah lalu pula) . aRz ada ceritakan sebelum ini nak kongsikan makanan di Kuala Terengganu yang aRz biasa singgah seperti di entri Mengembara Jauh Hanya Kerana Makanan Kegemaran
akok, kuih akok, akok padang nenas, akok kuala terengganu, arzmohadotcom, review, awesome food,

Kuih akok ini, kalau ikut kata ipar duai "akok telur". Tapi aRz panggil akok ja. Sejak dari bertunang hingga sekarang memang beli di tempat ini saja. Sebelum ini ada juga mencuba di tempat lain, tapi yang ini paling terbaik. Kelembutannya, rasanya, memang tak puas. Setiap kali sampai saja di Kuala Terengganu, sudah pasti cari kuih akok ini dahulu baru pulang ke rumah mertua. 

Jom kita tengok gambar yang aRz sempat rakam ketika menunggu akok siap dibungkus.

akok murah, akok sedap,
kuih akok | Proses mengeluarkan dari acuan
akok, akok kuala terengganu, akok sedap, akok murah,
Kuih akok 
akok, akok telur, akok sedap, resipi akok,
Kuih Akok siap dimasak dan dibungkus

Lokasi Kuih Akok Sedap Padang Nenas

Sebelum aRz terlupa nak juga kongsikan lokasi gerai yang menjual Akok Sedap ini. Gerai ini terletak di Kampung Padang Nenas, Kuala Terengganu. Diantara Balai Polis Mengabang Telipot dan Masjid Padang Nenas, paling penting gerai ini betul-betul berhadapan Stesen Minyak Shell Padang Nenas. Seperti di dalam maps dibawah.



Dibawah ini pula adalah gambar dari google street view rupa gerai akok ini jika dilihat dari Stesen minyak Shell.

gerai kuih akok, gerai akok sedap, gerai akok kuala terengganu, gerai akok padang nenas,
Gerai Akok

Kuih Akok Teman Perjalanan Pulang

Sedap ka kuih akok ni? Yang pasti bila sampai saja di Kuala Terengganu dan hendak pulang mesti beli. Ketika aRz nak pulang ke utara sudah pasti bungkus lagi untuk menjadi peneman ketika memandu. Mana tidaknya 8 jam perjalanan. 

kuih akok kuala terengganu, kuih akok sedap, akok telur,
Peneman perjalanan pulang

Nampak gayanya kena tunggu raya pula baru dapat merasa lagi kuih akok ini. Di Pulau Pinang pun ada dijual ketika bulan Ramadhan tetapi dari segi harga dan rasa memang berbeza. Kuih Akok Sedap Padang Nenas ini 5 biji RM 2.

Resipi Kuih Akok

Seperti biasa bila tunjuk sesuatu makanan ada yang ini mencuba buat sendiri. Untuk pengetahuan semua aRz pun tak tahu akok ini dibuat dari bahan apa. Tetapi ada rakan blogger yang sudah pun berkongsi resipi akok ini jika ingin mencuba boleh klik Resipi Kuih Akok

Baiklah setakat ini dulu. Ada lagi makanan menarik di Kuala Terengganu yang ingin aRz kongsikan lagi. Tunggu entri terbaru ya.

Jumpa Lagi.

Comments

  1. Teringat pulak time makan akok kat kelantan hari tu... sedapnyaa...

    ReplyDelete
  2. sedapnya akok, julia baru belajar pandai makan akok masa ke terengganu la area dungun, pi pasar dungun pelik tgk akok mcm tu, tp bila makan sedapppp ye

    ReplyDelete
  3. Ty pernah beli yang dimasak guna arang dan kelapa.. cool gila tgok cr derang bakar

    ReplyDelete
  4. Well well welll.... it's terengganu ok

    ReplyDelete
  5. dah lama tak makan akok...kat JB ni mmg jarang jumpe...

    singgah blogwalking :)

    ReplyDelete
  6. wahh detailnya entri Arz siap google map..bagus-bagus sampai depan kedai hang bawak pengunjung Arzmoha.com. Tahniah.

    pcl memang suka kuih akok, kuih ni nampak je tak cantik tapi sedap sangat !

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. betul..
      nampak tak cantik.. tapi sekali dah try, fuhhh...!! pasti cari lagiii... :)

      Delete
  7. kalau nasi ada 7 benua, akok ni ada 7 benua x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. adduuuhhh... susahnya soalan...
      jawab arz... jawab.... :p

      Delete
  8. k.Sue beli kat pasartani stadium shah alam tu jer, belum berpeluang merasa yg asli kat terengganu,
    suka makan masa akok masih panas..dah sejuk nanti bau telur dia tu macam tak berapa nak syok makan dah :)

    ReplyDelete
  9. susah nak dapat akok yang sedap, ni mesti sedap betul sebab tu abang arz boleh kasi detail ni..ehe

    ReplyDelete
  10. memang sedap kalau akok ni, kak ana pun suka lemak manis rasanya :)

    ReplyDelete
  11. Nampak mcm sedap je akok ni.

    ReplyDelete
  12. kuih akok silap tulis jadi kuih akak

    ReplyDelete
  13. Pernah mkn rasanya manis sgt maybe x sesedap yg di Padang Nenas tu

    ReplyDelete
  14. pernah makan di Kelantan, tapi tak tahu ada di Terengganu.memang sedap.kat KL pun ada yang jual, tapi jarang jumpa yang sedap dan murah.

    ReplyDelete
  15. x pernah lagi makan kuih akok.. teringin juga heheh

    ReplyDelete
  16. xpernah makan kuih akok lagi..tp kuih ni ada kelapa kan...biasanya kuih berasaskn kelapa memang sedap

    ReplyDelete
  17. Sedap eh kuih akok ni Bonde tak pernah test lagi...
    selalu kalau nampak bonde tengok je... x beli...
    lepas ni kalau nampak nak cuba beli dan rasa :)

    ReplyDelete
  18. Kuih Akok..xtaula penah makan ke x..hehe

    ReplyDelete
  19. kita suka akok!!! bestnya akok. dah lama x makan akok

    ReplyDelete
  20. dulu masa belajar kat Kota Bharu memang kebiasaan lah makan akok ni..
    sekarang dah rindu sangat2 akok original macam kat Kelantan yang bakar dengan arang dan sabut kelapa tu.... :)

    ReplyDelete
  21. Assalam arz,
    ghayer ni akak ghayer ganu :)
    mak akak soka la kueh ni :)

    ReplyDelete
  22. CT kalo makan sebijik tu lepas la jugak.. banyak2 kenot go gak..
    hehehe tp ikut tekak masing2 kan.. kalo suka mmg bleh tibai banyak..

    ReplyDelete
  23. akok ni, kalu kena cara pembuatannya mmg mabeles!

    ReplyDelete
  24. Terliur tengok akok... kuih fav kalau balik kelantan atau bulan ramadhan.. akok telur pandan best..!

    ReplyDelete
  25. Sungguh dok teganung pun, tapi jarang balik, byk lupa nama2 kuih tradisi teganung ning, nak sebut pun jenuh nak ingatkan, tapi mmg makanan teganung tokleh lawan kan Arz, he he.

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...