Skip to main content

Awesome Food | Nasi Minyak Nasi Tomato Tarzan, Nusantara

Nasi Tomato Tarzan Nusantara Sungai Pinang Penang

Pulau Pinang memang terkenal dengna nasi kandar dan nasi tomato. Banyak tempat makan menarik di Pulau Pinang. Mungkin ramai yang tidak tahu mengenai Nasi Tomato Tarzan Nusantara. Jom baca selanjutnya.

Nasi tomato tarzan, sedap baq hang, Nasi minyak, awesome food, nusantara,
Nasi tomato Tarzan, Sungai Pinang, Pulau Pinang

Sebenarnya gerai ni bukan dimiliki oleh tarzan. Panjang ceritanya mengenai nama tarzan ni. Dari keratan akhbar yang ditampal di gerai ini sebelum ini ada cerita serba sedikit mengenai Mat Tarzan yang pada suatu masa mungkin tahun 80-an adalah orang kuat di Pulau Pinang. Gerai inilah adalah milik mat tarzan. Tapi bukan sekarang. Sekarang saya sendiri tak pasti gerai ini milik siapa. 
Gerai ini ada banyak nama sebenarnya. Ada yang memanggil dengan nama lain. Ada yang panggil nama nasi minyak EON memandangkan berdekatan dengan Pusat Servis EON
Tapi saya dan kawan-kawan panggil Nasi Tarzan.

Sedap baq hang, nasi tomato sempoi, nasi minyak sedap, Tarzan, nusantara
Lokasi Gerai, Jalan Makloom dan Jalan Che Rose, Sungai Pinang
Tarzan, arzmoha, nasi tomato sedap, nasi minyak sempoi, sedap baq hang
Gerai Nasi Minyak/tomato Tarzan
Seperti dalam gambar di atas, disebelah kiri adalah Gerai Tarzan yang saya maksudkan dan disebelah kanan adalah Pusat Servis EON sungai pinang. Gerai ini terletak di antara jalan Makloom dan Jalan Che Rose, Sungai Pinang, Pulau Pinang. Lebih senang lagi berdekatan tapak pasar malam Nusantara.

Gerai yang dibuka seawal 6.30 pagi dan tutup selepas waktu tengahari. ( 2 3 petang). Tetapi saya lebih 'syor'kan menikmati makanan disini pada waktu awal pagi. Sebenarnya lauk di gerai ini sentiasa dimasak. Tiada masalah untuk makan pagi atau tengahari. Kedua-dua waktu ini saya pernah makan. Tapi saya lebih suka makan di waktu pagi.

Menu yang ada di gerai ini ada dua sahaja. Roti canai dan Nasi. Nasi disini pula ada dua jenis. Nasi minyak dan Nasi tomato. Kebiasaan nasi tomato hanya hari jumaat. Lauk pula ada bermacam-macam. Nak tahu sedap atau tak. Datanglah berkunjung ke gerai ini.

Jika anda berkunjung ke Pulau Pinang jangan lupa untuk singgah di gerai ini. Selamat bercuti

Jumpa Lagi.

Comments

  1. Dayah budak p.pinang mcm mana boleh tak tau ni .. Ish tak boleh jadiiii nihhh .. Huhuhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah aRz sendiri pun banyak kali lalu disini tapi tak pernah cuba

      Delete
  2. heee mai pinang pon ikoot org
    xdan nak g berjalan2 pon..

    ReplyDelete
  3. asalam..SEDAP!,,teruja nak makan..

    ReplyDelete
  4. wow, nama dia bukan main.... menarik juga.. baguslah abang Arz siap bagi google instant sekali..haha. lepas ni saya nak wat macam tu jugala..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama menarik kan hahaha

      menggunakan kemudahan yang ada

      Delete
  5. wow..kuahnyee.. meriah.. lapa pulak tgk gambar nie malam2 cmnie.. aduhh.. telan air liur je le dulu..huhu

    ReplyDelete
  6. bestnya dapat makan nasi tomato, tak semua orang buat nasi tomato sedap... tapi bro arz memang suka makan banjir cenggitu ye....??

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunsha sebenarnya kalau di pulau pinang kuah banjir sudah kebiasaan disini.

      Delete
    2. kalau pekat2 macam tu, saya x suka sangat banjir.. haha... last-last x sentuh pun >.<

      Delete
    3. hehe inilah kebiasaan orang penang makan

      Delete
  7. Nasi tarzan tu nampak sungguh menyelerakan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebiasaan orang luar singgah ke penang hanya tahu nasi kandar line clear, sebenarnya di penang lebih banyak dari tu...jadi sekadar berkongsi kedai makan menarik di sekitar pulau pinang

      Delete
    2. Memang menarik ni! Nama tu jadi daya tarikan. Senang orang ingat :)

      Delete
  8. epik nama kedai..tarzan gtuu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin orang di sekitatar kawasan tu panggil dengan nama lain. Nama ni muncul hasil daripada gambar yang dilekatkan di gerai ini. Sebelum ini

      Delete
  9. Ingatkan kena makan atas pokok!

    hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...itu tarzan namanya...tapi sekarang pun dah ada kedai atas pokok

      Delete
  10. Replies
    1. memang sedap kak lya...tapi tak tahu lah selera orang luar bagaimana....bagi orang penang A la

      Delete
  11. nk p jalan penang ni arz. habaq mai tempat mkn mana lg yg sdp :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tak sempat nak buat semua review makanan sedap kat penang ni....kalau ada persoalan boleh call saja

      Delete
    2. da blk penang baru dan nk buka blog...huhuuu

      Delete
  12. nampak jalan che rose... sedap..tapi etuza oder air yang suam ya ..hehehe

    ReplyDelete
  13. macam sedap je makanan kat gerai tu tapi jauh dari saya. saya dok KL tapi kedai kat Pulau Pinang. nanti kalau dah sampai Pulau Pinang, pasti cari kedai ni. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebanyakkan datang dari luar semua mencari nasi kandar line clear dan nasi kandar beratur. Bukan kata dua kedai tu tak sedap...Sedap...cumanya masih ada banyak lagi kedai di pulau pinang yang sedap jugak

      Delete
  14. kedai dia nampak rileks je. tapi kedai camni la yang selalu lagi sedap dari yang kedai mewah2 tu. harga nasi tomato dia berapa bro arz? hehe. sedap r makan kuah banjir XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebanyakkan gerai sedap memang dari gerai yang kecik seperti ini. Kalau ke pulau pinang hanya menikmati nasi kandar pelita subaidah...di KL pun ada hehe

      Delete
    2. Saya terlupa nak letakkan harga. Seperti yang saya makan baru RM 6
      Jika letak daging + satu lauk lain (cth: telur rebus @ ubi goreng @ sayur) RM 4

      Delete
  15. Rindunya nak makan kat sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak sempat rindu CP...selalu makan hehe

      Delete
    2. Ok tu..CP sekarang dah jarang turun Penang..

      Delete
  16. tang mn yg tarzan nyer tu ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tang nama gerai sebelum ini...nak ambil gambaq keratan akhbar di gerai tu dah bertukar

      Delete
  17. sha pernah pergi penang, tp xperna lg makan dkt situ..mkanan org penang smua sdp2 haha..

    ReplyDelete
  18. Pehh kuah banjir.. mmg menyelarakan.. kena singgah satu hari nanti juga ni..

    ReplyDelete
  19. Kalau Arz slalu datang tu...confirm sedap. Saya memang suka kedua2 jenis nasi ni..pembuka selera gitu.
    Bilelah nak sampai sana..jauh bebenor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya akui sedap dan murah. Berbanding restoren yang nampak gah...

      Delete
  20. Ada jadual tertentu pulak ye.
    Kenapa x buat tiap hari je?
    Maybe taknak orang jemu kot,kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya nasi tomato kebiasaan pada hari jumaat. adakala pada hari cuti.

      Delete
  21. Saya pun pelik kenapa namanya Tarzan tadi..
    Rupenye ada banyak nama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya ada banyak lagi nama panggilan untuk gerai nasi kandar di penang. tapi kalau saya bagitau takut ada yang tak mahu datang lagi hehehe sebab terlalu pelik.

      Delete
  22. Hehehe...tarzan jugak yang dapat nama dan glamor.

    ReplyDelete
  23. Selalunya kedai-kedai kecik camni la yang masak sedap mengalahkan hotel

    ReplyDelete
  24. sedapnyaaa nasi tomatoooo tuuu!

    ReplyDelete
  25. stylee habis nama dia.
    sedapnyaaaaaaa~ -T^T padaha baru berapa hari leps dah layan nasi tomato.

    ReplyDelete
  26. Next week nak ke Penang ni... boleh singgah kalau ada masa ni... :D

    ReplyDelete
  27. waduhh...kuah melimpah dh x nampak nasik..mesti sedap hingga menjilat jari kan..org Penang mmg suka makan nasi berkuah byk mcm ni eh..ri tu kawan g penang dia kongsi mkn roti canai banjir

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...