Skip to main content

Vape Diharamkan Di 20 Universiti Awam

Pengharaman Vape Di 20 Universiti Awam

Pengharaman vape di 20 Universiti Awam malah sekiranya dikenakan pengharaman di Malaysia sekalipun arzmoha.com tetap menyokong usaha yang dilakukan oleh Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh. Pengharaman ini dipersetujui 20 Universiti Awam dimana keputusan tersebut dicapai oleh Naib-Naib Canselor yang bermesyuarat pada jumaat lepas.

pengharaman vape di universiti awam, keburukan vape, mengapa patut haram vape,
Pengharaman Vape Di 20 Universiti Awam
Pengharaman vape juga merupakan keputusan yang tepat adalah disebabkan Universiti merupakan zon hijau. Pihak universiti juga diberikan kuasa autonomi dan berhak menentukan hukuman atau tindakan terhadap mereka yang melanggar peraturan pengharaman ini tambah Menteri Pendidikan Tinggi. Selain itu kerajaan juga tidak akan masuk campur dalam hukuman yang dikenakan.
sumber : awani.com

Mengapa Vape Perlu Diharamkan

Kenapa arzmoha.com menyokong pengharaman vape? Antara sebabnya adalah vape adalah perbuatan yang sia-sia dan tidak berfaedah, membazir wang dan penghisap vape juga sama seperti penghisap rokok tidak tahu menghormati hak orang lain. Perbuatan menghisap vape juga mengikis adab dalam menghormati orang lain terutama di kedai makan dan tempat awam. 

Teringat pula kata seorang kawan yang berada di Jepun katanya orang Jepun menghisap rokok di dalam ruang yang disediakan. Seandainya tiada tempat untuk menghisap rokok maka mereka tidak akan merokok ini kerana sikap menghormati dan jika menghisap di tempat awam dianggap kurang sopan. Begitu hebatnya sikap dan adab mereka di negara maju. Apa komen anda mengenai penghisap Vape? Komen yang baik baik ya.

Jumpa Lagi

Comments

  1. Asalam ..nilah kenapa nak buat juga perkara tak berfaedah ni..hanya merosakkan kesihatan..terang lagi bersuluh..mohon fikirkan

    ReplyDelete
  2. setuju..murni pon x suka Vape tu..mahap ler

    ReplyDelete
  3. setuju sangat vape diharamkan..

    ReplyDelete
  4. Sama jaa buat ape pun, haram rokok ade tokan rokok dalam kampus, haram vape, lagilaaaa, takde beza pun, penghisap pulak ade yang jenis slambe tak kene tempat, ade jenis yang boleh hormat orang, tapi lagi ramai slambe tulaa, haramkan je dulu, taulaa diorg nak ade attitude sket

    ReplyDelete
  5. Mummy setuju.. Anak kawan mummy darjah 6 bawak vape ker sekolah. jenuh mummy nak bersoal jawab ngan hero besaq... penjana masalah sungguh vape ni!

    ReplyDelete
  6. Pengguna Vape sebenarnya sangat merimaskan. Asap terlalu banyak. Macam membakar sampah dilaluan orang pun ada..

    ReplyDelete
  7. akak pun tak faham.apa yg sedap sgt menyedut asap rokok atau vape ni..kenyang ke..?

    ReplyDelete
  8. Cik Mimie pun sokong kalau vape ni diharamkan..sebab ia memang x dtg kan apa2 faedah pun..

    ReplyDelete
  9. baguslah diharamkan..tapi kalau jenis tak reti bahasa tu, konfem mengevape dalam blok asrama.pastu cakap ngan Mak nak beli buku takde duit.

    saya pun tak suka vape ni, lagi-lagi kalau perempuan bertudung.merosakkan kesihatan dan mengganggu orang ramai je

    ReplyDelete
  10. vape lagi banyak asapnya dari rokok. sama je dedua menyesakkan dada orang keliling

    ReplyDelete
  11. haramkan seluruh dunia. br kena!

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

TSHIRT DAN KEYCHAIN MIKASA ACKERMAN | ATTACK ON TITAN

T Shirt dan Keychain Mikasa Ackerman | Attack On Titan Attack on Titan yang mana harini boleh ditonton di saluran Netflix tetapi bagaimanapun sudah sampai ke Season 4. Sedang menjadi tontonan remaja harini. Apa yang saya suka mengenai anime secara keseluruhan iaitu semangat juang yang tinggi. Tontonlah mana-mana anime atau komik sekalipun. Bila Cik Puteri dah semakin membesar mana lagi ditonton Umar dan Hana, Didi and Friends melainkan siri movie seperti Upin Ipin ataupun Frozen. Sekarang Cik Puteri pun mengikuti Attack on Titan jadinya Abah pun terpaksa tonton sekali walaupun kadang terlelap tanpa sedar. Review Tshirt Mikasa Ackerman | Attack On Titan Series Abah boleh tak belikan tshirt "Mikasa Ackerman" ? Siapa pula Mikasa ni, lepas tonton beberapa episod owh baru faham. Jadinya Tshirt ni nak mudah cari di shopee. Bukan senang, cari punya cari, hari demi hari, jumpa penjual dari Indonesia. Apa yang perlu kita faham, bila membeli dengan penjual dari luar negara adalah masa ...