Skip to main content

Patutkah Aku Mengeluh?

Mengeluh. Patutkah? 

Mengeluh. Biasa terjadi dalam hidup sebagai seorang manusia biasa. "Aduh penatnya, arghh letihnya" itu ayat biasa kita selalu mengeluh. Patutkah Aku Mengeluh?

Patutkah aku mengeluh, perlukah mengeluh, dosakah mengeluh,
Gambar sekadar hiasan. Mini Danboard

Perkongsian Tazkirah Mengenai Mengeluh

Mengeluh tidak dinafikan adakalanya terjadi secara spontan. Mungkin dari kebiasaan yang kita lakukan. Perkongsian dibawah ini sedikit sebanyak mampu mengurangkan kita daripada mengeluh sebagai permulaan hari di minggu yang baru.

1. Ketika kita mengeluh " ishh aku penat sangat"

Allah menjawab maksudnya "Dan KAMI telah menjadikan tidur kamu untuk berehat?" (An Naba' :9)

bersyukur dengan kekurangan, patutkah mengeluh dengan kekurangan, tatkala kesedihan melanda,
Gambar sekadar hiasan.

2. Ketika kita mengeluh : "Beratnya dugaan ini, tak sanggup rasanya aku.

Allah menjawab maksudnya " ALLAH tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya" (Al Baqarah : 286)

3. Ketika kita mengeluh " Serabutnya"

Allah menjawab maksudnya : "(iaitu) Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu tenang tenteramlah hati manusia" ( Ar Raad :28)


ayat-ayat motivasi, atutkah aku mengeluh, kata-kata indah,
Gambar sekadar hiasan

4. Ketika kita mengeluh "Apa yang aku buat ini semua sia-sia".

Allah menjawab maksudnya : "Siapa yang mengejakan kebaikan sebesar zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)" ( Al Zalzalah : 7)

5. Ketika kita mengeluh "Tak ada sesiapa pun nak tolong aku"

Allah menjawab maksudnya : "Berdoalah (mintalah) lkepadaKU, nescaya aku kabulkan" ( Al Ghafir :60)

6. Ketika kita mengeluh "Aku sedih sangat"

Allah Menjawab maksudnya : Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah bersama kita" (At Taubah : 40)

Jangan banyak mengeluh, banyakkan bersabar dan teruskan kehidupan ini dengan taqwa dan tawakkal. Semoga mampu mendidik kita menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat. Hadapi dengan tenang dan senyuman.

Jumpa Lagi.

Comments

  1. Allahu.. semoga menjadi insan yang bersabar dalam mengharungi hidup..

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum.

    Kakcik datang ni. Kadangkala kakcik singgah, cuma tak tinggalkan komen... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam kakciknurseroja.
      Terima kasih singgah. Baru berseri Blog saya

      Delete
  3. peringatan yang simple, tapi menarik.thanks arz!

    ReplyDelete
  4. betul tu... sepatutnya tak baik kita mengeluh... kena banyak bersabar... tapi kita manusia biasa.. kadang terrr...

    ReplyDelete
  5. fitrah manusia sebegitulah aRz , semoga kita terus-terusan muhasabah diri ,in shaa allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengingati diri dan saling ingat mengingati

      Delete
  6. danbo tu beli katne bang., ;p

    ReplyDelete
  7. Mungkin kena luahkan pada tempat yang betul kan Kak Diana

    ReplyDelete
  8. huuuuuuu kadang kita ni tanpa tersedar mesti terrrrrr mengeluh kannn

    ReplyDelete
  9. terima kasih diatas pengkongsian ni insyaAllah arz

    ReplyDelete
  10. jgn mengeluh smpi mempertikaikan takdir...

    ReplyDelete
  11. kdg2 xsengaja mengeluh..huhu... perkongsian yg menarik :)

    ReplyDelete
  12. sentap jap..
    menusuk tepat di dalam hati..
    kadang2 terlupa..

    ReplyDelete
  13. redha jer aRz..tenangkan hati & rehatkan minda, insya allah dipermudahkanNya..

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...