Skip to main content

Luang Masa Bersama Keluarga Di Taman Rimba Teluk Bahang Pulau Pinang

Tempat Menarik Di Pulau Pinang | Taman Rimba Teluk Bahang Penang

Pulau Pinang juga terdapat beberapa tempat menarik yang semulajadi dimana dapat kita luangkan masa bersama keluarga. Memandangkan cuti sekolah dah bermula, boleh juga jadikan lokasi ini satu percutian dimana dapat luangkan masa bersama keluarga setelah masing-masing sibuk dengan tugasan. Hari ini aRz nak kongsikan sikit aktiviti pada sabtu lepas, berkelah di Taman Rimba Teluk Bahang, Pulau Pinang. Tetapi bukan nak cerita keseluruhan tempat ini cuma nak kongsi aktiviti kami saja, kebetulan aktiviti ini tidak dirancang. Rakan aRz ajak terus jadi ja, memandangkan Cik Puteri pun dah lama tak main air.

taman rimba teluk bahang, muzium perhutanan pulau pinang, tempat menarik berkelah, tempat menarik di penang,
Muzium Perhutanan Pulau Pinang

Gambar di atas, susunan kayu yang berbumbung tertera muzium perhutanan ni akan menghiasi permandangan anda ketika sampai disini. Sepanjang 30 tahun menetap di Pulau Pinang, aRz sendiri pun tak pernah masuk....errr ok sorokkan diri....

Sampai Disini Taman Rimba lebih kurang jam 9.30 pagi. Kalau ikut perancangan nak sampai lagi awal seawal jam 8 pagi. Tapi almaklumlah Puan Isteri masing-masing sibuk memasak, ada beberapa masalah teknikal disambung dengan penutupan jalan pintas. Apapun alhamdulillah selamat sampai. Kenapa nak sampai awal? Kalau lambat biasanya tempat penuh. Sebaiknya sampai dalam jam 8 pagi.

Jom Tengok dulu antara permandangan disini.

teluk bahang, taman rimba, penang, malaysia
Permandangan dari kolam atas

reflection, photography, taman rimba teluk bahang, tempat menarik di penang, lokasi berkelah, masa bersama keluarga, tenangkan fikiran,
Reflection | Taman Rimba Teluk Bahang Pulau Pinang

Perkara wajib bila dah sampai sesuatu tempat untuk berkelah adalah cari lokasi ( port) untuk berlabuh hehe.
aRz lebih suka kawsan yang jauh sikit dari orang lain, nama pun nak berehat santai. Dekat-dekat takut ada gangguan, manusia ni bukan semua samakan. Mengada betui.

stroller kanak-kanak, bukan untuk dijual, port baik, taman rimba teluk bahang,
Bukan Untuk Dijual
Cik Puteri tak sabar nak mandi

Orang yang paling tak zabar sabar nak mandi ialah....Cik Puteri laaa..tengok saja air "abah nak mandi...abah nak mandi" makan pun dah takmau. Kawan Cik Puteri, Naqib rileks ja....walaupun masing-masing teruja nak mandi. Budak-budak kan?

Taman Rimba Lokasi Cantik Untuk Photoshoot 

Sebelum ini aRz ada kongsikan entri mengenai gambar yang diambil di sini juga 2 tahun lepas, masa tu Cik Puteri masih kecil, sama juga..datang berkelah. Boleh tengok gambar disini Family Day Out | Family Potrait. Tapi hari ni lain Cik Puteri dah besar dan boleh mandi-manda. Perancangan mula-mula sampai sini nak bergambar sekeluarga tetapi bila tengok air ja tak ingat idea tu...insyaallah lain waktu ada lagi.

Kenapa aRz kata tempat ini adalah lokasi yang cantik untuk photoshoot.? Antara sebabnya adalah cahaya matahari yang cantik melepasi rimbunan pokok yang ada disini. Memang terbaik kalau nak jadikan lokasi untuk Post Wedding, Family Potraiture, Kids Potraiture dan sebagainya. Alang-alang dah sampai sini rakamlah sekeping dua gambar Cik Puteri. Jooooommmmm tengok gambar yang tak seberapa ini.

Sedikit info : Taman Rimba Teluk Bahang Pulau Pinang juga menyediakan kemudahan seperti surau dan tandas yang agak bersih dan selesa. Tahniah kepada pihak pengurusan.

cik puteri di taman rimba teluk bahang, penang, kids potraiture, kids photshoot, gambar kanak-kanak, model kanak-kanak, tips photography,
Cik Puteri | Amik feel dulu

cik puteri, kids photoshoot, taman rimba teluk bahang photoshoot, tempat menarik di penang, tempat berkelah,
Cik Puteri | Main Pasir

taman rimba teluk bahang pulau pinang, kids at taman rimba penang, teluk bahang, kids photoshoot,
CIk Puteri | Teringin sangat nak naik pelampung Naqib

kids potraiture, kids photoshoot, photoshoot di teluk bahang, tempat menarik di penang, tempat perkelahan, lokasi photoshoot penang,
Cik Puteri | Peaceeee

model cilik, kids potraiture, tempat photoshoot penang, gambar cantik, cik puteri, tempat menarik di penang,
Cik Puteri | Ada sesuatu menarik perhatiannya

gambar kanak-kanak main air, cik puteri model cilik, kids potraiture, kids photshoot at penang,
Cik Puteri | Bestnyaaaa

natural lights, kids potraiture, model kanak-kanak, tips photography, pose kanak-kanak, candid photo, tempat menarik bercuti di penang,
My Name Is Naqib

gambar abah dan anak lelaki, naqib dan papa, kids potraiture, kids best photo, tempat menarik berkelah di penang, lokasi photoshoot cantik,
Naqib | Bersama papanya

gambar kanak-kanak di taman rimba, tempat menarik di penang, gambar kanak-kanak, tempat menarik photoshoot,
Naqib | Yeahhh

cik puteri, naqib, kids potraiture, gambar kanak-kanak malaysia, malaysia negara aman, model kanak-kanak,
Kids | Cik Puteri dan Naqib

Pesanan : Jika ingin mengambil gambar anak-anak jangan sesekali mengambil risiko membiarkan mereka di tempat yang agak dalam dan tiada kawalan di sekeliling. Untuk pengetahuan anda ketika aksi ini dirakam ada rakan aRz menyorok di belakang, memastikan tiada kejadian tidak diingin berlaku. Sentiasa berhati-hati.

gambar candid, cik puteri, naqib, tempat menarik photoshoot, kids,
Kids | Alamak kapal nak terbalik
Ketika gambar ini dirakam rakan aRz ada dibelakang Cik Puteri dan Naqib...sentiasa mengutamakan keselamatan anak-anak ok.

hargai masa bersama anak-anak, cara meluangkan masa dengan anak-anak, tempat terbaik phtoshoot penang, lokasi prewedding kids potraiture,
Seronok alam kanak-kanak
P/s : (gambar atas) inilah lebih kurang cara menyorok di belakang pelampung supaya nampak seakan hanya mereka berdua di kawsan tersebut.

gambar bersama ketika berkelah di taman rimba teluk bahang, penang, melaysia, lokasi menarik di penang, tempat photoshoot keluarga dan anak-anak, tips photography,
Gambar hari ini menjadi kenangan dan sejarah di hari akan datang
Rancang percutian bersama keluarga atau rakan dimana kita boleh luangkan masa untuk berehat dari kesibukan dunia, kesibukan gadjet, kesibukan tugasan harian. Mungkin waktu seperti ini adalah waktu yang tepat untuk semakin rapat dengan orang yang kita sayang. Hargai masa dan keluarga anda. Jangan lupa rakamkan untuk kenagan di masa hadapan.

aRz MoHa
Personal Lifestyle, Parenting and Photography

Jumpa Lagi.

Comments

  1. pandai kawan arz tu menyorok, memang tak nampak langsung...huhu. cantik gambar btw!

    ReplyDelete
  2. Waaaa seronoknya cik puteri main air. Bila lah nak sampai Penang ni. Hahaha. Boleh masuk dalam wishlist nampaknya :D

    ReplyDelete
  3. Cantik semua gambar yang dirakam dan tempat percutian itu juga nampak menarik untuk dikunjungi... :)

    ReplyDelete
  4. macam memanggil-manggil jer melihat kehijauan airnya..

    ReplyDelete
  5. pernah pergi sekali kat sini bersama anak2 tadika tempat anak kak zi belajar...memang seronok..lebih2 lagi bila dpt terjun dalam air...

    ReplyDelete
  6. cantik gambar-gambar dari arzmoha ni..ermmm syoknya cik puteri mandi naa... cumel sangat..:)

    ReplyDelete
  7. wah menarik..bahagia puteri..

    ReplyDelete
  8. cantiknya tempat tu. bagi anak2 mandi yang syok tu. nak ajak suami pegi sana jugak la bebila balik nanti. pandai korang sorokkan badan kannnn

    ReplyDelete
  9. Last pi masa sekolah menengah..memang lama kan..

    ReplyDelete
  10. sejukknya tengok cik puteri mandi

    ReplyDelete
  11. Cantiknya lokasi nie, teringin nak pergi ^^

    ReplyDelete
  12. Comelnya cik Puteri.....
    Budak budak kalau nampak air mmg tak dapat control hihi...
    Mesti sejukkan airnya Arz..... Mak malas nak mandi kalau gi tempat cenggini sebab susah nak salin nanti lepas mandi hihi....berebut dgn org ramai. Tak de pacat ke?

    ReplyDelete
  13. bestnyaaa.. lamanya tak mandi air terjun..

    ReplyDelete
  14. bestnya berendam.. tapi sekarang dah malu nak mandi manda kat kalayak

    ReplyDelete
  15. Pandainya kawan arz menyorok ya... Best tengok berkelah tu

    ReplyDelete
  16. dh lama x pergi picnic dan camping tempat2 mcm ni...tgk air tu warna hijau leh rasa kesejukan nya

    ReplyDelete
  17. gambar semua cantik...boleh share tips x utk dapat gambar cantik mcm ni selain guna camera yg canggih..mesti ada skill jgk kan

    ReplyDelete
  18. best nyer berpiknik...da lama x buat ;-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...