Skip to main content

Bebelan Hati | Blogwalking

Bebelan Hati | Blogwalking

Blogger Malaysia apa khabar semua....Blogwalking sudah semestinya suatu perkara yang semua blogger akan buat, mesti buat, dan nak selalu dapat lakukan sebanyak mungkin. Teringat lagi ketika mula-mula berblog, jarang ada rakan blogger tinggalkan komen. Selalu buka dashboard, tengok mana tau ada yang tinggalkan komen, teruja nak baca dan balas balik. Memang tak pernah gagal... Tapi bila semakin bertambah kenalan blogger. Makin banyak komen, tapi tidaklah sebanyak komen di blog Scdha Sein, Jari Manis, Bunda Nora, dan rakan blogger lain (maaf jika tak disebut).

gambar kanak-kanak berjalan, gambar bayang-bayang, kanak-kanak, kids, kids and shadow, blogwalking, gambar cantik,
Kids | Walking

Abis tu apa yang nak dibebelkan. Susah sangat ka nak blogwalking? Bukan...bukan...bila semakin banyak kenalan semakin jadi tak tentu arah mana satu nak diterjah...kekadang terfikir idea kak Eny Abdullah buat list, tanda baru dapat kejar semua. Mana yang datang terjah, mana yang lama tak disinggah...Kenalan lama kenalan baru....kalau boleh semua blog aRz nak singgah setiap hari. Kalau boleh nak setiap hari tau khabar semua kawan-kawan. Ada blog yang dulu masa aRz baru nak UP...aRz jarang singgah lagi...antaranya Aimie Mokhtars ( rakan blogger pertama sudi komen itu ini dan ajar cara nak beli nama domain) kemudian ( yang masih dalam ingatan, maaf kalau tak dapat nak sebut semua) Sobri Yaacob, Eshamz Halim, Khamsi Abdullah Arol Mubin dan mungkin ramai lagi.....

Tetapi apakan daya kekadang masa itu sangat terhad. aRz akan mencuba untuk cuba singgah sebaiknya ke blog semua rakan. Dalam mengeratkan lagi Siratulrahim antara kenalan blogger. Terima kasih kerana masih terus menyokong aRz dan arzmoha.com sehingga saat ini.

Comments

  1. Arz..tahnia ..cerita ni dah pun secara langsung hargai teman maya..nak ikut cara ni lah..edisi menanyang pun cantik lah..dari Umi kan hehehe

    ReplyDelete
  2. Salam Jumaat..semoga kita semua mendapat rahmat olehNya..Aamiiin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam jumaat kak murni....Insyaallah amin

      Delete
  3. betul tu arz, bila dah banyak yang kita follow, kita terlepas pandang bila ada yang update..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Sal....kekadang terlepas pandang

      Delete
  4. akak bw blog yg sudi ownernya tinggalkan komen hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak kamsiah sudi tinggalkan komen

      Delete
  5. gigih bw even keje byk kat ofis...amboi semua otai2..kita ni sapelah haha kbai

    ReplyDelete
  6. eh hello.. awat u dah lama x boom blog i ? sebab i x kasi hadiah eh.. wakakaka.. mampus kena kecam =P

    ReplyDelete
  7. Terima kasih arz selalu datang mengomen dekat blog. Hehehehe kita kena start budaya blogwalking and comment ni. eheheheh

    ReplyDelete
  8. Memang memenatkan blogwalking ni, cabarab besar buat mana-mana blogger..

    ReplyDelete
  9. setuju bro,..komen kita x lah sebanyak list2 nama bloger2 yg femes kat ats tu heheh..
    blogwalking tu penting barulah org ingat kita...x la trus tenggelam :P
    penat..tapi berbaloi :)

    ReplyDelete
  10. Kannn.. Mummy pun selalu lagu tu.. Asyik check komen je.. Hehehehe

    Tapi betui la tak lawan komen kat blog SS dan JM.. Entry 3 patah perkataan komen beratus.. Kann

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh...ye ke mummy heheheh

      Delete
    2. Betul kan, Mummy! Semput nak scroll comments tu semua :)

      Delete
    3. Sama lah kita mummy.... sep sep sikit

      Delete
  11. Mummy wat macam ni.., buat satu blog list tuk kengkawan blogger.. Senang nak g komen.. Hehehe :)

    ReplyDelete
  12. haaaa, saya pun nak blogwalking ke blog Anda salam kenal Semoga sukses

    bisnis borneo

    ReplyDelete
  13. kalau boleh hari2 nk BW, tapi apakan daya, kekangan masa, dah tak macam zaman student dulu. hehehe

    ReplyDelete
  14. Zumal bukan saja tak BW, update blog pun belum. Hehe ^-^

    ReplyDelete
  15. setuju sangat ... agak susah nak maintain balas komen dan blogwalking ... bila terjah yang baru lupa pula yang lama

    ReplyDelete
  16. kena menuntut dari JM la nampaknya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya Zie Has dah learn something from me hehehe

      Delete
  17. kalau aRz nak tahu...waktu mula2 tulis blog dulu pun..sendiri tulis sendiri komen tau..nak dapat 10 komen dalam 1 entri pun susah

    ReplyDelete
  18. ahaaaa same to me...ramai lagi rakan blogger yg sis JM belum balas kunjungan..bukan x sudi tapi x sempat kalau dh start BW entri mmg tak terupdate tp itu je cara nk hargai kehadiran mereka di blog...tanpa reader yg komen blog x berseri..kunjungan mereka perlu di harga..jika x tulis syok sendiri huhuhhu

    ReplyDelete
  19. Samalah, Arz. Dengan keterbatasan masa, huru-hara nak blogwalking. Kena buat senarai gak nampak gayanya,..kalau tidak asyik ziarah blog yg sama, terlupa yang lain :)

    ReplyDelete
  20. saya baru belajar - newbie lg psl blog ni .. blog saya masih baru - just started 23/11/2015 - jemput lah tengok..

    ReplyDelete
  21. kekangan masa tu harus di terima. tetapi jgn abai terus...

    ReplyDelete
  22. Teruskan menulis & bw.. mg semakin ramai kenalan maya

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...