Skip to main content

Koleksi Gambar Bas Di Penang Dulu Hingga Sekarang

Bas Di Penang Dari Dahulu Hingga Sekarang

Suatu masa dahulu bas merupakan pengangkutan awam darat paling penting. Zaman dahulu tak semua orang mampu memiliki kereta sendiri. Jadi aRz bawakan semula kenangan koleksi bas dari dahulu hingga sekarang untuk tatapan semua dan untuk generasi akan datang. Koleksi Gambar Bas Di Pulau Pinang Dahulu Hingga Sekarang dan juga sedikit sebanyak sejarah bas di Pulau Pinang.

bas di penang dahulu dan sekarang, hop on hop off, HOHO, koleksi gambar bas di pulau pinang, nostalgia bas di pulau pinang,
Koleksi Gambar Bas Di Pulau Pinang Dahulu Sekarang

Uniknya Bas Di Pulau Pinang Suatu Masa Dahulu

Pengangkutan di Pulau Pinang suatu masa dahulu memang unik. Uniknya kerana sejak dahulu lagi sudah ada bas atau pengangkutan awam seperti di kota london iaitu trem dan bas elektrik serta bas dua tingkat. Kini sejarah bagaikan berputar, rata-rata kita dapat melihat semula bas dua tingkat mula memenuhi jalan-jalan raya. inilah sejarah bas di pulau pinang.

tram berkuasa wap di pulau pinang, pengangkutan awam pertama di pulau pinang, tram berkuasa wap di pulau pinang, penang first transportation, history of transportation in penang, sejarah pengangkutan awam pulau pinang, bas pertama di penang,
Tram Car, Penang

Tram Car Penang 

Berdasarkan sebuah blog menceritakan sejarah Tram Car Di Pulau Pinang suatu masa dahulu, Tram berkuasa wap mula beroperasi di Pulau Pinang adalah pada tahun 1880 dan pada tahun 1890 terdapat 11 buah 'tram car' yang beroperasi di bandar George Town. Baca Jejak Pengangkutan Trem Di Pulau Pinang

Tram berkuasa wap ini dibawah operasi Penang Steam Tramways mengikut sejarah mengatakan beroperasi dari tahun 1880-1900, kemudian diambil alih oleh syarikat perbandaran sehingga 1903 sebelum ditamatkan perkhidmatan.

Walaubagaimanapun, Tram berkuasa elektrik mula diperkenalkan pada tahun 1905 secara rasminya Tram Berkuasa Elektrik beroperasi sehingga 1936. Menarik bukan sejarah bas di pulau pinang. Teruskan membaca dan melihat koleksi gambar bas di Pulau Pinang.

tram berkuasa elektrik di pulau pinang, elektric tram in penang, sejarah bas di pulau pinang, tram elektrik penang, bagaimana rupa bas di pulau pinang, sejarah bas,
Tram Elektrik, Penang

sejarah bas di pulau pinang, bas elektrik di pulau pinang, bas terawal di pulau pinang, pengangkutan awal di pulau pinang,
Tram Elektrik

tram elektrik pulau pinang, bas elektrik penang, bas berkuasa elektrik di pulau pinang,
Tram Elektrik di Pulau Pinang

tram berkuasa elektrik di pulau pinang, tram elektrik di penang, tram elektrik di bukit bendera, bas elektrik berhampiran bukit bendera,
Tram Elektrik Di Air Itam Berhampiran Bukit Bendera
Selepas era tram elektrik mengalami kejatuhan menurut sebuah blog mengatakan bas troli mula beroperasi tetapi aRz sendiri tidak pasti apa yang dimaksudkan dengan bas troli serta gambar bas tersebut. Walaubagaimanapun empayar Penang Yellow Bus mula menguasai Georgetown dan Pulau Pinang.

Penang Yellow Bus ( 58 tahun 1946-2004)

Penang yellow bus antara syarikat yang pastinya meninggalkan sejarah yang paling banyak kepada penduduk pulau pinang secara amnya sehingga kini. Sejak kecil lagi aRz sendiri memang antara yang menggunakan perkhidmatan Penang Yellow Bus. Walaubagaimanapun ada yang mengatakan bas kuning dari syarikat Penang Yellow Bus ini bermula pada tahun 1946 dan tamat perkhidmatan pada tahun 2004.

penang yellow bus, bas mercedez, pm4263, sejarah bas di pulau pinang, nostalgia bas di penang,
 Penang Yellow Bus PM 4263 Cantik No Plat

Kalau ikutkan gambar bas diatas aRz rasa tak pernah naik, tapi tak tahulah jika naik ketika kecil. Apa yang pasti bas seperti gambar dibawah memang selalu aRz naik kerana bas utama ke Balik Pulau dari Georgetown.

bas kuning di penang, penang yellow bus, hing bus penang, sejarah bas di penang,
Penang Yellow Bus
Bas ini paling terkenal mungkin bagi mereka yang lahir pada tahun 80an. Kerana inilah bas yang menjadi pengangkutan utama ke bandar dan juga ke sekolah. Teringat lagi sekitar 6 pagi sudah keluar rumah menunggu bas untuk ke sekolah. Bas ini juga menghubungkan penduduk Balik Pulau ke Georgetown.

Walaubagaimanapun terdapat syarikat bas lain yang memberikan perkhidmatan seperti KGN Hin Bus yang mana perjalanannya ke tanjung tokong (sekiranya tidak silap)

sejarah bas di penang, sejarah bas di pulau pinang, kgn hin bus penang,
KGN Hin Bus
Apa yang menarik mengenai bas kuning atau yang seangkatan dengannya adalah bas ini tidak mempunyai penyaman udara. Jadi penumpang perlu membuka tingkap. Tetapi ada juga yang menutupnya kerana tidak mahu rambut yang tersikat rapi rosak ditiup angin. Sapa masih ingat cara membuka tingkap bas ini? hehe nostalgianya....

Milan Bus


Walaubagaimanapun Penang Yellow Bus mula memberhentikan perkhidmatannya pada tahun 2004 setelah beroperasi hampir 58 tahun. Agak lama perkhidmatan bas ini. Selepas itu semua bas milik Penang Yellow Bus diambil alih oleh syarikat Milan dan terdapat bas mini mula beroperasi.

sejarah bas di pulau pinang, penang yellow bus, milan bas, bas kuning, pengangkutan di pulau pinang,
Milan

Bas Mini Pulau Pinang

Bas mini di pulau pinang juga menjadi sejarah bas di pulau pinang sebagai pengangkutan awam yang terkenal kerana tambangnya hanya 70 sen. Bas ini dikendalikan oleh syarikat Angkasa Barisan (M) Sdn Bhd. Bas mini ini tidak seperti bas mini di Kuala Lumpur mahupun Shah Alam, Bas ini lengkap dengan penyaman udara. Antara kelemahan bas ini pintu hanya dibahagian hadapan. Kebanyakan bas ini pasti sesak dengan penumpang dan tidak memberi keselesaan terutama buat penumpang wanita.

bas mini pulau pinang, sejarah bas di pulau pinang, nostalgia bas pulau pinang, history of bus in penang,
Bas Mini Pulau Pinang

Walaubagaimanapun terdapat juga perkhidmatan bas transit link yang menjadi antara perkhidmatan bas di pulau pinang yang lengkap penyaman udara. Perkhidmatan bas ini juga tidak lama sebelum kehadiran Rapid Penang.

bas transit link, sejarah bas di pulau pinang, penang bus services, history of penang bus,
Transit Link

Rapid Penang ( 2007-now)

Pada 31 Julai 2007, Rapid Penang mula beroperasi di Pulau Pinang dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Badawi dan masih beroperasi sehingga kini.
rapid penang, sejarah bas di pulau pinang, uniknya perkhidmatan bas di pulau pinang, penang bas servives, history bus in penang,
Rapid Penang 2007-now

Rapid Penang hari ini antara bas yang beroperasi di Pulau Pinang secara keseluruhannya. Bas Rapid Penang ini mempunyai beberapa jenama iaitu :

Dong Heng - 2007
Higer - 2007
King Long - 2007
Jac - 2007
Scania K270UB - 2009
Scania K250UB -2009

Terkini...terdapat satu lagi bas yang sedang beroperasi di Pulau Pinang adalah Bas HOHO.

HOHO Bus ( Hop On Hop Off)

Bas Hop-on Hop-off ini aRz tidak mahu bercerita panjang sebab aRz akan kongsikan lagi mengenai bas HOHO ini dalam entri akan datang dimana ia juga akan dikongsikan oleh rakan Blogger Utara yang akan alami sendiri pengalaman menaiki bas ini. Tunggu ya...

bas HOHO, Hop on hop off bas, penang hop on hop off, uniknya bas di pulau pinang,
Bas HOHO
Untuk gambar bas Hop On Hop Off tidak lupa untuk kreditkan untuk Siti Yang Menaip. Terima kasih pemilik gambar jasamu dikenang.

Sejarah Bas Yang Menjadi Pengangkutan Utama di Pulau Pinang

Inilah sejarah bas yang menjadi pengangkutan utama di Pulau Pinang. Yang pasti orang Pulau Pinang pasti mengingatinya sebagai sejarah. Mungkin ada individu hari ini sudah berjaya dengan menggunakan perkhidmatan bas di atas untuk mencari kerja, ke tempat kerja atau menyambung pelajaran. Mungkin juga ada yang bertemu jodoh di atas bas dan sebagainya. Nostalgia bas ini pasti tersimpan di hati rakyat Pulau Pinang. Uniknya pengangkutan di Pulau Pinang.

Jumpa Lagi

terima kasih kepada semua pemilik gambar yang tidak dapat dikreditkan satu persatu.

Comments

  1. Tak sabar nak review HOHO..info yang menarik..CP memang menggunakan bas bila ke Penang. selalu naik bas dari jeti ke Komtar.

    ReplyDelete
  2. "Kalau ikutkan gambar bas diatas aRz rasa tak pernah naik, tapi tak tahulah jika naik ketika kecil" <---- Ce tanya mak heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak dah tak ada....tapi masa kecil cuma ingat naik "prebet sapu" tau tak apa tu sis JM?

      Delete
    2. 'PREBET SAPU'? BUJANG LAPUK?

      Delete
    3. Prebet sapu macam teksi. Kereta tak berdaftar sebagai teksi dan mengambil penumpang dengan tambang lebih murah

      Delete
  3. dari kecik sampai besaq mummy memang besaq dalam bus je la.. nak ke sekolah ren, men , agama dan ke tuisyen...lali dah.. tp la ni kalo diberi peluang mummy nak naik bus, mummy nak naik bus hop on hop off je.. sbb la ni kalo naik bus dah rasa macam kat luar negara. tak sanggup! Especially area Perai, BM dan seangkatan dgnnya..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yela kan mummy orang zaman dulu mana nak mampu beli keta lagi. sama la dengan saya ni...Bas HOHO pun teringin nak naik tapi tak berpeluang lagi...

      Delete
  4. Kalau tak salah, ayah Eyda kata tram elektrik tuh pemandunya memang tak ada lesen.. ada pernah eksiden dengan kenderaan lain.. Eyda pernah naik bas dari yellow bas sehingga ke rapid sekarang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ada blog yang cerita pasal kemalangan yang berlaku. Tapi nak ceritakan semua takut terlalu panjang aRz ringkaskan. mmm datuk aRz juga pernah menjadi pemandu salah satu Tram ini sebelum bekerja sebagai Penarik Beca

      Delete
  5. hop on hop off.. Dah la cuaca panas, tak sanggup nak naik dok atas.. Nostagia betul bas kat penang ni.. Tapi kenapa Tram dah xda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panas tu semestinya...melainkan Penang sejuk macam Genting Highlands...tapi atas ada yang berbumbung :)

      Delete
  6. Kalu bercuti ke penang, arz org first aku call. Blh jd pemandu pelancong freeeee... huhu

    ReplyDelete
  7. memang jauh berbeza bas dulu dan sekarang.. yang dulu unik betul.. heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang unik...kenangan ni...zaman anak-anak mungkin dapat rasa naik bas rapid je la

      Delete
  8. Bas mini tu paling nostalgia
    cuti sem je ambik bas mini ke jetty balik kpg huhu

    ReplyDelete
  9. Teringin nak naik tram tu... tak sempat.. sob2

    Yelow bus ! kenangan tu.. dari jetty jam 2 petang, sampai Bayan Lepas dah maghrib.. dah la bulan puasa.. naik bebai kat bus tu.. huhu

    selain bus transit link, ada lagi satu yang seantero dengannya.. lupa pulak nama apa.. sebab dulu dok naik jugak kalau pi sekolah.. bus city liner pun hado jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. City liner tak pasti belah mana arah perjalanannya..

      Delete
  10. nostalgia semua ni.. gambar je la buat kenangan.. :)

    ReplyDelete
  11. rapid mana ?? rapid ?? ahaha Yunsing sayang sungguh rapid

    CT penah naik Yellow Bus dlu before mak ayah beli kete.. dan stesen bus tu..!! stesen bus kat balik pulau. nostalgia ni..

    AB Cafeeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa dengan yun sing??
      AB cafe tu apa haha

      Delete
    2. jangan nak ngade buat2 tatau..
      Rapid tu bus feveret YunSing.. ehehe..

      Delete
  12. Wah semangat nak naik HoHo la nie. Zumal rasa yang dipanggil troli tu rupa bas juga cuma ada 2 bahagian yang disambung seperti train...

    ReplyDelete
  13. baru kak ana tahu kat penang dulu ada tram tu, kan elok kalau di adakan semula kan, tapi keadaan di sana sekarang trafik makin padat kan arz :) nice entri .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau datang Penang masih boleh lihat landasan tram di Penang road

      Delete
  14. penang antara tempat terbaek pengangkutan awam
    sekarang dah sama banyak personal dan awam

    ReplyDelete
  15. yang pasti kami pernah naik Rapid Penang je aritu. tu pun saje bawak Fateh Uwais berjalan naik bas

    ReplyDelete
  16. Replies
    1. nostalgik ka nostalgia mana satu betul hehe

      Delete
  17. sangat menarik persembahan maya kali ini aRz..teruskan berkarya di blog

    ReplyDelete
  18. Nani tak pernah tahu macam mana rupa bas zaman dulu dulu walaupun sekarang hari hari naik bas. Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah kalau tau mesti best...dan bersyukur sebab sekarang semua bas dah ada aircond

      Delete
  19. penah naik bas kuning, bas mini & rapid ja...
    x sabaq nk naik HOHO

    ReplyDelete
  20. Nostalgia bas ekin banyak masa tu kat kelantan hihihi boleh nanti ada masa ekin kongsi gak la

    ReplyDelete
  21. Wowwwww! Wowwwwww! Lagi sekali,...Wowwwwww! :)

    ReplyDelete
  22. wahhhh kalau laa ada tram tu mesti da rs cm oversea kalu g penang ;-)

    ReplyDelete
  23. Pergh!! Macam-macam jenis bas dah ada kat Penang.. Agak-agak 2020 nanti ada bas terbang x?
    Hehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahla...kereta terbang belum nampak lagi hehe

      Delete
  24. teringin nak naik tram macam dlu2 tu. haha kalau perasan dekat dengan restoran line clear ada jalan tram tu. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya...masih ada...kalau ada semula lagi best kan...feel macam oversea

      Delete
  25. Kalau yg tram tu ada lagi kakak rasa macam best aje kan
    Macam yg selalu digunakan dekat zoo tu - berangin aje hihi...

    ReplyDelete
  26. macam2 jenis bas kan daripada dulu2

    ReplyDelete
  27. Penang Yellow Bus...huhuhu, nostalgia...

    ReplyDelete
  28. Wow!!..dari mana dapat koleksi gambar-gambar bas tu semua?..

    ReplyDelete
  29. nostalgia sungguh teringat masa dolu dolu hihi

    ReplyDelete
  30. Memang unik sungguh tram car tu..

    ReplyDelete
  31. kalau kat seberang dulu top dengan bas UTC sebelum bankrupt bila rapid penang masuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dr alor star pi bagan lalu kepala batas...nostalgia....

      Delete
  32. kenderaan juara a.k.a transit link...kerusi sepah-sepah...ada kt tengah kt tepi yg seketoi pn ada...

    ReplyDelete
  33. Tak sangka Penang ada tram suatu masa dulu. Saya suka sangat ke sana sebab sejarahnya sangat banyak untuk dilihat. Nasi kandar jangan cakap la, sedap oo..hehe. Terima kasih atas info.

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...