Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2015

Spooky Dijangka Melintasi Berhampiran Bumi Malam Ini

Asteroid 'Spooky' Bakal Lintasi Berhampiran Bumi Malam ini Seperti yang telah dibaca di FalakOnline lebih awal memaklumkan mengenai asteroid yang bakal melintasi Bumi pada jarak 480,000km yang akan kelihatan pada malam ini menerusi teleskop amatur dan professional. kredit FalakOnline.net Asteroid ini dikenali dengan nama 2015 TB145 yang ditemui oleh astronomi NASA dimana asteroid ini bergerak pada kelajuan 28 kali lebih laju dari peluru iaitu 35km sesaat. Falak Online menerangkan lagi bahawa Asteroid Spooky ini sangat istimewa kerana ianya adalah asteroid paling besar menghampiri bumi iaitu saiznya 400meter. Falak Online juga menerangkan bahawa akn terdapat asteroid yang lebih besar bakal menghampiri bumi dengan saiz 800meter tetapi dijangka pada tahun 2027. Subhanallah ini sebahagian Kehebatan Kebesaran Maha Pencipta menjadikan alam ini.  Bolehkah Melihat Asteroid Spooky Dengan Mata Kasar  Untuk makluman asteroid spooky tidak dapat dilihat dengan mengg...

Awesome Food | Pulut Mangga Penang

Pulut Mangga Penang Mana nak cari pulut mangga kat Penang ni? Tiba-tiba Puan Isteri rasa nak makan. Tapi bukan mengidam cuma rasa nak makan. Sampailah jumpa ada yang menjual pulut mangga, aRz kongsikan dalam Awesome Food kali ini untuk memudahkan sesiapa yang sahaja yang mungkin mencari Pulut Mangga di Penang.  Pulut Mangga Penang Mana Nak Cari Pulut Mangga Di Penang Baik untuk kali ini aRz nak kongsi sekiranya ada yang mencari Pulut Mangga sekitar Penang. Kebetulan dah jumpa tempat yang menjual pulut mangga ni malam tu bersiap dah terus mencari sebab Puan Isteri tetiba mengidam. Tapi malangnya sampai saja di gerai , pulut mangga habis. Jadi sekiranya anda, ya...anda pembaca blog ini ingin merasai pulut mangga ini digalakkan pergi lebih awal samada tengahari atau petang. Pulut mangga ini boleh dijumpai disebuah kiosk siam di Medan Selera Tesco Extra Sungai Dua Pulau Pinang . Tesco ini berdekatan dengan USM Pulau Pinang. Sekiranya masih tak tahu cara nak ke Tesco ...

Ketahui Tarikh Lahir Dalam Tahun HIjrah

Cara Mengetahui Tahir Lahir Dalam Tahun Hijrah Cara untuk mengetahui tarikh lahir kita dalam tahun hijrah. Kebiasaannya kita hanya ingat tarikh lahir dalam tahun masihi dan mengikut tahun masihi inilah kita sering menyambut hari kelahiran. Kalau mengikut kiraan tahun Hijrah kita sebenarnya lebih tua berbanding tahun Masihi. Sempena hari kelahiran Cik Puteri dan Puan Isteri aRz cuba untuk mencari tarikh lahir Tahun Hijrah dan ada sesuatu yang menarik yang aRz temui yang aRz akan cerita bawah nanti. Periksa Tarikh Lahir Dalam Tahun Hijrah Untuk memeriksa tahun, bulan dan hari kelahiran anda dalam Kalendar Hijrah boleh mencuba di Periksa Kalendar Hijrah . Jadi seperti aRz katakan diatas, ada sesuatu yang menarik aRz temui adalah jika mengikut tahun Masihi tarikh lahir Cik Puteri adalah sehari awal dari Puan Isteri. Cik Puteri lahir pada 23 Oktober. Jika mengikut tahun Hijrah aRz lahir pada bulan Zulhijjah dan Cik Puteri pada bulan Muharram selang sebulan. Cik Puteri lahir...

I'm Back

Salam. aRz kembali selepas beberapa hari menyepi. Nak kata terlalu sibuk tak jugak cuma ambil beberapa hari ini untuk berehat. Lupakan sekejap mengenai blog. Fokus pada Puteri-puteri aRz yang baru sahaja menyambut Ulangtahun Kelahiran. Insyaallah akan ada entri menyusul menjelaskan bila hari ulantahun kelahiran dan sebagainya. Jumpa lagi terima kasih kerana masih sudi mengunjungi  Im Back ARZMOHA.COM Personal Lifestyle, Parenting & Photography Blog.

Wordless Wednesday #39 | Tempat Menarik Tiada Jerebu

Tempat Menarik Tiada Jerebu Tertarik dengan pencarian di Blog "tempat menarik tiada jerebu".  Gambar sekadar hiasan Tempat menarik tiada jerebu 

Wordless Wednesday #38 | Hadiah Misteri

Hadiah Misteri Apa yang ada dalam kotak misteri ini? Siapa yang hantar?

Wordless Wednesday #37 | Matahari & Jerebu

Foto Matahari Ketika Jerebu Di Penang Jerebu melanda lagi. Gambar terkini matahari di Pulau Pinang ketika jerebu kembali melanda. Matahari

Info Penting | Kalau Jenis Darah Anda....

Pentingnya Mengetahui Jenis Darah Yang Boleh DiTerima Dan Didermakan Perkongsian hari ini berkenaan betapa pentingnya kita perlu mengetahui jenis darah kita, darah yang boleh kita terima dan didermakan yang dikongsikan di Facebook Page  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA . Jenis darah yang boleh diterima dan didermakan Kenapa Perlu Tahu Jenis Darah dan Jenis Darah Yang Boleh Didermakan dan Diterima Adakala kita tidak sangka sesuatu yang akan berlaku di masa hadapan. Samada berlaku pada diri sendiri atau ahli keluarga kita, kawan-kawan mahupun jiran. Bukanlah memohon agar sesuatu yang buruk berlaku tetapi sebagai persediaan. Sebagai contoh pernah berlaku kepada salah seorang ahli keluarga aRz sendiri mengalami kehilangan darah yang banyak ketika melahirkan anak. Pihak hospital menggunakan darah di bank darah dan diminta menggantikan semula jenis darah yang sama. Bila dapat tahu mengenai perlu menggantikan semula darah tersebut dengan seseorang berdarah sama perlu mende...

Lahir Bayi Pada Ketinggian 30,000 Kaki Di Lautan Pasifik

Bayi Lahir Atas Pesawat Pada Ketinggian 30,000 kaki Di Lautan Pasifik Seorang bayi lahir diatas pesawat China Airlines pada ketinggian 30,000 kaki Lautan Pasifik memaksa pesawat tersebut membuat pendaratan kecemasan di Alaska. Pesawat tersebut dari Bali ke Los Angeles. Seorang doktor bernama Angelica Zen yang juga merupakan salah seorang penumpang pesawat tersebut membantu proses melahirkan bayi tersebut. Untuk berita penuh sila baca Bayi Lahir Atas Pesawat China . Bagi aRz ia sesuatu yang pastinya menyimpan sebuah kenangan buat ibu, bayi dan juga krew penerbangan pesawat tersebut. Tertanya juga bagaimana ruang tempat lahir bakal diisi? Yela dalam surat beranak Malaysia ada ruang mengisi tempat kelahiran. Tetapi mungkin juga di negara lain tiada ruangan tersebut. Apa yang pasti ia menyimpan sebuah kenangan yang terindah. **UPDATE : Bagi menjawab bolehkah ibu mengandung menaiki pesawat? Boleh baca DISINI Jumpa Lagi

Cara Hasilkan Sitelink Di Google Search

Cara Hasilkan Sitelink Di Google Search Sitelink. Baru-baru ini aRz sendiri pun terkejut setelah disapa oleh Blogger Kak Anajingga . Katanya blog aRz terdapat sitelink di google search. Sebenarnya aRz sendiri pun tidak pasti macam mana boleh terhasil. Jangan pula ada yang kata aRz sombong dan kedekut ilmu. Jadi hari ini aRz nak kongsikan tips untuk hasilkan sitelink di google search. Tapi apa itu Sitelink? Sitelink Bagaimana Hasilkan Sitelink? Untuk pengetahuan anda, aRz bukannya power tahap Super Saiya dalam tips blogging. Sekiranya anda benar-benar inginkan sitelink seperti gambar diatas boleh rujuk DISINI >> 4 Petua Untuk Blog Punyai Sitelink Beberapa tinjauan terhadap rakan blogger lain ada juga yang sudah mempunyai sitelink iaitu amysyeera.com , enyabdullah.com , selamat mencuba dan semoga berjaya. Jumpa Lagi

Segmen Bloglist Blogger Baru 1437H

Segmen Bloglist Blogger Baru 1437H Segmen Bloglist Blogger Baru 1437H. Semoga berjaya.

FUYOOO !!! GIVEAWAY BY MAMA DARWIISH

Giveaway by Mama Darwish Jom sertai giveaway yang masih berlangsung dari Mama Darwiish klik banner untuk join FUYOOO !!! GIVEAWAY  by Mama Darwiish Hadiah  : 1x Leonovo A560 + 8Gb SD Card  1x Cartoon Power Bank 8800 mAh  1x Mini MP3 1x Neesya Serum 1x Cash RM50 Tempoh : 28 Sept 2015 - 28 Okt 2015 Pengumuman Pemenang 31 Okt 2015 Syarat-syarat : 1. Blogger yang beralamat di malaysia 2. Wajib  mempunyai akaun instagram 3. Follow, Add, Like semua blog, fanpage, G+, instagram penaja 4. Copy Code yang disediakan dan paste di ruang html blog anda 5. Tag minimum 3 rakan  anda yang lain dan pastikan mereka tahu 6. Tinggalkan link penyertaan & emel di kotak komen entri ini Pemilihan pemenang : 1. Kesemua pemenang akan dipilih menggunakan random 2. Penyertaan akan terbatal jika gagal ikut syarat terutama No.2 3. Pemenang akan dihubungi melalui email Foll...

Bukan Mudah Untuk Merakamkan The President

The President Pokok Terbesar di Dunia Terletak Di U.S Pokok Gergasi Sequoia yang terletak di Sequoia National Park di Amerika Syarikat yang digelar "The President" lebih kurang 3200 tahun. Agak lama. Walaubagaimanapun pokok ini masih lagi kedua terbesar berbanding sebatang lagi pokok yang diberi nama "General Sherman". The President 32 Hari Diambil Untuk Merakamkan Pokok Gergasi The President Tidak ada sesiapapun menemui cara terbaik untuk merakam gambar pokok gergasi yang dinamakan The President sepenuhnya. Jadi teruskan membaca perkongsian menarik ini bagaimana beberapa Jurufoto dan Saintis dari National Geographic merancang untuk merakamkan gambar terbaik ini. Pokok Gergasi di Sequoia National Park Pokok Gergasi Sequoia ini memiliki ketinggian 75meter dan mempunyai isipadu 1275meter padu. d Tahukah anda pokok ini memiliki 8 meter lebar dan pokok Sequoia hanya tumbuh di satu tempat sahaja iaitu Sequoia National Park Amerika Syarikat. Cuba...

Wordless Wednesday #36 | Ujian Darah Tenang

Ujian Darah Tenang Ujian Darah Tenang

Koleksi Gambar Bas Di Penang Dulu Hingga Sekarang

Bas Di Penang Dari Dahulu Hingga Sekarang Suatu masa dahulu bas merupakan pengangkutan awam darat paling penting. Zaman dahulu tak semua orang mampu memiliki kereta sendiri. Jadi aRz bawakan semula kenangan koleksi bas dari dahulu hingga sekarang untuk tatapan semua dan untuk generasi akan datang. Koleksi Gambar Bas Di Pulau Pinang Dahulu Hingga Sekarang dan juga sedikit sebanyak sejarah bas di Pulau Pinang. Koleksi Gambar Bas Di Pulau Pinang Dahulu Sekarang Uniknya Bas Di Pulau Pinang Suatu Masa Dahulu Pengangkutan di Pulau Pinang suatu masa dahulu memang unik. Uniknya kerana sejak dahulu lagi sudah ada bas atau pengangkutan awam seperti di kota london iaitu trem dan bas elektrik serta bas dua tingkat. Kini sejarah bagaikan berputar, rata-rata kita dapat melihat semula bas dua tingkat mula memenuhi jalan-jalan raya. inilah sejarah bas di pulau pinang. Tram Car, Penang Tram Car Penang  Berdasarkan sebuah blog menceritakan sejarah Tram Car Di Pulau Pinang su...

Rahsia Murah Rezeki

Rahsia Murah Rezeki Setiap dari kita pasti mahukan dikurniakan rezeki yang banyak dan berkat. Dengan melakukan perkara yang mudah insyaallah dikurniakan rezeki yang berkat. Di antara rahsia Murah Rezeki adalah sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka. Samada ibu bapa masih hidup ataupun telah pergi bertemu Illahi. Perkara ini nampak mudah tetapi sukar untuk istiqamah. Sama-sama kita amalkan. 

Sabtu Yang Ceria | Kerja kerja kerja

Sabtu Yang Ceria | Kerja Kerja Kerja Sabtu Yang Ceria. Gambar Jambatan Kedua Pulau Pinang atau lebih dikenali sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Pulau Pinang dalam pembinaan. Kerja kerja kerja...."selagi belum tutup mata kerja...kerja...kerjaa" ini ayat yang biasa kita dengar dalam filem Labu Labi arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Buat yang bekerja pada hari ini selamat bekerja dan senyum selalu | aRzMohdHaniffa Photography | Demi Masa Depan Yang Lebih Baik Ini adalah entri lama yang diberi nafas baru. p/s: gambar atas tu adalah gambar Jambatan Kedua Pulau Pinang semasa dalam pembinaan

Nestle KitKat Green Tea.. Tak Cukup Satu

Aiskrim Nestle KitKat Green Tea Nestle KitKat Green Tea . Kalau sebelum ini arzmoha.com  ada kongsikan mengenai  KitKat Green Tea . Tetapi hari ini nak cerita sikit mengenai Green Tea juga. Cumanya Aiskrim KitKat Green Tea. Kenapa tiba-tiba saja cerita pasal aiskrim KitKat Green Tea? Aiskrim KitKat Green Tea Sesaja nak cerita pasal aiskrim kitkat green tea ni sebab semalam baru dapat rasa. Lagipun esok kan hari sabtu. Jangan lupa beli dan rasa sendiri sambil layan movie atau sambil jalan-jalan diluar. Bagi penggemar green tea wajib dapatkan memang sedap. Tak rugilah orang kata. Aiskrim KitKat Green Tea Harga Aiskrim KitKat Green Tea Harga Aiskrim KitKat Green Tea.....ermmmm harganya...aRz tak tahu..sebab Puan Isteri yang belanja. Katanya pengubat kepenatan memandu datang dan balik kerja. Ok Serius tak tahu pasal harga aiskrim ini. Yang Pasti memang sedap...Satu tak cukup...Selamat Mencuba.... Jumpa Lagi

Kata-kata Indah | Sahabat Ibarat Bintang

Kata-kata Indah | Sahabat Ibarat Bintang Kata-kata Indah. Sahabat Ibarat Bintang, Dia tidak selalu terlihat, Tetapi dia selalu ada untukmu . Inilah sahabat sejati. Walaupun tidak ada ketika mengharungi hari-hari berlalu tetapi sentiada ada ketika susah dan senang. Paling mudah untuk melihat siapa sahabat anda, lihat ketika waktu kesusahan anda. Bintang kredit to davemorrowphotography "Sahabat Ibarat Bintang, Dia tidak selalu terlihat, Tetapi dia selalu ada untukmu" kreditkan ayat ini kepada SalamMuslim  

Wordless Wednesday #35 | Nasi Kandar Paling Maju

Nasi Kandar Paling Maju Nasi kandar paling maju di Pulau Pinang  Nasi Kandar  Nasi Kandar 

Teman Baik September 2015

Teman Baik September 2015  Teman baik yang sentiasa singgah di Blog arzmoha.com  pada bulan lepas. Terima kasih jasa baik anda tetap aRz hargai. Komen-komen yang ditinggalkan memberikan semangat dan inspirasi untuk terus berblogging. Terima kasih sekali lagi.   Teman baik September 2015