Skip to main content

Ragam Anak-Anak Yang Mencuit Hati

Ragam Anak-Anak Bila Semakin Membesar

Ragam anak-anakbila semakin membesar. Adakala mencuit hati, adakala mendatangkan geram, adakala membawa kepada marah tetapi tetap menjadi suatu yang mencuit hati bila terkenang semula. Ia menjadi sebuah kenangan buat semua ibubapa. Perlukah marah anak bila mereka meragam? Patutkah dirungutkan? Jom aRz kongsikan.

cik puteri, ragam anak-anak, ragam anak-anak depan kamera, kids selfie,
Cik Puteri ragam depan kamera

Ragam Anak Yang Mencuit Hati

Setiap anak-anak pasti ada ragam yang tersendiri. Mungkin sesuatu yang menyentuh hati, mungkin juga boleh buat geram di hati, mungkin juga boleh mendatangkan marah tetapi lama-kelamaan atau paling tidak pun bila anak dah tidur bila terkenang kembali ianya mencuit hati. Itu perkara biasa dan orang dulu-dulu selalu kata 

"sok hang ada anak hang tau la"

Apa yang aRz ingin kongsikan kali ini adalah ragam Cik Puteri. Bila dia tidur mula terfikir nak kongsikan disini. Sebelum tu ada juga bertanyakan pendapat pada rakan blogger lain yang lebih makan garam antaranya pemilik blog Anajingga.com. Katanya lebih kurang begini.

"masa kecil memang macam-macam ragam, hadapi saja jangan berungut, nanti bila dah besar akan terkenang kenangan dimasa mereka kecil"

Sebenarnya banyak ragam Cik Puteri tetapi aRz kongsikan sikit saja. Yang lain nak orang lain pula yang kongsikan di bahagian komen nanti. Nak tahu apa ragam Cik Puteri sekarang?

1. Ragam Anak Ketika Hendak Mandi 

Ragam anak ketika mandi rasanya semua akan hadapi walaupun diwaktu masih lagi bayi. Apalagi bila dah besar. Ada suka mandi, ada yang menangis ketika mandi dan ada juga yang menangis bila dibawa keluar dari bilik air sebab suka main air. 

Cik Puteri pula semasa bayi diam saja bila mandi, seakan suka mandi...bila mula mandikan dengan air sejuk lagi suka mandi. Bila kena air suam menangis pula. CUma bila dah semakin membesar ni hampir memasuki umur 3 tahun ada ragam lain pula.

Tak mahu mandi. Cik Puteri ada waktu dan ketika susah untuk mandi contohnya jika sedang menonton televisyen, sedang bermain dengan gadjet atau sedang bermain mainan kesukaan. Kalau angkat pasti menangis, jadi kalau kita memaksa dia akan menangis. Pening juga bila tiba waktu mandi.

Tetiba terfikir, kenapa kalau dalam english movie kebiasaan kita tengok anak-anak mat saleh biasa mandi mensti ada mainan seperti itik dan sebagainya. Jadi aRz gunakan cara yang sama bawa sekali mainan dia ke tempat mandi. Hasilnya memang mudah untuk mandikan tanpa menangis. Tetapi janganlah terlalu lama pandai-pandai pujuk untuk habiskan waktu mandi.

Ada waktunya pula terlebih suka mandi. aRz ambil wudhuk pun dia nak mandi. tapi kena pandai-pandai pujuk la yerrr...

2. Ragam Ketika Hendak Tidur

Waktu bayi rasanya tak banyak ragam sangat. Memang mudah ja Cik Puteri tidur siang atau malam. CUma selepas sel-sel otak berhubung atau bila semakin membesar ini macam-macam ragam kalau tak mahu tidur.

Pernah satu hari aRz ajak tidur petang, ambil bear kesayangan dia tidur sekali dan cakap "cuba tengok ni...bear pun tidur". Pujuk punya pujuk akhirnya abah yang terlelap. Cuma bagusnya Cik Puteri dia tak akan main jauh dari abah. Tak akan masuk ke tandas kalau tak di ajak atau disuruh. Dia akan berada sekitar kawasan aRz ada saja.

Bila terjaga tengok dia masih belum tidur seronok layan cerita "robocar poli" di astro ceria. Sebaliknya yang tidur seperti gambar dibawah. Ambil gambar dan kongsikan pada mama dia. Rupanya CIk Puteri kalau waktu aRz tak ada dia akan tidur di waktu petang. Dengan syarat tutup langsir supaya suasana gelap, tutup televisyen, telefon dan sebagainya baru dia akan tidur.

ragam anak-anak, bear, toy sleeping, bila anak tak mahu tidur, creative kids, anak kreatif,
Kawan-kawan Cik Puteri sedang tidur

3. Ragam Ketika Hendak Pakai Baju

Semakin besar semakin mencabar untuk pakaikan baju. Berlari kesana kesini dahulu. Adakala nak cepat pun tak jadi cepat. Ehh tapi macam mana aRz tau susah nak bagi pakai baju anak ni?? Aippp Abah Mithali mestilah bagi pakai baju anak :p

Kena umpan dengan sesuatu barulah Cik Puteri beri kerjasama. Adakala marah juga tapi tak jalan jadi kena cari cara lain untuk anak beri kerjasama. Antaranya kena pujuk elok-elok dengan bagi mainan atau sebagainya. Bila waktu yang agak tegang pula macam tengah bersiap nak keluar jalan, bagitau siapa tak pakai baju kena tinggal. Cepat ja beri kerjasama. 

Pemilihan baju yang betul juga memudahkan anak-anak ini beri kerjasama. Sebagai contoh bila anak sukakan animasi Puteri, Frozen, atau Upin-Ipin serta sebagainya carilah baju seperti ini kerana ia satu daya penarik yang memudahkan anak-anak pakai baju dengan senang.

Anak Penyeri Rumahtangga

Anak-anak ini memang betul penyeri sesebuah rumahtangga. Tatkala kita balik rumah dengan mood yang tidak elok pandang saja wajah anak terus hilang marah. Tengok pula ragamnya bila kita balik rumah disambut depan tangga sambil berkata

"hai Abahhh...Sayang Abahhh"

Perghhh memang tersentuh hati. Perkataan Abah itu sendiri yang keluar dari mulut anak adalah sesuatu yang amat mengujakan. Jadi benarlah tatkala anak banyak ragam ketika dalam proses pembesaran dimana banyak pertanyaan, banyak bercakap, banyak bermain...layankan saja...Sebab masa akan terus berjalan dan yang tinggal hanya kenangan. Jangan lupa ambil gambar anak diwaktu kecil sebanyaknya agar menjadi kenangan di masa hadapan....

Jumpa Lagi.

Comments

  1. Betul tu.. bila anak membesar perangai lain pulak keluar..
    Macam dak Kakak.. dia mula menampakkan sisi anak daranya.. dak Adik walau dah besar tapi nak kita mandikan.. dak Nuha perasan dialah yang paling kecik dalam rumah.. ekekeke..

    ReplyDelete
  2. setuju dengan arz... ragam anak2 ni lucu tengok telatah diorang..kadang geram rasa nak sumbat balik dalam perut..hehehe

    ReplyDelete
  3. Setuju tu..walaupun CP masih bujang tetapi 2 orang anak sedara membesar di rumah CP..memang seronok layan karenah mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaupun depa mengamuk still rasa cute ja...letih juga layan budak-budak ni

      Delete
    2. CP seorang pak lang yang best kan :)

      Delete
  4. best sebenarnya bila dapat tengok gelagat kanak-kanak yang sedang membesar ni

    ReplyDelete
  5. seronoknya lahai...bilalah nak merasa semua ni *nangis belakang pintu*

    hehe, takdelah.memang faham semua ni sebab anak sedara ramai. Tapi bila diorang takde, rindu sesangat.Kerenah diorang tu la yang sanpai bebila kita sebut-sebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai salbiah M insyaallah akan akan rezeki jua nanti,,,,

      ragam anak sedara pun sangat mencuit hati, aRz sebelum kawin memang rapat dengan anak buah...rapat sangat sampai anak buah takmau balik rumah bila dijemput....hehe

      Delete
    2. sal in shaa allah... merasa nanti tu :)

      Delete
  6. SETUJU ngan Arz..Alahai anak anak ni kan tang mandi tu laaa banyak ragamnya ..Macam macam peel perangai diaorang hehehe..Tapi kalau anak anak takde kan rasa bosan dan sunyi sepi la rumah kan Arz

    ReplyDelete
  7. Walaupun xde anak lg ekin jaga ank saudara yg 5 tahun ada ragam gak lebih kurang kat ats tu

    ReplyDelete
  8. hihihi comel je ck puteri.... yg toys susun tu pun comel ja.. kak eny pun ada baca kaanak kanak develop perkembangan otak semasa mandi, tidur, makan.. jadi mmg kena beri perhatian lebih pada waktu tu..

    ReplyDelete
  9. ragam anak mmg macam2...ibubapa mmg kena byk bersabar kn..dan bijak memikat hati anak2..

    ReplyDelete
  10. hee.. part malas mandi tu mesti ikut perangai abah dia kan.. haha

    bijaknya dia.. siap susun menan suruh tido.. yang dia, kemas rumah.. heeee

    ReplyDelete
  11. keletah anak2 ni la yg penyeri sesebuah hubungan suami isteri

    ReplyDelete
  12. wah ada kredit untuk kak ana..tq so much..alahai cik puteri yang comel...beratur kawan-kawan nak tidoq ye..cik puteri tak tido abah yang lelap... she's so adorable princess aRz..:)

    ReplyDelete
  13. setiap anak ada ragam yang tersendiri.. huhuhu dah merasa laa dua orang hero yang ada tuh.. yang paling banyak akai yang kecik tuh.. memang mencabar laa dengan perangai dia yang macam2.. jenis tak makan saman..

    ReplyDelete
  14. Assalam arz,
    haaaaaaaaaaa
    peberet dialog boboboy akak sekarang ni :
    "Alaaaaaa, abang rindu ayah la pulak"
    Sekian :P

    ReplyDelete
  15. kadang2 kan kalu sy geram dgn ank sedara, sy ckp: "eee pegi msk balik perut mummy. jd baby semula!" ;-)

    ReplyDelete
  16. amboi Cik Puteri pandai posing eh depan cam.. ehehe anak dara sorang tu =D

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...