Photography | Refleksi ( reflection )
Refleksi atau di dalam english dipanggil reflection. Refleksi antara salah satu teknik dalam fotografi untuk menghasilkan gambar cantik. Untuk menghasilkan gambar cantik tidak semestinya dengan menggunakan kamera mahal. Apa yang paling penting adalah ilmu dan usaha yang berterusan.
aRzMoHa | Taman Tasik Taiping, Perak |
Refleksi terhasil dari bayangan yang dipantulkan dari cermin atau air dan sebagainya. Tetapi tidak semua keadaan kita mampu hasilkan refleksi. Ia bergantung pada keadaan dan waktu. Sebenarnya banyak lagi contoh yang boleh di lihat jika kita membuat carian di google. Cuma hari ini aRz nak kongsi sikit mengenai refleksi yang pernah aRz hasilkan.
Semua orang mampu menghasilkan teknik ini. Anda hanya perlu mencari tempat seperti kolam, bangunan tinggi yang mempunyai cermin, lopak air dan sebagainya.
Ambil Gambar Secara Kreatif
Untuk membezakan gambar anda dengan gambar orang lain adalah kreatif. Masukkan sedikit elemen kreatif ia pastinya mampu menghasilkan gambar yang lebih cantik. Seperti gambar diatas, aRz terbalikkan gambar sebenar ke bawah, dan bayang di sebelah bawah untuk menghasilkan refleksi yang lebih menarik.
aRzMoHa | Taman Tasik Taiping |
aRzMoHa | Reflection |
Mungkin juga boleh menjadikan kacamata rakan anda sebagai alat untuk menghasilkan refleksi. Walaubagaimanapun teknik ini memerlukan "try and error" banyakkan mencuba.
Jangan merasa cepat putus asa sekiranya gambar yang diambil tidak berhasil dengan baik. Sebaliknya anda juga boleh melihat hasil dari jurufoto yang lain atau rakan yang meminati bidang ini dan jadikan sebagai satu idea untuk lebih kreatif.
Jika ingin menjadikan gambar yang lebih menarik anda menambah sedikit sentuhan "editing" untuk menaikkan warna gambar agar kelihatan lebih menarik. Kebiasaan jurufoto atau peminat fotofrafi menggunakan perisian Photoshop dan Lightroom.
Selamat mencuba.
Gambar pertama tu memang sangat cantik. Subhaanallah..
ReplyDeletepenuh berseni dan kreatif
ReplyDeleteNice job aRz!
ReplyDeletemmg cun kan.. kena ambik pic dri kekretiviti tsendiri
ReplyDeletewah cantiknya aRz ambil gambar-gambar tuu..teruskanlah minat dalam fotografi ni.
ReplyDeletewow tudiaa tudia.. tips mengambil gambar =)
ReplyDeleteSangat lawa, keindahan semulajadi bahasa alam yang cukup luar biasa..tahnia ya
ReplyDeleteBaru perasan gambar first tu diterbalikkan. Cantik sangat
ReplyDeletePerlu kreatif dan banyak berlatih
ReplyDeletecantik reflection kat atas cermin mata tu.. warna yg terhasil buat dya lg menarik..:D
ReplyDelete