Skip to main content

Menang Hadiah Hanya Dengan Satu Tweet

Menang Kata Tak Terkata di Twitter

Menang hadiah dari P&G hanya dengan satu tweet. Sebenarnya aRz terbaca tweet dari P&G yang mana diminta buat ucapan. Ucapan yang terpilih akan dijadikan video dimana ucapan tersebut ditulis semula. Jika ingin melihat video tersebut bolehlah ke twitter aRz .( pssttt jangan lupa follow ). Jadi tanpa lengahkan masa aRz buat ucapan dan tweet pada P&G seperti gambar dibawah.
kataktakterkata, ucapan hari raya, P&G,
aRzMoHa | Ucapan Hari Raya

Niat awal hanya sekadar nak tambahkan follower, jika tweet tersebut terpilih mungkin dapat menambahkan bilangan follower aRz di tweet. Tidak harap pun terpilih untuk dibuat video. aRz pun tak aktif sangat di twitter hanya sekadar medan perkongsian dari instagram. Siapa sangka P&G tweet semula bersama video tersebut.

ucapan yang baik-baik, ucapan hari raya, p&g
Screenshot Video Ucapan dari P&G

Ucaplah Perkataan Yang Baik-Baik

Alhamdulillah niat kedua semoga ucapan tersebut merupakan ucapan yang baik-baik secara tidak langsung menjadi satu dakwah. Dengan ucapan tersebut , dapat menyedarkan anak-anak yang dah lama tak mengunjung atau menziarahi kedua ibubapanya. Sebabnya dimasa meraka hiduplah kita dapat berbakti. Janganlah kesibukan dunia ini melalaikan kita dari melaksanakan tanggungjawab kepada kedua ibubapa. Tidak kurang juga ada yang mengejar kekayaan dunia, lupa untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang anak.

Lupakah kita ibubapa kita bersusah payah mencari wang ringgit untuk membeli keperluan anak-anak, baju raya, sediakan tempat tidur dan sebagainya. Tetapi bila kita semakin besar punya rumah sendiri, rumah kewangan sendiri, kita lupa pada Insan yang bersusah payah untuk kita. Itulah niat ketika aRz membuat ucapan tersebut.

Rezeki Yang Tidak Disangka

Selepas dari tweet video P&G, aRz ingat dah habis. aRz pun jarang luang masa membaca tiwitter. Kebetulan notification twitter masuk, memang terkejut bila ERA FM follow tweet diikuti mesej seperti dibawah.

Era FM, twitter, hadiah, menang hadiah #katatakterkata,
aRzMoHa | Tweet dari Era FM

Memang rezeki yang tidak disangka-sangka. Selepas beberapa hari terima panggilan untuk mengambil hadiah di Astro Bukit Jalil. Nasib baik kakak aRz ada urusan di kawsan berdekatan. Minta kakak tolong ambilkan. Alhamdulillah dapat hadiah Shampoo Pantene dan Balang Kuih Raya. Terima kasih P&G #katatakterkata dan Era FM.

hadiah dari P&G, Menang #katatakterkata, Shampoo Pantene, balang kuih raya,
aRzMoHa | Hadiah dari P&G
Jumpa Lagi.

Comments

  1. Wah,,tahniah Bro Arz...rezeki tu...hehehe :)

    ReplyDelete
  2. tahniah...rezeki datang dalam berbagai cara..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah rezeki dtg bergolek

    ReplyDelete
  4. wahhhhh bestnya
    tahniahhhh

    ReplyDelete
  5. tahniah Arz...done follow twitter

    ReplyDelete
  6. tahniah2

    jom join GA ni...rm200 menanti anda!!!

    http://nasuha-itsmyessay.blogspot.my/2015/09/giveaway-rm200-by-mkhaicom-2015.html

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah tanpa disangka.. tahniah abg long..

    ReplyDelete
  8. ada twitter.. tapi, hidup segan, mati tak mahu.. hahaha..

    anyway, tahniahhh!

    ReplyDelete
  9. tahniah yg terlewat... good job... great effort!

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

TSHIRT DAN KEYCHAIN MIKASA ACKERMAN | ATTACK ON TITAN

T Shirt dan Keychain Mikasa Ackerman | Attack On Titan Attack on Titan yang mana harini boleh ditonton di saluran Netflix tetapi bagaimanapun sudah sampai ke Season 4. Sedang menjadi tontonan remaja harini. Apa yang saya suka mengenai anime secara keseluruhan iaitu semangat juang yang tinggi. Tontonlah mana-mana anime atau komik sekalipun. Bila Cik Puteri dah semakin membesar mana lagi ditonton Umar dan Hana, Didi and Friends melainkan siri movie seperti Upin Ipin ataupun Frozen. Sekarang Cik Puteri pun mengikuti Attack on Titan jadinya Abah pun terpaksa tonton sekali walaupun kadang terlelap tanpa sedar. Review Tshirt Mikasa Ackerman | Attack On Titan Series Abah boleh tak belikan tshirt "Mikasa Ackerman" ? Siapa pula Mikasa ni, lepas tonton beberapa episod owh baru faham. Jadinya Tshirt ni nak mudah cari di shopee. Bukan senang, cari punya cari, hari demi hari, jumpa penjual dari Indonesia. Apa yang perlu kita faham, bila membeli dengan penjual dari luar negara adalah masa ...