Skip to main content

Lombong Cantik Guar Petai Berhantu???

Lombong Cantik Guar Petai Tasik Gelugor Berhantu

Lombong cantik di guar petai yang mempunyai air berwarna biru dan kehijauan. Permandangannya sangat cantik. Lombong ini sebenarnya berada di dalam kawasan Tasek Gelugor Pulau Pinang. Setelah lombong ini menjadi viral di Facebook tiba-tiba keluar cerita mengenai seorang wanita yang mengambil gambar bersama lembaga. Benarkah lombong ini berpenunggu? Benarkah kewujudannya? Jom teruskan membaca...

lombong cantik guar petai berhantu, lembaga guar petai, lombong cantik guar petai pulau pinang, cara ke lombong guar petai,
aRzMoHa | Penunggu Di Lombong Guar Petai
Sebelum aRz meneruskan cerita mengenai penunggu di lombong guar petai yang dikongsi di media sosial ketika lombong ini diviralkan. Sebenarnya aRz telah pun ke sini pada March 2015. Mungkin yang mengikuti blog aRz telah pun membacanya. Terima kasih juga buat mereka yang berkongsi gambar dari blog aRz tanpa membuang "watermark". Gambar yang baik aRz benarkan dikongsi. Silakan...

Ceritanya begini, awal pagi 1 September anak sedara aRz mesej katanya ada yang kongsikan gambar paksu di twitter sambil screenshot. Kemudian diikuti rakan-rakan lain maklumkan dikongsikan di laman Facebook. Jadi aRz kata kongsikanlah entri lokasi lombong di guar petai ini. Mudah-mudahan mereka dapat menjumpai dan dapat merakamkan gambar buat kenangan. Mana kita mampu jangka apa akan jadi pada tempat ini di masa depan kelak, mungkin kering, mungkin ditutup.

Berpenunggu??

Selepas dikongsikan entri ini ada rakannya pula yang kongsikan gambar yang dirakam bersama lembaga ( seperti gambar diatas). Terus dia tanya aRz mengenai perkara itu. Jawapan aRz???

lombong cantik pulau pinang, lombong guar petai, lokasi lombong cantik pulau pinang,
aRzMoHa | Rasa Macam atas Kapal Titanic

Benarkah Lombong Guar Petai Berpenunggu?

Lombong Guar Petai berpenunggu? Kamera apa yang digunakan sehingga mampu merakam gambar lembaga tersebut? Baik...ketika aRz berkunjung ke tempat ini kami membawa 3 kamera DSLR, 1 SJcam, 2 smartphone dan 1 Blackberry. Tetapi satu pun tidak berjaya merakam gambar lembaga tersebut.

lombong guar petai pulau pinang, lombong guar petai berhantu, lokasi lombong cantik guar petai, tempat cantik pulau pinang,
aRzMoHa | Di Lombong Cantik Guar Petai

Bukanlah diri yang kerdil ini ingin bercakap besar... Tidak.. tetapi kita kena yakin bahawa perkara ghaib itu wujud, tetapi tidak semua orang akan nampak. Mungkin sepanjang hidup tidak akan nampak. Ada orang Allah lebihkan dia untuk nampak. Tapi tak pasti ada orang mampu merakamkan perkara ghaib ini. Lagipun didalam gambar tersebut tak boleh jelaskan dimana dia berada. Benarkah dia berada di lombong tersebut?

Jika anda benar-benar ingin ke tempat ini ikuti langkah-langkah yang aRz akan kongsikan ini. Insyaallah selamat.

lombong guar petai, tempat menarik guar petai,
aRzMoHa | Pokok ini saja tempat untuk berteduh

Langkah-langkah keselamatan jika ingin ke lombong Guar Petai

1. Jangan ke sana seorang diri. Pergilah secara berkumpulan. Sebaiknya menaiki kereta. Terutama perempuan kerana jauh dari kawasan penduduk kampung. Mungkin jika berlaku sesuatu tiada siapa mampu mendengar suara anda.

2. Perbetulkan niat, jangan bercakap besar, bacalah Ayatul Qursi ( dan doa lain jika tahu) memohon perlindungan kepada Allah bukan sahaja daripada gangguan syaitan tetapi perkara lain yang tidak diingini.

3. Pergilah pada awal waktu pagi, sebab kawasan memang panas litlit kalau dah tengahari apalagi kalau jam 2 3 petang. Elakkan pada waktu yang hampir maghrib atau senja.

4. Selamatkah mandi di lombong ini? aRz tak pasti dan tak galakkan. Kalau boleh elakkan sebab kita sendiri tak tahu apa yang ada di dalam air tersebut.

4.  Jangan lupa bawa air, dan jangan lupa kongsi artikel ini pada rakan-rakan anda.

Pergilah dengan cara yang baik, jangan terlalu seronok atau terjerit-jerit. Sama juga seperti masuk ke hutan. Bercerita tentang gangguan dimana-mana sahaja boleh ada gangguan. Dalam tandas pun ada syaitan. Kenapa kita tak cerita .."bahayanya dalam tandas pun ada penunggu"....Janganlah takut pada makhluk Allah melebihi takut kepada Allah SWT.

Setakat ini dahulu perkongsian semoga anda bertemu lombong ini yang tiada sebarang penunjuk arah atau "signboard". Jangan lupa baca dua entry mengenai lombong cantik di guar petai, tasik gelugor, Pulau Pinang.


Jumpa Lagi.

Comments

  1. Assalam arz,
    kalo ada anak2 kecil, pergi mana2 pun kena hati gitew

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat macam ini saya jarang bawa anak-anak. lagipun bahaya..

      Delete
  2. menakutkan tengok gambar lembaga tuuu

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. kalau nampak di gambar saja ok lagi berbanding nampak real kan?

      Delete
  4. dia pun makhluk ALLAH...jangan takut,,,jgn pulak takbur,,..

    ReplyDelete
  5. a'ah tempat ni ada baca di fb. macam ramai je tak tau tempat ni. tapi seriously memang cantik

    ReplyDelete
  6. Yang penting bila berkunjung jangan celupar mulut tu..

    ReplyDelete
  7. Lagi ada hantu, lagi ramai pelawat.


    Yang Benar,
    Nota Purba

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi blog NOTA PURBA lebih seram dari entri ini....

      Delete
  8. setiap tempat ada sebenarnya.. jd jaga adab dan masa

    ReplyDelete
  9. haippp, jangan mandi kat lombong

    ReplyDelete
  10. makhluk tu selalunya pilih org klu dia nak timbulkan diri ...

    ReplyDelete
  11. tetiba rasa seram tapi kn tempat ni cantik laa abg arz..

    ReplyDelete
  12. dekat sangat dengan rumah sy tasik ni. tapi tak pernah jejak kaki lg. :)

    ReplyDelete
  13. tempat2 mcm ni mmg ada punya..Allahualam
    tp kenalah hati2 mcm yg arz ckp tu..

    ReplyDelete
  14. bersederhanalah dalam setiap tindakan kita, benar penghuni bumi Allah ni bukan kita sahaja.. :)

    ReplyDelete
  15. Tak berani nak tengok gambar tu lama-lama tapi pic yang arz amik memang cantik

    ReplyDelete
  16. tips berguna..pergi mana-mana tempat kita tak biasa pun kena amalkan

    ReplyDelete
  17. Makhluk Allah juga tu..kita berkongsi tempat..

    ReplyDelete
  18. seram plak tengok gambar ada lembaga tuh.. itulah kalau pergi tempat sebegini mulut dan tingkah laku kena jaga.. takut jadi yang tak sepatutnya..

    ReplyDelete
  19. benda tu kat mana2 pun ada.. tapi elok la jgn p sorang..
    lagi2 kalo perempuan.. x pi terus pun xpa haih.. hahaha..

    ReplyDelete
  20. Terkejut tgk gmbr yg perempuan tu heehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...