Skip to main content

Gambar Menarik di The Carnivall Waterpark Sungai Petani

The Carnivall Waterpark Sungai Petani

Di Malaysia terdapat banyak Taman Tema air (Water Theme Park). Antaranya The Carnivall Waterpark, Bukit Merah Waterpark, Sunway Lagoon, The Lost World of Tambun, Gambang dan banyak lagi...Sempena cuti sekolah bakal tiba nak kongsikan kepada semua sedikit sebanyak gambar menarik ketika mengunjungi The Carnivall Waterpark Sungai Petani. Walaupun taman tema ini agak kecil saiznya berbanding taman tema lain tetapi tetap memberi keriangan. Paling tidak boleh membawa anak-anak ke sini semasa cuti sekolah bakal tiba. Jom tengok gambar menarik di The Carnivall Sungai Petani Kedah.

the Carnivall sungai petani, tempat menarik cuti sekolah, taman tema air kedah, taman tema dengan gambar menarik, gambar menarik di taman tema air, tempat best bercuti,
aRzMoHa | Gambar keseluruhan taman tema 

gambar menarik taman tema the carnivall sungai petani kedah, gambar menarik the carnivall, percutian best di the carnivall,
aRzMoHa | The Carnivall Sungai Petani - Mainan Paling Mencabar

aRzMoHa | Bergambar dahulu

aRzMoHa | Anak sedara paling berani
aRzMoHa | Are You Ready??

aRzMoHa | Di Puncak terasa terhenti sesaat

aRz juga tidak lepaskan peluang untuk mencuba sendiri melawan gayat secara solo. Dalam hati kata gayat gayat gayat....tapi bro lifeguard kata :


 " Ala bang tak rasa apa lah, sorang-sorang lagi seronok"
Dalam hati bila dah turun

"Banyak punya seronok...lagi gayat ada laaaa....(memandangkan kamera dah standby kat bawah buat buat senyum konon rileks la)"  

Gambar menarik di The Carnivall Waterpark Sungai Petani Kedah

Gambar menarik ketika mengunjungi suatu ketika dahulu. Tetapi rasanya sekarang lebih menarik sebab ketika aRz berkunjung ke sini kerja-kerja menaiktaraf sedang dijalankan.


aRzMoHa | kontrol kemachoan
aRzMoHa | Memang gayat beb...
taman tema air, taman tema air sungai petani, waterpark sungai petani, kedah, taman tema di kedah, taman tema menarik di malaysia,
aRzMoHa | Terbabas tetapi selamat
aRzMoHa | Biar gambar ceritakan segalanya

aRzMoHa | Luncur lagi

Pantai Tiruan The Carnivall Sungai Petani

Di The Carnivall Sungai Petani juga terdapat pantai tiruan walaupun tidak secantik di The Lost World of Tambun.....

aRzMoHa | Pantai tiruan...

Ruang Khas Untuk Kanak-Kanak di Taman Tema The Carnivall


Bagi yang tidak berminat untuk mencuba meluncur di permainan yang mencabar boleh lepak atau berenang disini. Boleh juga kalau nak berjemur disini. Tempat ini juga sesuai buat mereka yang tidak sanggup mencabar diri melawan rasa takut... :p

tempat khas kanak-kanak di the carnivall sungai petani, tempat percutian di malaysia, tempat best di malaysia, tempat menarik bercuti sempena cuti sekolah,
aRzMoHa | Tempat khas buat kanak-kanak
Tidak lupa gambar Cik Puteri diselitkan....Sebab ada yang kata singgah ke blog ini nak tengok gambar Cik Puteri ja.... :P

aRzMoHa | Sebelum Mandi

aRzMoHa | Cik Puteri tenang

aRzMoHa | Cik Puteri dan Maklong
aRzMoHa | Dah mula takut air

Ini pula permainan luncur tanpa tube getah.....Luncur guna badan....pastikan baju yang sesuai dipakai kalau tak memang tak turun hehe....

aRzMoHa | Anak rileks ja...

aRzMoHa | Rileks ja main ni...

Add caption

Adakalanya aRz kena terima hakikat, inilah nasib bagi mereka yang berminat dengan mengambil gambar..
Adakalanya gambar sendiri menjadi...adakalanya hanya nampak kaki....adakala selepas moment yang kita harapkan....

aRzMoHa | Gambar kaki jela....

aRzMoHa | Dah jatuh baru ada gambar....

Rakam Gambar Ketika Bercuti

Disini ada sedikit tips jika pergi bercuti.. jangan lupa membawa kamera tidak kira apa jenis kamera pon, yang penting dapat rakamkan untuk jadikan kenangan. Sebab manusia ni jenis mudah lupa...

Antara kamera yang menarik untuk dibawa adalah :

1. Kamera DSLR - Sekiranya ada lensa yang mampu zoom lebih jauh lebih baik
2. Go Pro - kamera jenis kalis air atau sewaktu dengannya seperti Yi Cam, Sj Cam dan sebagainya
3. Smartphone - Paling tidak pun bawalah smartphone anda....

Bawalah anak-anak bercuti dan isi masa sebaiknya....mungkin pada hari biasa masing-masing sudah sibuk jadi waktu ini untuk merapatkan kembali hubungan ibubapa dan anak-anak serta sanak saudara.

Jumpa Lagi

Comments

  1. kalau ke utara boleh singgah ni

    ReplyDelete
  2. kalau ke utara boleh singgah ni

    ReplyDelete
  3. selalu g SP tp x penah sggh sini lg

    ReplyDelete
  4. Aduhhh ni lagi best ni! Kalau dapat kat mak budak memang syok ni! haha. Mujuq jauh kat Sg. petani, kalau tak dah masuk dah ni hehe :D

    ReplyDelete
  5. the Carnival tu baru sekali ja akak p..

    ReplyDelete
  6. tak pernah p..nak kena p la cuti sekolah ni..

    ReplyDelete
  7. Jom geng #bloggerutara kita gather2 kat sini

    ReplyDelete
  8. carnivall nie mmg best tempat pun elok..dah banyak kali pergi paling gayatt first pic tu...naik sekali je terus tak nak naik dah hahaha mcm nk tercabut jantung ^_^

    ReplyDelete
  9. masa study kat uitm merbok dlu pnah teringin nak masuk stu, tp xtau knp x jd..rasanya dah smpai dpn gate theme park tu pastu tak masuk n melencong ke tmpt lain..hehe

    ReplyDelete
  10. woi!! seronoknya terasa nak mandi..hehee

    ReplyDelete
  11. tak sabar nak terjah sini masa family day opis.. In shaa Allah nanti Eyda plak share gambar kat sana yag terbaru dan terkini..

    ReplyDelete
  12. amboi abg long.. sakan haih.. siap posing lagi..
    dulu pegi carnival ni time skolah.. mana ada tube2 tu semua..
    skarang maju da..

    ReplyDelete
  13. seronoknyaaa.. husna yg dekat ni tak sampai lg.. huhuuh..

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

TSHIRT DAN KEYCHAIN MIKASA ACKERMAN | ATTACK ON TITAN

T Shirt dan Keychain Mikasa Ackerman | Attack On Titan Attack on Titan yang mana harini boleh ditonton di saluran Netflix tetapi bagaimanapun sudah sampai ke Season 4. Sedang menjadi tontonan remaja harini. Apa yang saya suka mengenai anime secara keseluruhan iaitu semangat juang yang tinggi. Tontonlah mana-mana anime atau komik sekalipun. Bila Cik Puteri dah semakin membesar mana lagi ditonton Umar dan Hana, Didi and Friends melainkan siri movie seperti Upin Ipin ataupun Frozen. Sekarang Cik Puteri pun mengikuti Attack on Titan jadinya Abah pun terpaksa tonton sekali walaupun kadang terlelap tanpa sedar. Review Tshirt Mikasa Ackerman | Attack On Titan Series Abah boleh tak belikan tshirt "Mikasa Ackerman" ? Siapa pula Mikasa ni, lepas tonton beberapa episod owh baru faham. Jadinya Tshirt ni nak mudah cari di shopee. Bukan senang, cari punya cari, hari demi hari, jumpa penjual dari Indonesia. Apa yang perlu kita faham, bila membeli dengan penjual dari luar negara adalah masa ...