Ghost Museum Penang Tempat Menarik Di Penang Pulau Pinang hari ini terdapat banyak muzium yang menarik dan pelik untuk dikunjungi. Kalau dahulu biasanya orang luar lebih tertarik dengan nasi kandar dan juga destinasi pelancongan seperti Bukit Bendera tetapi kini lebih kepada tempat-tempat menarik seperti Museum 3D, Ghost Museum Penang, Street Art, dan macam-macam lagi. Kali ini aRz ingin bawakan pada anda pengalaman bersama Blogger Utara menyingkap rahsia Ghost Museum Penang. Teruskan membaca untuk mengetahui apa yang menarik di Ghost Museum Penang. Ghost Museum Penang Ghost Museum Penang Ghost Museum Penang bertempat di 57, Lebuh Melayu, Georgetown, Penang (atau boleh melihat di dalam peta dibawah. Sekiranya anda menaiki kenderaan sendiri terdapat tempat meletak kenderaan berkupon sepanjang Lebuh Melayu ini. Walaubagaimanapun parking berkupon di kawasan ini adalah percuma pada Hari Ahad dan Hari Kelepasan Am serta percuma selepas jam 1 petang hari Sabtu. ...
Kisah Semasa, Travel, & Review