Skip to main content

Telur Untuk Abang

Telur Untuk Abang

Telur untuk abang. Awas ini sebuah perkongsian yang agak seram. Awal-awal lagi nak beritahu sebab takut ada pembaca yang tidak boleh baca kisah seram-seram ni. Mungkin boleh baca entri lain yang agak kurang seram. Baik ini bukan cerita 18 tahun ke atas. Sekadar berkongsi. 

Telur untuk abang

Teringat semalam semasa atas kereta, tiba-tiba isteri bertanya. 
"Best ka poligami? " 

Ahhh sudah. Bisik hati kecil ku. Tarik nafas fikir sejenak sambil perlahankan radio. 

"Mana ada istilah best dalam poligami"   

Sunyi sepi seketika. Lalu aku menambah. 

"poligami umpama ubat, kalau sakit demam, makanlah ubat demam, kalau sakit kepala makan ubat sakit kepala bukan makan ubat kencing manis atau bukan kolestrol"

Fuh. Aku ingat lagi ayat ni. Ayat Ustaz Haslin Bollywood kalau tak silap. Sunyi sepi tanpa sebarang perbualan. 

"Kalau tak poligami umpama apa? " tanya isteri.

Amik kau. Pandai-pandai menjawab. Aku bukan pandai sangat bab perumpamaan. Masa sekolah dulu bukan pandai sangat sastera. Tak ada pula Ustaz Haslin cakap perumpamaan orang tak poligami. Terdiam seketika. 

Rileks. Tarik nafas. Jangan nervous. Aku fikir dalam-dalam. Silap jawab alamat makan roti Gardenia kosong dan air suam. Kalau jawapan menarik dapat naik goreng telur mata 'half cook'

"orang yang tak poligami atau setia pada satu ni umpama telur... Telur 'half cook'. Tak letak apa-apa. Hanya telur sahaja. Berkhasiat, sedap, boleh dimakan bila-bila masa, kenyang, kena betul cara sado badan" sambil hembus nafas. Dua dap dua dap jantung berdegup.

"adakala poligami macam telur "half cook" letak terlebih kicap, atau terlebih lada, boleh jadi juga terlebih masak"

"tapi terlebih kicap pun ada juga orang makan"

Aku main tembak ja. Bukan pandai sangat perumpaan. Tapi harap tepat lah jawapan.

Diam ja. Tiada perbualan lagi. Naik risau juga.

Akhirnya sampai rumah. Aku diam tak cakap. Isteri pun diam. Ah... Sudah. Aku silap perumpaan, member aku memang dah lama pesan jangan cakap bab ni.

Tapi member sorang lagi kata, kalau terang betul-betul, ayat cantik memang boleh poligami. Tersenyum bila teringat ayat ni.

"abang" isteri panggil dengan nada yang perlahan. Terjaga aku dari lamunan.

"ya yang" dengan nada serak suara macam tak mahu keluar.

"telur untuk abang" isteri datang sambil bawa pinggan. Lalu terus tido.

Aku tengok di pinggan ada telur mata "half cook". Telur kuning pun bergoyang-goyang lagi. Biasa makan pagi hari. Ini di malam hari. Tak ada rasa garam, kicap mayonis lagi la tak ada.

Aku cuba nak fahami apa maksud yang tersirat dan tersurat. Agak-agak korang faham tak? Ke aku salah penerangan bab poligami?

Inilah cerita yang diceritakan oleh seorang kawan aRz. Susah juga nak terangkan apa maksud disebalik telur tu. Tapi apa yang pasti telur memang kegemaran. Tak kiralah telur dadar ka, half cook ka, letak mayonis ka, kicap ka, cili ka, memang AWESOME.

Kalau anda seorang yang boleh faham cerita atas tu jangan lupa bagitau k. Kot kalau anda pun tak faham kongsi dengan kawan-kawan lain. Mana tahu diorang faham.

Jumpa Lagi. 
 Telur setengah masak, telur half cook, telur Untuk Abang, telur Untuk sarapan,  kisah telur dan poligami,

Comments

  1. agak sensitif bagi wanita hal poligami..baginya biarlah untuk dia ja..hahahaha..Etuza lagi tak faham..ambil iktibar dari cerita ni.

    Poligami biasa dah berlaku ni sekarang. Kena ukur kelayakan ya Arz..hehehe

    ReplyDelete
  2. ni lah padahnya ..lama tak updated blog..dah tak ada blog Etuza dalam lis blog Arz..faham..tak apa ..but tetap like blog Arz..teruskan usaha ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama menunggu khabar berita dari cikgu Etuza. Sihat ka

      Delete
  3. Hahaha..x agak2 bagi perumpaan telur ngn poligami..memang x sesuai lah.. org pompuan ngn perkataan poligami mmg sensitif.. hehehe..

    ReplyDelete
  4. Mengikut pengalamn along yang telah hidup hampir 200 tahun ni, pendapat Along, kicap dan lada dekat rumah dia habis. Mayonis pula, memang tidak pernah wujud di rumah mereka. sekian

    ReplyDelete
  5. itu maksudnya...si isteri nak si suami SETIA PADA yang SATU

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin juga la.. Ke sebab kehabisan kicap garam dan lain lain

      Delete
  6. entri ni SERAM? ahahaha....arZ buat lawak

    ReplyDelete
  7. Cerita pasal poligami rupanyaa,

    ReplyDelete
  8. Etuza pun x faham kenapa dalam ingatan mesti nak klik laman aRz dan JM serta Kamsiah blogger..hahaha..dah terjalin persaudaraan maya sesama blogger..rasanya nak x salah nak membaca..ok aRz..

    ReplyDelete
  9. ingat kisah telur apa tadi hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. telur setengah masak je rupanya ye CP haha :)

      Delete
  10. tak paham.. tak dapat... explain more.. haha

    ReplyDelete
  11. Bab poligami sensitif la... Dgr husband rajin x bckp kes bahas pasal poligami nj

    ReplyDelete
  12. hahaha puas gak hadam tp still tak dapat nak tafsir..:D

    ReplyDelete
  13. Ingat citer hantu dah tadi ^-^

    ReplyDelete
  14. haha..seram sebut poligami ni..

    ReplyDelete
  15. ha ha ha ha kelakar....

    telur sedap jer...

    ReplyDelete
  16. wah seram gak cerita ni aRz, mengigau kak ana malam ni :)

    ReplyDelete
  17. erk...seramnya kisah telur di malam hari...adehhhh

    ReplyDelete
  18. Tak berapa nak pasti kaitan telur half cook tu dengan poligami...haha

    ReplyDelete
  19. Assalam arz,
    haaaaaaaa
    akak dekat 8kali baca kedua2 perumpaan tu
    masih rasa tak kena he3

    pssttt : my boboboy antu telor :P

    ReplyDelete
  20. citer poligami agak sensitif skit.. apapun rasa macam kureng kena laa dengan perumpamaan yang direka2 tuh..

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...