Skip to main content

Anak...Boleh Makcik Bertanya??

Murahkan Senyuman Kurangkan Keluhan

Murahkan senyuman kurangkan keluhan. Untuk merasa indahnya hidup pesan mereka yang lebih tua perbanyakkan senyuman kurangkan keluhan. Kata-kata itu sebenarnya juga bermaksud perbanyakkan bersyukur dan kurangkan mengeluh apa yang tidak cukup atau tidak 'perfect'. Ya.. dalam hidup ini tak mungkin apa yang kita mahu kita akan dapat. Ini juga untuk menyedarkan kita yang kita ini hanyalah hamba Allah yang banyak kekurangan. Jika diberikan kekayaan mungkin kekurangan dari nikmat lain. Jika diberikan nikmat lain mungkin akan kekurangan kekayaan ini contoh sahaja. Apa yang penting kita harus faham, dunia ini hanya satu persinggahan. Tidak kekal. Ia hanya sementara. Jangan lupa perbanyakkan senyuman ianya satu sedekah. 

senyum satu sedekah, senyuman manis, perbanyakkan senyuman, kuraangkan keluhan, gambar gadis senyum,
senyum itu satu sedekah

Boleh Makcik Bertanya.

Ini pula adalah sebuah kisah yang diceritakan oleh sahabat saya di sebuah bank, Misah (bukan nama sebenar). Ketika itu dia ditugaskan menyantuni pelanggan di bank. Hinggalah giliran seorang makcik. Lalu makcik itu ke kaunter. Terjadilah perbualan seperti dibawah. p/s : Maaf jika kisah ini agak menyeramkan.

Misah : Assalamualaikum makcik ( dengan hamparan senyuman ). Boleh saya bantu...?
Makcik : Waalaikumsalam. Terima kasih nak....
Misah : Boleh saya bantu makcik?
Makcik : ermmmm.....
Misah : Ya makcik boleh saya bantu? ( sambil melebarkan senyuman )
Makcik : Sebenarnya gigi anak ni comel.
Misah : Terima kasih makcik. Sebenarnya ramai dah tegur.... ( sambil seyum lagi )
Makcik : Tapi nakkk....makcik nak tanya sikit lagi... (sambil membetulkan spek mata)
Misah : Ya makcik ( senyum lagi )

Makcik : Makcik nak tanya anak tahu tak bulan ini ubat gigi jenama apa ada DISKAUN?
Misah : errr..............ada apa-apa saya boleh bantu makcik 

Kesimpulannya senyuman kita mampu memberikan daya penarik. Penarik kawan, rakan, kenalan dan menjauhi musuh. Senyuman juga satu sedekah....Jom senyum macam misah, untung-untung dapat jadi duta ubat gigi. Muahaha...

kredit kepada SayidahNapisah.com diatas gambar diatas.

Jumpa Lagi.


Comments

  1. hai misah..manis senyuman mu

    ReplyDelete
  2. Senyum tak perlu kata apa-apa..hihihi..kitaorang kat kaunter ni sentiasa senyum.

    ReplyDelete
  3. Senyumlah, tak rugi apa-apa kan..;)

    ReplyDelete
  4. hahahahahahaha, siap nk diskaun.

    ReplyDelete
  5. xpelah makcik..saya ada byk ubat gigi ni..saya kasi pree hahaha

    ReplyDelete
  6. dush3...hahaha...nk soh Aqil jgn senyum nmpk gigi sgt la...nti org tnya dia plak

    ReplyDelete
  7. amboi...misah ke pisah?ahha..bulan ni ubt gigi xd yg diskaun mkcik...sbb smua ubt gigi buln ni dkenakan gst..ahha

    ReplyDelete
  8. Senyum selain sedekah bisa juga mempercantik wajah

    ReplyDelete
  9. Mamisnye senyuman Misah, Misah pakai ubat gigi jenama apa yea.. he he he

    ReplyDelete
  10. makcik tanya ubat gigi ni...apa gigi makcik masih penuh ke??

    ReplyDelete
  11. Betul 2..apa2 pun kita kena senyum

    ReplyDelete
  12. macam kenal je model ubat gigi kat atas tu :)

    ReplyDelete
  13. hahaha makcik silap kaunter ke..:p

    ReplyDelete
  14. Hahahaha...
    gigihlah akak baca nak tau apa yg seram... sabar jelah Arz nie..
    Sesungguhnya dengan bersyukur barulah kita merasa cukup dan bahagia..
    Maka lahirlah senyuman yg menawan..

    ReplyDelete
  15. senyum tanpa kata apa-apa boleh buat org tergoda

    ReplyDelete
  16. dengan senyuman juga salah satu petua awet muda

    ReplyDelete
  17. manisnya senyuman di atas...mcm kenal..rupanya sayidah nafisah...

    ReplyDelete
  18. cara mudah dan cepat utk kumpul pahala adalah beri senyuman tanpa perlu kata apa2

    ReplyDelete
  19. Kurangkan gula dalam minuman Maniskan Senyuman setiap masa..

    ReplyDelete
  20. owh, gambar sayidahnapisah rupanya...igtkan gambar gigi org rumah.. hehehe

    ReplyDelete
  21. Assalam arz,
    alaaaahaaaaaaiiii
    manis abeh la kalo kena soper tuuuuuuuuuuuuu
    he3

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...