Mainan Paling Comel Pilihan
Mainan comel buat anak-anak. Sebagai seorang bapa kepada Cik Puteri tidak terlepas dari membeli mainan terutama yang comel buat Cik Puteri. Kanak-kanak memang tidak dapat dipisahkan dengan mainan. Mainan yang comel mampu menarik perhatian kanak-kanak dan mereka boleh fokus untuk bermain. Jadi ini memberikan peluang buat ibubapa melakukan kerja-kerja rumah atau berehat sambil mengawasi mereka. Entri ini adalah untuk berkongsi dengan ibubapa diluar sana idea untuk membeli mainan buat anak-anak.
Mainan Paling Comel Pilihan ARZMOHA
Lego
Lego adalah mainan paling comel dan menarik yang sentiasa mengikut peredaran semasa jadi sudah pasti menjadi pilihan kanak-kanak. Disamping sebagai satu permainan tetapi mampu mengembangkan otak kanak-kanak supaya dapat berfikir secara kreatif. Cuma ini belum dapatkan buat Cik Puteri. Rasa belum sesuai.Jurassic World |
Avengers |
Walaubagaimanapun Lego rasanya tidak sesuai bagi kanak-kanak yang masih kecil. Bahaya jika tertelan dan sebagainya. Ibubapa perlu memastikan anak-anak sudah mampu membezakan antara mainan dan makanan barulah boleh dapatkan mainan ini.
Kucing Bergerak
Mainan ini paling sesuai semua peringkat umur. Tetapi bagi kanak-kanak yang sudah membesar mula akan menunjukkan rasa bosan dengan mainan ini. aRz juga ada dapatkan buat Cik Puteri kucing ini dan memang menghiburkan Cik Puteri yang dari kecil suka dengan kucing. Cuma bila ada mainan ini jangan pula langsung tak dedahkan anak-anak dengan kucing sebenar nanti akan menyebabkan kesan lain.
Kucing Bergerak |
Frozen
Khasnya buat kanak-kanak perempuan. Ianya pernah menjadi fenomena dari patung dan baju sehingga menjadi sebuah pendapatan sampingan bagi sesetengah orang. Cik Puteri sendiri juga pernah meminati filem dan patung Frozen. Hampir setiap hari menonton sampai aRz tak dapat mengikuti mana-mana rancangan televisyen. Koleksi baju? ya...hampir setiap bulan membeli untuk dipakai waktu tidur.
kredit to Toysrus |
Robocar Poli
Robocar Poli sekarang ini bagaikan satu fenomena baru dalam mainan pilihan kanak-kanak. Ianya bermula dari siaran Astro Ceria memainkan kartun Robocar Poli dan memberi pengaruh kepada kanak-kanak untuk memiliki mainan ini. aRz yakin semua ibubapa juga membeli untuk anak-anak masing-masing oleh kerana terdapat banyak penjual permainan ini samada secara terus ataupun secara 'online'.
credit to amazon pic |
Mainan Paling Comel
Mainan paling comel yang aRz rasa nak berkongsi ini sebenarnya ternampak ketika mengemas kembali mainan Cik Puteri. Memang aktiviti Cik Puteri di sebelah malam adalah bermain dengan semua mainan sambil 'mengemas rumah'. Jadi selepas Cik Puteri selesai biasanya aRz akan ajar bagaimana untuk menyimpan semula. Memang susah untuk mengajar anak-anak untuk mengemas kembali apa yang disepahkan tetapi ada cara yang boleh membantu. Sedang aRz kemas tetiba ternampak mainan ini dan aRz istiharkan sebagai mainan paling comel didunia.
Cik Puteri |
Sebelum tu, ini bukan satu penderaan. Tetapi tengah aRz mengemas Cik Puteri nak duduk dalam bakul tu, biasalah kanak-kanak sekarang, lagi kita larang lagi dia buat. Jadi layan ja. Kalau kita marah-marah lagi dia melawan dan kita pun akan stress kan? Macam ni dia pun seronok kita pun seronok juga. Sambil tu ambil gambar sekeping buat kenangan untuk Cik Puteri tengok bila besar nanti :)
Indahnya senyuman anak-anak.
Jumpa Lagi.
Patung kucing tu comel..i like..kalau nk bg cik puteri main kucing betol bleh dtg umah..kat rumah banyak kucing..hehehe
ReplyDeleteDanish pn ada stereng keta gak..hahaha
ReplyDeletestereng kereta ni tak berfungsi sepenuhnya. jadi tak dapat digunakan selepas membeli
Deletehaha bolehlah men stering kereta sama2 danish dengan cik puteri nanti ye :)
Deletesemua permainan kat ats dah beli..tp tak bertahan lama..paling lama pon sebulan..pastu jahanam, relai & hilang..msh ingat lg kucing bergerak tu alysa potong kepala smpai terkulai...
ReplyDeletefuh lego tu mmg cun..nak2 leh ada dinosour..anak2 sure suka lau dpt ni haha
ReplyDeleteDinasour tu paling comel..")
ReplyDeletehahah..comel aje cik puteri..macam anak2 KG suka masuk bakul tempat simpan mainan dorg
ReplyDeleteamboi banyak je mainan
ReplyDeleteBunda suka beli mainan budak2 yang berbentuk pelajaran atau mengguna daya kreatif minda seperti lego , blocks dan puzzle...selain dari anak patung, teddy bear, kenderaan mainan selain mainan berbentuk keganasan....seperti pistol, senapang, pedang dan seangkatan dengannya yang seakan2 menyerupai yang sebenarnya...
ReplyDeleteBunda suka beli mainan budak2 yang berbentuk pelajaran atau mengguna daya kreatif minda seperti lego , blocks dan puzzle...selain dari anak patung, teddy bear, kenderaan mainan selain mainan berbentuk keganasan....seperti pistol, senapang, pedang dan seangkatan dengannya yang seakan2 menyerupai yang sebenarnya...
ReplyDeleteheheehe...comel cik puteri..
ReplyDeleteAssalam arz,
ReplyDeletehe3
bebudak ni kan
kekadang tu perangai yang nak buat kita marah tukor jadi buat kita tergelak kan3
anak oooooooo anak
psssttt: sob3, ghindu boboboy dah....sob3
mainan yang duk dalam bakul tu lah yang paling comel pernah tengok dalam dunia ni, mana nak beli ni aRz.. hihi anak kak ana dulu suka main dalam kotak, kotak2 besar tu dia buat markas macam2 :)
ReplyDeletemasa dah berlalu yang tinggal adalah kenagan, kalau ada gambar terusik sikit moment tu kan?
DeleteHai puteri...
ReplyDeletekesian puteri kena paksa masuk bakul sebab ayah dia nak snap pic...hehe
ReplyDeleteini tak baca habis ka atau cubaaan mengenakan saya ni
Deletehat last mmg comey...msti pak dia buli soh dok dlm tu
ReplyDeletekucing mainan tuu je ada beli untuk irine.. heehhee.. tu pon masa dia baby dulu la
ReplyDeleteyes.. lego memang bagus.. Arz.. Cik Puteri suka plushie tak ? Acik CT ada banyak plushie yang still okay.. kalo dia suka boleh amek.. hehehe..
ReplyDeleteSkrg nie demam robocar lak..hehehe..tp anak sha xde minta..kalau baju frozen tu dah mesti..
ReplyDeleteahakss,....mmg paling comel terutama yg last tu
ReplyDeletekucing yang bergerak comel hihihihj... hahhaha nakal.gak cik puteri ini
ReplyDeleteSampai dalam bakul yer Cik Puteri main... mainan macam lego tu agak bahaya, kanak2 6 tahun ke atas baru sesuai...
ReplyDelete