Skip to main content

Kopi Untuk Abang

Kopi Bukan Penahan Mengantuk

Kopi. Kopi sekarang ini adalah minuman yang sangat popular dan diminum oleh semua peringkat umur. Ada kopi mahal ada kopi murah. Kopi juga dikatakan mampu menahan dari rasa mengantuk atau ubat berjaga mata. Sebenarnya itu fakta yang salah. Kenapa? Teruskan membaca. 

Kopi membuatkan minda fokus, kebaikan kopi, fakta salah tentang kopi, kopi sedap, kopi minuman untuk semua,
Codi Coffee. Cikpinz Belanja

Kopi Untuk Abang

Kopi untuk abang. Ini ayat isteri sebelum masuk tido. Memang isteri memahami kegemaran aRz sebelum tido mesti pekena kopi. Tak kira apa jenis kopi. Sama kopi, Coffee, ataupun nescafe, atau juga neslo. Baik sebelum tu ini bukan sambungan kisah "telur Untuk abang". Itu cerita orang. Nasib baik tak bagi telur setengah masak kosong kan? Ok berbalik pada cerita kopi. 

Jika setiap malam aRz minum kopi, dan boleh bermimpi dalam hanya beberapa saat ini bermakna kopi tidak mampu menahan rasa mengantuk. 

Kedua, arwah abah aRz juga seorang peminum kopi O tegar hampir setiap malam, dan arwah abah adalah seorang yang tidur awal. Jadi jelas dua bukti yang mengatakan kopi tidak mampu menahan rasa mengantuk. 

Ketiga, jika aRz memandu ke Kuala Terengganu pada malam hari, walau ditemani bermacam kopi, samada Ali Cafe, kopi O, atau tingkat ali orang kampung sekalipun sampai saja jam 10 malam memang aRz tidak mampu untuk memandu lagi. Sebab itu aRz lebih suka memandu awal pagi. 

Kopi Membantu Minda Fokus

Inilah sebenarnya khasiat kopi. Memberikan minda kita untuk lebih fokus. Kalau kita lebih fokus dengan rasa mengantuk maka tak sampai beberapa saat boleh terlelap. Begitu juga bagi mereka yang meletakkan kepercayaan pada kopi bahawa boleh menghilangkan rasa mengantuk. Dan apa yang baru aRz baca di Blog realiticikpin.blogspot.com adalah kopi mampu tangani stress.

Walau sebanyak mana kita menyukai kopi sekalipun jangan lupa untuk perbanyakkan minum air kosong. Banyak kelebihan meminum air kosong.  Setakat ini dahulu.

Jumpa lagi.

Comments

  1. Ingatkan sambungan entri tu ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. CP pun ingat sambungan entri telur tu hihi

      Delete
    2. Assalam uols,
      hokeyh iols agak blur
      entry yang manakah????

      Delete
  2. Silakan minum bang ..hehehe kopi utk abg dah tersedia tuuu minum laaa

    ReplyDelete
  3. murni klu xda mood mesti kena minum kopi baru mood ok kembali

    ReplyDelete
  4. Wah kisah kopi jugak..betul tu kena banyak minum air kosong..

    ReplyDelete
  5. setahu saya, kopi mengandungi kafein yang tinggi.Kepada orang yang tak biasa mengambil kafein, pengambilan kopi membuatkan mereka tidak dapat tidur.Tetapi kepada mereka yang memang selalu mengambil kafein, bak kata orang, alah bisa tegal biasa.Kafein di dalam kopi tidak mampu mengawal masa tidur mereka.Termasuk saya.Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  6. kopi untuk abang , boleh buat drama ni tajuk ni..hehe

    ReplyDelete
  7. kalau dah kebal dengan kopi, macam mana nak jadi penawar,, dah jadi macam sweet candy lah.. heee

    ReplyDelete
  8. kak ana pun penggemar kopi tegar aRz..:)

    ReplyDelete
  9. Assalam arz,
    he3
    iols dah lama tak minum coffee
    sebab CP iols minum jugak coffee yang sama macam arz tu he3

    ReplyDelete
  10. mujur i is bukan pmint tgr kopi... kalau tak..konfirm i is akan fokus pada tidur je..ahha

    ReplyDelete
  11. mujur i is bukan pmint tgr kopi... kalau tak..konfirm i is akan fokus pada tidur je..ahha

    ReplyDelete
  12. minum kopi O atau milo okey lagi.. jangan minum air nescafe, boleh sakit kepala seharian..

    ReplyDelete
  13. ingatkan kopi yang betul2 kaw tu...warna hitam

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "selagi man

BERAPA HARGA MEMPERBAHARUI INSURAN DAN CUKAI JALAN UNTUK MOTOSIKAL YAMAHA Y150ZR

BERAPA HARGA PERBAHARUI (RENEW) INSURAN DAN CUKAI JALAN UNTUK MOTOSIKAL YAMAHA Y15ZR TAHUN PERTAMA Assalamualaikum. Rasa terpanggil nak kongsikan mengenai Berapa Harga Memperbaharui (renew) Insuran dan Cukai Jalan Untuk Motosikal Yamaha Y15ZR Pada Tahun Pertama . Sebab saya sendiri pun agak tertanya-tanya berapa nilai yang perlu di bayar. Kenalah kira sebab nak buat bajet perbelanjaan setiap bulan, takut terlebih guna. Walaupun tak pernah kongsi mengenai motosikal ini sedar tak sedar dah setahun menggunakannya. Yamaha Y15ZR Sebelum ini saya cuma menggunakan Honda Wave 125s insurans saya ambil yang paling murah sekali, lagipun kurang jaga motosikal tersebut dan sekadar nak ke kedai atau tempat-tempat yang dekat saja. Yang paling teruk minyak enjin tak tukar hampir setahun. huhu Jom saya kongsi sedikit mengenai cukai jalan dan insurans mungkin ada yang memerlukan info ini. Memandangkan motosikal Y15ZR ini agak mendapat sambutan ketika ini. Yamaha 150cc Y15ZR Harga

3 Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki, Ibubapa Wajib Tahu

3 Tanda Baligh (akil baligh) Bagi Anak Lelaki Yang Ibubapa Wajib Tahu  Assalamualaikum. Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki (Akil Baligh, Cukup Umur) . Islam adalah cara hidup yang sebenar. Dimana telah ada garis panduan untuk mendapatkan cara hidup Islam. Diantaranya adalah solat. Soalat adalah wajib dan sebagai ibubapa wajib mendidik anak-anak. Nabi Muhammad SAW berpesan didiklah anakmu solat sejak dari umur 7 tahun dan rotanlah sekiranya tidak mahu solat pada 10 tahun. 3 Tahun kita diberikan masa untuk mendidik supaya menjadi tabiat ataupun cara hidup. 3 Tanda Anak Lelaki Baligh Walaubagaimanapun solat ini menjadi wajib apabila anak kita sudah mencapai umur Baligh. Jadi apakah Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki? Apakah kita sudah bersedia dan menghadapi cabaran anak mencapai umur Baligh? Jika sudah marilah kita sama-sama belajar mengenai tanda baligh bagi anak lelaki.  3 Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki Kenapa perlu tahu tanda anak kita sudah baligh? Kerana apabila anak kita su