Skip to main content

Filem Paling Mudah Memahami Kanak-Kanak Disleksia

Filem Paling Mudah Memahami Kanak-Kanak Disleksia

Filem mengenai Disleksia memudahkan kita memahami kanak-kanak Disleksia. Filem lakonan Aamir Khan yang bertajuk Taare Zameen Par ini antara paling mudah buat ibubapa untuk memahami ciri-ciri kanak-kanak Disleksia, perkara yang tidak patut dilakukan kepada kanak-kanak disleksia dan bagaimana untuk memberi tumpuan khas buat mereka secara ringkas tetapi filem ini sangat menyentuh hati mereka yang menontonnya. Filem ini perlu ditonton oleh guru-guru supaya dapat mengenalpasti kanak-kanak Dileksia.

google image

Taare Zameen Par Filem Lakonan Aamir Khan

Taree Zameen Par. Kenapa tetiba aRz sibuk nak cerita mengenai Disleksia? Sebenarnya aRz ada kongsikan dalam entri Ciri-ciri Kanak-kanak Disleksia dan aRz akan sentuh lagi di entri akan datang. Sebenarnya semasa aRz menonton filem ini bukan kerana ingin tahu mengenai Disleksia tetapi aRz lebih suka lakonan Aamir Khan sejak menonton 3 Idiots.

Ciri-ciri Disleksia ini sebenarnya membuatkan ibubapa rasa anak mereka tidak mendengar cakap, tidak mematahui arahan dan sering meletakkan harapan tinggi terhadap anak-anak mereka sedangkan kanak-kanak ini mempunyai ciri-ciri Disleksia. Walaubagaimanapun filem Taare Zameen Par ini adalah filem terbaik untuk kita memahami mereka secara ringkas dan jelas.

taare zameen par, amir khan, filem inspirasi, filem kanak-kanak disleksia,
image crdit to santabanta

Filem Taare Zameen Par bukan sahaja sebuah filem yang menjelaskan ciri kanak-kanak Disleksia tetapi menjelaskan juga peranan ibubapa, langkah yang perlu diambil, kelebihan kanak-kanak Disleksia dan juga disertai lagu-lagu yang menarik.

Jangan lupa menonoton dan sebaiknya tontonlah bersama kaum keluarga tersayang dan ambil tahu mengenai Disleksia. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Jumpa Lagi.

Comments

  1. Macam pernah je tengok... rasanya yer la kot...

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Autism dan Dileksia mempunyai ciri hampir sama tetapi tidak sama. Didalam filem ini menceritakan tentang Ishaan yang mengalamai Disleksia. antara perbezaannya Disleksia boleh bercakap tetapi sukar untuk mngeja dan mengenali huruf, tetapi autism pula sukar bercakap dan mendiamkan diri

      Delete
  3. Banyak kali tengok filem ni. Best

    ReplyDelete
    Replies
    1. best CP, aRz sendiri pun banyak kali tengok

      Delete
  4. akak pernah tengok cerita ni..cerita drama melayu pon ada juga macam ni..tak silap bapa budak tu azhar sulaiman maknya maria farida dan datuknya reduan hashim..budaktu tak cemerlang belajar tapi dapat hafal al-Quran dengan mudah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul... memang ada cerita melayu mengenai disleksia tetapi macam tak dapat perhatian

      Delete
  5. antara filem lakonan Aamir Khan yang best selain 3 idiots..

    ReplyDelete
    Replies
    1. filem lakonan dia kena memang best bukan sekadar cinta dan menari

      Delete
  6. Tak sure dah pernah tengok ke belum

    ReplyDelete
  7. Bukan mudah jadi pesakit Disleksia... Hanya yang pernah laluinya saja yang akan FAHAM...

    ReplyDelete
  8. pernah tonton dah rasanya filem ni, aamir khan selalu filemnya agak berat mesejnya kan arz :)

    ReplyDelete
  9. satu lagi filem pendek dari India juga ada menyentuh mengenai penderaan seksual kanak2..mmg terkesan..bagus filem2 ni diketengahkan

    ReplyDelete
  10. Suka cerita ni sebab ada Aamir Khan.. hahaha

    ReplyDelete
  11. Assalam arz,
    ghasernya macam dah tengok citer ni
    tapi lopa he3

    ReplyDelete
  12. ye.. tonton... ada part2 touching...

    ReplyDelete
  13. lepas keluar filem ni... ada drama2 melayu yg turut buat tema cerita disleksia..

    ReplyDelete
  14. sebab tu checkup kt KK nurse check btl2 tkut2 ada tnda2 camni...kita mak pak kdg2 tlepas pndg

    ReplyDelete
  15. masa kat uni.. kami ada kena kaji 1 filem jugak.. english movie la tapi..
    tak ingat dah nama filem tu.. boring gila tapi sangat informative.. bila kadang2 jumpa budak2 sindrome dyslexia.. mesti ttb teringat citer tu..

    ReplyDelete
  16. Suka cite nie..sedih..da tonton banyak kali..

    ReplyDelete
  17. selain shah rukh khan..amir khan jg membawa watak dengan mantap

    ReplyDelete
  18. cerita best tengok ekin pun suka.tengok tu

    ReplyDelete
  19. Hi rasa macam pernah tengok je filem ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

TSHIRT DAN KEYCHAIN MIKASA ACKERMAN | ATTACK ON TITAN

T Shirt dan Keychain Mikasa Ackerman | Attack On Titan Attack on Titan yang mana harini boleh ditonton di saluran Netflix tetapi bagaimanapun sudah sampai ke Season 4. Sedang menjadi tontonan remaja harini. Apa yang saya suka mengenai anime secara keseluruhan iaitu semangat juang yang tinggi. Tontonlah mana-mana anime atau komik sekalipun. Bila Cik Puteri dah semakin membesar mana lagi ditonton Umar dan Hana, Didi and Friends melainkan siri movie seperti Upin Ipin ataupun Frozen. Sekarang Cik Puteri pun mengikuti Attack on Titan jadinya Abah pun terpaksa tonton sekali walaupun kadang terlelap tanpa sedar. Review Tshirt Mikasa Ackerman | Attack On Titan Series Abah boleh tak belikan tshirt "Mikasa Ackerman" ? Siapa pula Mikasa ni, lepas tonton beberapa episod owh baru faham. Jadinya Tshirt ni nak mudah cari di shopee. Bukan senang, cari punya cari, hari demi hari, jumpa penjual dari Indonesia. Apa yang perlu kita faham, bila membeli dengan penjual dari luar negara adalah masa ...