Skip to main content

Ciri-Ciri Kanak-kanak Disleksia ( Dyslexia )

Apa Itu Disleksia (Dyslexia)

Disleksia. Apa itu Disleksia? Disleksia adalah berasal dari perkataan Yunani dimana "DYN" beerti susah dan "Lexia" beerti tulisan. Disleksia bukanlah satu penyakit atau satu tanda kegagalan. Disleksia adalah satu gangguan dalam pembelajaran yang dihadapi seperti membaca, menulis, mengeja dan kemahiran mengira walaupun mempunyai daya pemikiran normal. Disleksia juga boleh dikatakan menderita kerana kesukaran yang berhubung dengan simbol-simbol tulisan.

ciri-ciri kanak-kanak disleksia, kanak-kanak disleksia, disleksia, bagaimana ingin tahu disleksia,
Ciri-ciri Disleksia

Rasa terpanggil untuk berkongsi mengenai Disleksia ini adalah kerana salah seorang dari anak sedara aRz ada tanda-tanda Disleksia. Bukan mudah juga untuk aRz menulis entri ini. Mungkin entri ini tidak lengkap tetapi sekadar berkongsi agar memberi kesedaran kepada ibubapa yang mana mungkin ada anak-anak ini menunjukkan tanda-tanda Disleksia. Satu demi satu bahan bacaan serta mendapatkan pendapat dari beberapa orang yang pernah mengetahui lebih lanjut mengenai disleksia. Untuk entry kali ini aRz kongsikan dahulu ciri-ciri kanak-kanak Disleksia

Disleksia

Ciri-ciri Kanak-kanak Disleksia

Ciri-ciri kanak-kanak Disleksia. Diantara ciri-ciri itu adalah mereka sangat menumpukan perhatian dan sangat komited tetapi gagal. Mereka pandai dalam bidang seni. Kanak-kanak Disleksia minat belajar dan nampak pandai tetapi mereka lemah dalam pelajaran kerana gagal menguasainya.Sekiranya mereka gagal di sekolah mereka akan kecewa. Mereka akan sering terlupa nama-nama benda dan berhadapan dengan bentuk emosi yang tidak menentu tanpa sebab-sebab tertentu.

Diantara tanda-tanda kanak-kanak Disleksia ketika prasekolah ialah :
  1. Kemahiran bertutur mereka lambat
  2. Sukar memahami arahan
  3. Sukar mengganti perkataan 
  4. Hiperaktif
  5. Sentiasa melanggar barang dihadapan mereka
  6. Sukar membaling dan menangkap bola
  7. Tidak dapat memegang alat tulis 
  8. tidak dapat menggunting
  9. Seringkali terlupa nama-nama benda yang dipelajari
  10. Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri
  11. Sifat ingin tahu yang tinggi , berminat terhadap benda baru 
  12. Suka bertanya banyak soalan

Ciri Kanak-Kanak Disleksia Dari Segi Otak

Ciri kanak-kanak Disleksia dari segi otak pula, jika manusia biasa otak sebelah kiri digunakan untuk penggunaan bahasa, pemikiran logik, susunan dan aturan. Otak sebelah kanan pula untuk visual, kemahiran seni dan daya kreatif. Tetapi bagi kanak-kanak Disleksia lebih cenderung menggunakan otak kanan sahaja. Dengan ini cara belajar dan berfikir mereka berlainan. Mereka berbakat kereatif atau seni walaupun lemah dalam kemahiran bahasa, logik, turutan dan struktur. Cara orang disleksia memerhati dan berfikir adalah anugerah dan bukannya satu masalah.

Setakat ini dahulu serba sedikit ciri-ciri Disleksia mungkin dapat membantu mana-mana pihak yang memerlukan. Insyaallah di lain masa aRz akan cuba berkongsi lagi mengenai punca Disleksia, Tokoh yang juga mengalami Disleksia, dan sebagainya.

Apa yang penting ibubapa tidaklah boleh mengambil ringan mengenai Disleksia ini dan membiarkan saja anaknya jika ada ciri-ciri yang dikongsikan ini. Sekiranya ada ciri-ciri ini ibubapa jangna pula mengasingkan mereka atau merasa mereka ini pelik sebaliknya mereka lebih memerlukan sokongan dan kasih sayang ibu dan bapa untuk membantu mereka berjaya mengatasi Disleksia.

Jumpa Lagi.

Comments

  1. Info yang bagus. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak istimewa ini perlu bersabar dan bersyukur dengan anugerah dari Allah.

    ReplyDelete
  2. TQ for sharing arz, baru tau ni.

    ReplyDelete
  3. saya pernah dgr tp xpernah jumpa lg kanak2 mcm ni.. tp bagus entry ni utk tmbah ilmu

    ReplyDelete
  4. cabaran juga dlm kalangan guru2... kalau tak berjiwa keguruan dan kependidika ,ermmm memang tewas dgn emosi

    ReplyDelete
  5. ia bukan penyakit keturunan kan...tahu tak puncanya?

    ReplyDelete
  6. Anak saya darjah 4 sayu baru perasan dia ade ciri2 ape patut saya buat.......

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama

Lirik Lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Sebenarnya Lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama dikongsikan kerana aRz sendiri pun suka mendengar hampir kesemua lagu-lagu Hazama. Kemudian lagu ini pula dijadikan OST Drama Assalamualaikum Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Ria waktu tayangan pada Hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bagus juga waktu tayangan dia selepas terawih. Antara Sinopsis Drama ini agak lucu juga lah sebabnya mempertaruhkan semangkuk Cendol  bila mana salah seorang berjaya menerima perkataan "i love u" dari gadis kenalan mereka. Setakat tu saja yang aRz boleh cerita. Kalau nak tahu betul ka tidak kena tengok sendiri k. Jom tengok lirik lagu Di Amaran Mama Nyanyian Hazama Di Amaran Mama Hazama Mamaku ada kata pada satu ketika awas datangnya seseorang Dia ada sakti Bikin duniamu Senang senang saja bergoncang Mamaku kata lagi Awasi orang ini Dia kan jadi segalanya Membuat kau ketawa Juga akan berduka Dan dalam...